22 June 2014

#ShazaniShaukhiTurnsOne


Assalamualaikum wbt

Surat satu tahun buat Muhamad Shazani Irfan.

Assalamualaikum baby, ini belog ngangah kamu yang sangat cengeng. Nanti dah besar, kamu pujuk ngangah okey?

Lebih kurang satu tahun setengah yang lalu, ngangah dapat whataap image dari papa kamu. Kikikiki gambar buku pink ibu kamu. Yeayyyy ngangah blur 3 minit then ngangah meronta-ronta bersorak riang. Hey masa tu kamu baru 3 bulan dalam kandungan. Harapnya kamu dah boleh rasa siapa ngangah comel ini. Masa tu ngangah dah plan macam-macam untuk kamu. Even baju pun ngangah dah ada beli. Kikikiki. Over bukan?

Setiap kali cuti semester ngangah terjah melaka. Well itu dah jadi nganagh punya second house. Mesti on that time kamu dah selalu dengar suara ngangah kan? Bila ngangah cakap2 kamu mesti gerak sekali, ngangah tumbuk sambal belacan semua. Eleh mesti dah dengar kan? Cepat angguk.

17 Jun 2013 lebih kurang 7 lebih macam tu. Kamu dah jejak dunia baby. Yang tak jejak kamu masa tu, ngangah ja. Tapi jangan tak tahu, hati ngangah meronta nak balik, masa tu ngangah la orang paking shahdu sebab sepatutnya ngangah dah boleh pegang pipi lebeyh kamu. Mood ngagah jadi melampau secara tiba-tiba. Tapi lepas papa kamu bagi kata semangat sikit, ngangah pun pujuk hati sikit. Kembali okey. Tapi tak okey jugak sebemarnya. Ngangah kamu kan cengeng?

Hari kedua kamu dekat hospital lagi. Hari ketiga baru kamu balik rumah. Well baby, walaupun ngangah jauh, tapi hari-hari ngangah force papa kamu suruh send gambar, ngangah nak rasa dekat jugak. Hari keempat kamu kena warded balik sebab jaundice. Risaunya ngangah. Sangat risau. Lagi la ngangah meronta nak balik. Nganah tengok gambar kamu yang duduk dekat lampu biru tu, Allah, luluh hati ngangah, kamu okey ja kan masa tu?

Ngangah dah balik rumah wan, tapi ibu ja yang ada, kamu kena warded sampai hari keenam. Sepanjang nagangah dekat alor star, even kamu dalam ward pun, ngangah ikut jugak ibu kamu petang-petang p breastfeed kamu. Ngangah tak boleh masuk pun, ibu kamu ja whataap gambar yang dia curi-curi ambik, ngangah tunggu luar. Kamu tau kan ngangah ada dekat luar? Ada satu pagi tu ngangah p hantar susu, then ngangah tanya nurse mana satu kamu, kamu sambut ngangah dengan tendang kaki ja. Ya, ngangah tau jauh ,masa tu. But then kamu dah bagi ngangah nampak kamu. Kaki pun kakilah  janji tengok.

Secara rasminya, hari ketujuh baru kamu boleh discharge. Dan secara rasminya jugak la kita berjumpa.Allah nganagh teruja sangat. Kecil nya kamu baby. Susah nak gambarkan dengan kata masa ngangah pegang kamu, macam ajaib sangat kamu ada. Masa tu ngangah tau, kita akan jadi bestfriend nanti.

Sepanjang ibu kamu berpantang. Ngangah dah ada dekat rumah. Hari-hari kita main. Ngangah basuh yakyak kamu, lap badan. Ngangah dah rindu dah nak macam tu. Ngangah ikut balik melaka. Rutin sama ja macam kamu dalam perut sampailah sekarang. Ada cuti ada la ngangah kamu ni depan mata,

Hey baby, dah setahun dah kamu, cepat sangat masa pergi. Janji tau kita tetap akan jadi bestfriend sampai bila-bila. Even masa tu ngangah dah tua. Pimpin tangan ngangah balik okey macam ngangah pimpim tangan kamu sekarang. Janji dengan ngangah jadi anak soleh, dengar kata ibu papa, jadi abang yang baik macam mana papa jadi awesome abang untuk ngangah dengan maksu, dan always be a good boy,

Kamu anugerah Allah yang terindah. Anugerah Allah yang tak ternilai, hidup emua orang dah turn upside down. Semua dah jadi orang lain sebab kamu. Baby, terus berbakti untuk kami okey? Ngangah janji takkan biarkan kamu berduka.

Kamu ibarat drug,ngangah selalu ketagih tak pernah jemu ada dengan kamu
Kamu ibarat bawang, airmata selalu jatuh bila nak say godbye,
Kamu ibarat pemadangan indah, ngangah selalu tenang bila tengok kamu tidur.
Kamu ibarat nyawa, pemawar, hidup, permata.

Muhamad Shazani Irfan, be good. Okey? Ngangah love you to the moon and back.

Happy bithday sayang. Tunggu surat dua tahun kamu tahun depan okey?

Sekian, surat emosi mak menakan cengeng buat anak menakan terchenta. Lebiu demok, Muahhhh!


02 May 2014

Home

Assalamualaikum w.b.t
Demi nak nampak baby blog sentiasa disayangi dan tak pernah dilupakan. Konon lah.
Lets cuci mata.

24 April 2014

Sepenuh Khamis dan separuh Jumaat


Assalamualaikum wbt.

Here we go!!!!!

Selepas hampir seminggu post yang dah selamat dipublish berjela-jela itu, kini kembali lagi. Janji dah pun ditepati dan matang bukan? :D

Officially weekend yang pertama dekat Merbok. Yada yada yada nak balik yada yada rindu yada yada yada rindu. Biasalah, sebab tak boleh balik. Ahad ada first test Investment analysis. Weyh semput nak sampai ke tanggal itu. Masih merangkak-rangkak nak penuhkan nak fahamkan supaya ilmu terasa sikit terisi didada.

Kemarin dekat Uitm Kedah ada language festival. Gigih naw nak habiskan 15 games demi sijil. Berpeluh perit jerih sebab nak habiskan dan lepastu nak update insta. Ngehngeh ngeh. Setiap booth ada games masing-masing tapi yang paling tak ada stress main dekat booth bahasa melayu. Well, darah melayu kan haruslah hapuskan perasaan memalukan itu. Lepastu dekat German punya booth pun macam comel sebab main sepak2 bola guna tangan tu, then dapat cop. Fun betoi. Most stress booth goes to mandarin, hadoi semua nak kena betoi. Juri hakim majestret semua straight macam garis lurus pembaris. Dan akhirnya berjayalah completekan semua 15 games dalam masa 2 jam. Sampai boleh terkandas appointment dengan classmate. Fun okey, sangat fun.

Maka dengan itu, tak adalah rasa sadis sangat tak boleh balik.

Jumaat pertama dekat Merbok, kenapa yang pertama tak pernah rasa indah? Melampau betol orang tengah tuan rumah ni tau. Duit lajuuuuu selaju roket nak maintenance rumah, haqam. Abang sibuk la abang kerja la abang tak sempat mai la, abang tu abang ni. Ehh!! Tanggungjawab tak terasa nak pikul langsung. Masalah rumah ini satu ja, mesin basuh (setakat sekarang la), basuh baju dalam mesin tapi gaya macam basuh baju atas lantai. Melampau sangatlah. Kalau memang kerja mengadap mesin basuh tu tak ada nak mengamuk teruk macam ini.

Sepatutnya Jumaat pertama indahlah, tapi pagi-pagi dah naik hantu. Memang hantu pun. Hantu mesin basuh.

Borang, pen tandanya dah completekan semua games untuk setiap booth. Yang sepatutnya 5 pen, tapi bahasa melayu dengan arab awal lagi dah habis. Arab warna hijau, kecewa bertubi-tubi.


Orang besi pun impikan kejayaan. Anda? 











19 April 2014

Cobaan

Klik. Post. Publish.

Hello 2014. Eh?


Assalamualaikum wbt.
 
Ya ya ya ya yada yada yada yada entry pertama pembuka 2014 padahal dah bulan April. Amboi lama naw ambik lajak. Terkadang-kadang kekangan yang dialami adalah seperti lepetop selalu tepadam tepadam. So semangat nak menulis hilang. Selain itu, misalnya, sekarang tengah beriya-riya nak menaip nak hupdate sekali dah buka, untuk 3 saat yang akan datang. Musnah. Lalu tutup. Itu adalah masalah hangat-hangat tahi ayem. Atau seperti masalah-masalah lain yang tak dapat dikemukakan demi kepentingan bersama dan nak pelihara kerajinan menulis.
 
Hello 2014, terlalu gerun nak hadapi hari yang akan datang tapi harus redha. Bukankah sudah diajar begitu? Lalu jangan merungut. Sekarang dah 23 tahun, which is dah tak kecil lagi (hoooii tak payah nak tengok saiz badan) banyak sangat benda nak kena fikir, masalah nak kena selesai, hidup nak kena ada hala tuju. azam kena ketat, ilmu kena hebat, hati kena kuat. eh? perlu.
 
2013, banyak maniiss banyak juga pahit kelat masyem tu. Misalnya seperti kelahiran baby tunggal itu, sikit sebanyak dah boleh train diri nak jadi mummy yang baik. Walhal, itu bukan benda yang tak payah nak fikirkan lagi. Sebelum kelahiran baby tunggal itu, wedding abang yang aku sendiri rasa tak berapa nak puas sebab tak boleh nak collect banyak moment sebab macam sibuk but then aku sendiri macam eh aku buat apa?
 
Furthemore (ehem3), sekarang dah tahun kedua berhempas pulas belajar. Ceritanya, orang lain sibuk nak berdegree, diri sendiri tak terkecuali. First semester dah pun kantoi. Punyalah rasa teruk sampai dah pasang niat kalau next semester masih begitu quit study and planning for something that even worth. Struggle untuk 2 semester dan Alhamdulillah, buntang mata tengok result. Masa Diploma tak pernah merasa maka over dia tu pelik sikit tapi masih boleh dikawal. Masuk 3 semester kembali merasa diri ini Siti Mawadah sebab terlalu puas dengan pencapaian dan usaha yang tak seberapa itu. And now, berbaki lagi 3 semester untuk dihempas pulas. Extend? Yeap. Dulu rasa janggal tapi bila diri sendiri yang rasa itu biasa. Even best student pun extend apatah orang macam aku. Itu matlamat, Peluang rezeki dijanjikan untuk semua. Lain orang lain cara didatangkan rezekinya. Syukur.
 
Looking forward tak sabar nak kerja. People laugh bila aku cakap first gaji nak beli peti ais. Eh lucu ke? Biarlah nampak kewujudan gaji pertama itu selain berazam nak nak tolong mak ayah. Insyaallah. Kenapa mesti formal? dengan menggunakan kata-kata seperti selain itu dan furthermore nampak matang bukan?
 
Lega bila mampu membekukan memekakkan mengkeraskan hati untuk ditutup dibuang perasaan lemah dengan puju rayu dan wujud perasaan menyesal bagi yang berkenaan. Maaflah, ini demi kebaikan kita bersama. Demi kebaikan diri sendiri secara khasnya. Takkan wujud istillah sahabat bagi lelaki dan perempuan. Itu pasti. Zaman gelap. Ayuh kita pinjam jam masa Doraemon nak ubah kezaman yang lebih baik. Insyaallah.
 
Maka dengan itu, sekian sajalah surat kiriman tidak rasmi saya kepada anda, baby blog. Till we meet again and please pray it is not in 2015. Okey?
 
 
Panglima Angkatan Hati Beta.


 
 
Both sisters dah besar-besar dah. Hey baby blog, bila nak tua? Boleh kita capture moment macam ni.
 
Muah. Bye.

11 October 2013

Cinta datang lagi

Assalamualaikum wbt

Nampak ganas? Kononya cinta dah berputik dalam hati. Itu propaganda saja. Mohon jangan tertipu.

Semenjak 17 Jun 2013. Keadaan family semua dh jadi upside down. Semua jadi lain, mak dengan ayah sendiri. Abang jangan cakaplah usia satu minggu pun dia dah menggila teruja.

Allah dah amanahkan dia dekat abang dengan kakak akhirnya.

Tadaaaa. Muhamad Shazani Irfan

Buah hati semenjak tarikh itu. Cinta hati makngah



Sayang, semoga jadi anak yang soleh.

Insyaallah.

18 July 2013

salam ramadhan

 ASsalamualaikum.

saya teringin nak update blog tapi saya tak tau nak cakap apa.

doakanlah semoga banyak sikit idea datang, maka boleh merepek panjang2. how I miss that moment. kahkahkah.tetiba. buuuuuu

okbai.

01 February 2013

2013


Assalamualaikum.

Hello 2013. Lambat lambat.

Dah Februari 2013, ligat sangat masa study week nak update entry bagai, sekarang dah tengah bersenang-lenang goyang kaki besarkan badan tak mau nak mengupdate pulak. Sekarang entry pertama saya untuk 2013, semoga akan ada pengupdatetan yang kedua ketiga dan seterusnya. 

Saya dah ada teman baru sekarang dan masih lagi mengenal hati budi. Masih nak sesuaikan diri antara satu sama lain. Nanti kalau dah betul-betul ready, Insyaallah saya akan kenalkan. 

Setakat ini sahaja entry pembukaan 2013.

Salam dari Melaka. :D

See yaa!!!!!

26 December 2012

cendawan goreng suka hati

Assalamualaikum

Semakin ligat pulak update entry. Biasalah sindrom nak final memang macam gini. Hey hari ni i oll nak kongsikan resepi cendawan goreng tepung. Bangun pagi mesti lapar bukan? HAHAHA. Breakfast itu penting.



Ayuh kita mula memasak

  1. Cendawan
  2. Tepung ubi + tepung beras (aku pakai tepung gandum dengan tepung beras sebab tu ja yang ada dekat dapur)
  3. Serbuk kurma (Makchaq kata nak bagi ada rasa KFC sikit)
  4. Serbuk cili @ cabai serbuk
  5. Garam + gula

Gaul-gaul segala bahan-bahan di atas. Masukkan mengikut sesuka hati anda. Jangan tanya berapa kuantiti sukatan. Aku tak tahu, aku main megah lempar cakera saja. 


Seteleh itu, pecahkan sebiji telur berasingan kemudian kasi celup sama dia (macam buat ayam goreng tepung tu), masukkan dalam bekas gaulan tepung tadi dan goncang-goncang supaya tepung tu adil dan saksama terhadap cendawan-cendawan tersebut. 


Panaskan minyak dan lempar lagi ke dalam kuali minyak panas itu. 



Tadaaaaa!!!! siap pun. Cepat dan sangat mudah Semudah 1 2 3

Kelemahan : Manis sikit sebab aku genggam bara api biar sampai abunya gula banyak sangat, dah kata main lempar-lempar kan, mana nak perasan.

Kelebihan: HABISSSS dimakan :D

Credit: Beloved makchaq sebab ni resepi dia. KAHKAHKAH.

Boleh cuba sekiranya cendawan tumbuh meliar dia kawassan rumah anda.

Bye.

25 December 2012

Kononya study week.

Assalamualaikum

Setelah menjadi pemegang kehormat lesen class D yang orang lain dah ambik berkurun-kurun aku baru nak over sana sini maka separuh dari segala hal-hal rumah dah jatuh bawah tanggungjawab den. Sebenarnya excited nak balik rumah pun sebab nak drive. Drive dan drive.

So pulang ke taman halaman kali ini lebih kepada menghabiskan masa bermalas-malasan berlenang-lenangan. Jadual padat kalah PM. Ngeh ngeh ngeh. 

Pagi Sabtu rumah bising pom pang pom pang dengan suara anak-anak kecil. Bangun pagi gosok-gosok mata terus cari Najhan. Dia selalu sangat hilang. Ada rumah ibu la, rumah tok Bedah la tok Perak la. So now masa Najhan dengan kakak. :D

Najhan pun menangis nak susu, kakak pun susah hati. Kahkahkah, Then attend kenduri dekat dewan sekolah. Apa yang menarik pengatin lelaki import mai dari Iran sana. Handsome!! Protokol meja makan yang sangat awesome sebab mereka asingkan tempat makan wanita dengan lelaki. Standard bukan?? Tapi ada langsir yang memisahkan kawasan muslimin dan muslimat. Macam dalam masjid @ surau tu. Standard bukan? Pengantin lelaki dan pengantin perempuan makan asing-asing. Lelaki di muslimin dan wanita di muslimat. Unik bukan? Makanan yang superb sedap + dengan souvenior apple. Dalam kereta pun boleh makan. Malam ke Pacific beli barang sekolah Adeq. Baju dengan neck tie sahaja. Kasut tak ada size. Maka dengan itu maksud dia apa? Haruslah sang kakak mencari sebelum pulang ke Merbok.

That day we having dinner dekat Nurha Tomyam. Keesokannya kedai tu terbakar. sigh!!

Ahad pagi bangun tidur dengar suara mak Najhan, ingatkan Najhan yang nak say good morning dekat kakak, rupanya abang-abang Najhan. Okey masuklah, Tapi mana Najhan????????

Najhan dekat rumah ibu la Kakak. Kakak sedih.

Lepastu terus siap-siap nak ke sekolah adeq beli buku. Angkut sekali si abang-abang berdua tu. Bising sana sini. Pakcik guard sekolah Convent tengok semacam ja mesti dia ingat ibu muda ini dah ada anak 3. Chehhh!!! Tak patut pakcik. Budak jual buku punyalah sombong, Union dah maju kedepan, Mana ada lagi mesin nak kira duit yang bunyi krek krek krek tu. Lepas tu pekerja kena cek satu-satu tick situ lepas tu tick sini balik. Dah tak ada okey, sekarang ada dengan komputer print resit ja. Tapi orang yang CASHIER tu sombong sangat, Aku pantang kalau orang cakap tapi tak tengok muka. Kalau kes macam ni takpa " wey hang ceqita tau. tapi aku tak tengok hang, tapi aku dengar". kahkahkahkah. 

Ajim laling kwda.Adeq sebelum kena marah.Ijat kenapa?? nak nampak macho?


Budak ni kena marah sebab tertinggal salah satu buku, mana tak marah, duit kakak tu

Brek kereta ayah kureng sikit tapi aku redah ja ambik mak. Ajim sampai tertidur. Dia memang habit dari kecil lagi macam tu. Petang tu bawak adeq beli semua semua semua barang-barang mana yang tertinggal dan haruslah dia pau sakan sakan.

"Adik macam lapaq mcd. tapi adik nak minum ayaq dengan kentang ja."

Pandai psycho kakak budak ni, Boleh ke tidak nak mintak air dengan kentang saja?? Aku malas nak susahkan cashier aku order satu set. Boleh ke??


prosperity. tapi kakak nak samurai.

Balik rumah masing-masing terbongkang. tapi percayalah shopping barang sekolah yang namanya Mahirah ni dari Melaka sampai ke Kedah, Ada jugak benda yang tertinggal. Skaf tudung. Dasar.

Isnin malam ke Giant, kononya nak beli sabun. Eh sabun apa entah Ayah ni, satu sabun pun tak ada. Benda lain yang beli. Kamu kamu kalau membeli dekat Giant tu, please check price tag dengan apa yang cashier scan. untuk elakkan benda yang tak sepatutnya. Yang dekat price tag lain, yang di scan lain. Kurang atau terlebih bayar, please amanah. Cheyyyy!! nasihat.

Hari Selasa kan sepatutnya balik Merbok. Sepatutnya la, tapi kita hanya mampu merancang Allah yang menentukan. Okey tetap tak balik lagi. Dah set dengan Mila sepatutnya hari Selasa. Tapi terbabas. Biasalah manusia kan. Mana ada yang sempurna. Lepastu boleh pulak date dengan Makchaq. Lamanya tak jumpaaaaa!!!! Rindu makchaq. Hehehe. Kali ni beli barang sekolah Aishah pulak. Haisyhh.. adik-adik dulu kakak beli barang sekolah tak payah pakai penasihat pun.

Dekat mana terselit kisah bukak buku, buat note chapter berapa dah? ehh. tak faham chapter ni. Study sampai hilang mata dengan telinga. Mana? mana? Mana? Study week????. Langsung tak gentar. Feeling ibu sibuk siapkan persiapan anak sekolah ada. Challenged accepted. KAHKAHKAH.

Insyaallah Rabu pulang ke Merbok. Jadikan ia kenyataan.

Cepatnya adik balik, tak dan kakak nak gomoi-gomoi.


Doakan untuk FINAL. Tiba-tiba dada gua goncang.

Bye.

Graduate 77 :)

Assalamualaikum.

Kita bersua lagi bukan? tidak tipu bukan? Biasalah bila nak menjelang final memang selalu begini. Ada saja benda yang tiba-tiba nak buat. Tiba-tiba terajin dan terazam dan saksama.

Ini cerita graduasi saya. Graduasi pada 28 November 2012.

Sebelum ni tak pernah langsung dekat mana-mana buat penghargaan sebab tahan diri  nak ekspresi segalanya dekat blog. Tapi lihatlah, atas dasar kedegilan yang tegar itu. Ia ditangguh selama berhari-hari. Nasib tak jadi bertahun-tahun. Lepas tu memang fikir sejuta kali, "Eh, perlu lagi ke update?"

Graduate hari Rabu, tapi hari Isnin dah menapak ke Arau. Tahu tak betapa menggunungnya rindu dekat Arau, hanya Allah yang tahu.Pernah dengar bukan cinta pertama sukar dilupakan? Arau cinta pertama aku, memang rindu. Bila dah sampai Arau, walaupun tak sampai UiTM tapi cukuplah sekadar trafic light pengikat segalanya, dah cukup timbul rasa teruja.

Sampai UiTM tu atau lebih selesa dengan panggilan Arau. Eh biarlah seluruh Arau tu UiTM, seluruh UiTM tu ada Arau ke apa, apa aku peduli. Cinta pertama ada panggilan manja bukan? Arau tu UiTM. Kena Q panjang-panjang. Masuk bilik satu, heading ke bilik dua. Periksa itu ini, then dapat jubah. Yeayyyy!!! teruja tu tak payah cakap. Jangan bayang jugak. Menggunung sangat.


3 tahun membanting otak dan usaha.

AYAH
MAK
ABANG
MAMA ABAH
BOTH LONG
PENSYARAH
BEKAS-BEKAS ROOMATE
CLASSMATE
COURSEMATE
JIRAN-JIRAN
ADIK-ADIK
ANDA SEMUA

TERIMA KASIH YANG TAK TERHINGGA

haruslah ada pre-graduate









Ayah 

Mak
           
   Shaukhi :D

Usah dihitung airmata dan gelak ketawa. Tiada nilai nak dibandingkan dengan Ringgit Malaysia. 

Walaupun tiada anugerah itu, aku tahu mereka bangga. MakAyah.

Bye

p/s sepatutnya gambar haruslah banyak tapi malas nak tunggu upload. Malas. Malas.

Apa yang terjadi setelah 5 bulan berlalu?

Assalamualaikum w.b.t

Lama sangat dah ni tak menulis dan blur macam mana nak mula.

Bismillahirahmanirohim

Ayuh kita mulakan

  1. Tengah sibuk menggapai bintang untuk degree. Yeaayy!!!! degree sudah. Doakan semoga segalanya berjalan lancar. 
  2. Dulu emo bukan bila abang kata dia nak kahwin? sekarang sudah selamat semuanya. Alhamdulilah.
  3. Officially gradute. Masih dalam tempoh "peqak" sampai dp facebook masih lagi kekal gambar sarung jubah topi ada rambut.
  4. Lesen D dalam genggaman. Penat satu hal la nak habiskan semua tu. Pelajar bermasaalah sampai auntie tarik muka lega aku dah lulus. Syukur. Syukur
  5. I am 21 years old. Excited.
  6. Berjaya travel tanpa mak ayah ( Tanpa mak ayah ja tapi ada abang, tapi nak jugak kata travel. suka hatilah!!!)
  7. Adeq semakin tembam. Aishah? Dah boleh bersaing dengan aku dah sekarang.
  8. Masih belum berpunya
  9. Masih belum berkahwin
  10. Masih belum beranak pinak. Tak payah nak tekejut sangat. 


nampak peqak bukan??? 

Insyaallah kita bakal jumpa lagi. Ya BAKAL.

Bye.

06 July 2012

bon anniversaire sayang



Assalamulaikum. 

Fuh bersawang. Update jugak sebab nak jadikan entry ni sebagai medium nak sampaikan mandat nasihat dan juga kata-kata tehormat pada hari kejadian seseorang.

Jangan ingat aku tak jadi yang pertama wish birthday kamu, aku lupa. Tapi bukankah yang terakhir itu lebih sweet. Aku nak sweet macam gula tu jugak.

Here NORHAYATI (nama given by her arwah abah sebab doktor cantik tu nama Norhayati) kita start jumpa kira macam cinta pandang pertama masa dekat modul part one. Masa tu gaya skema nak kena panggil YATI. Masa tu la, sekarang even dengar orang panggil macam tu pun aku dah meremang. Pelik. Aku tertarik sebab masa tu aku tengok hang macam extra over hyper aktif tapi tak tahu pulak yang time menari poco-poco hang boleh menangis. Then start eratkan lagi silaturahim yang ada. 

Then masa part 2 kita dah jadi roomate. Tiba-tiba baldi hilang, bantal hilang. Ehh!! apa tu. HAHAHA. Hey Atie jangan ingat time tu muka aku penuh bongkak belagak yang gaya macam nak mintak penampaq tu tak pernah kisah bila hang nak balik tau. Susah aku nak tidur sebab tengok katil hang kosong. Then part 3, kita jadi neighbour pulak. Wajib sembang bukak pintu sebab bilik depan-depan lepastu rasa bilik masing-masing luas. Part 4 peristiwa baldi berlaku lagi. Tapi kali ni dah tak kisah nak angkut baldi apa dah. Sebab lepastu masing-masing balik hometown angkut dengan beg-beg sekali sebab nak praktikal. 

Ingat lagi tak tarikh hari ini, tapi tahun lepas apa yang terjadi?? You better shut up dan tak payah nak gelak-gelak macam tu. Aku nampak. 

                                        -----------------------------------------------------



HAPPY 21st BIRTHDAY SAYANG


Thanks sebab sudi jadi kawan aku. Thanks sebab sudi layan perangai aku. Thanks sebab selalu ada bila aku susah. Thanks sebab selalu jadi crying shoulder aku. Thanks sebab sudi layan gedik aku. Thanks sebab selalu ada bila aku need someone. Thanks sebab selalu bagi aku nasihat, jangan buat tu jangan buat ni. Thanks sebab selalu buat impian aku jadi kenyataan. Thanks sebab banyak tolong aku. Thanks sebab selalu ada bila aku rasa nak buat kerja gila. Thanks sebab selalu gelak dengan aku. Thanks sebab selalu menangis dengan aku. Thanks sebab selalu menderita dengan aku. Thanks sebab selalu bahagia dengan aku (yeke??)

Semoga hang panjang umur murah rezeki dan semoga satu hari nanti aku boleh panggil hang Puan Norhayati macam mana hang nak selama ni even masa tu tak kahwin lagi pun. Atie, semoga hang bertemu jodoh. Tolong doakan aku sekali kalau bab-bab jodoh ni. Lastly, semoga persahabatan kita kekal sampai akhir hayat untuk mengelakkan terwujudnya entry untuk dia lagi. 



Part 1. Masing-masing muka suci lagi.



Part 2 - Kem Kesatria Gua Kerbau


Part 3 - Kononya jogging



Part 4 - Meet Pak Usop and Mak Yam


Part 6 - Wada Shakir is in relationship with Norhayati Baharudin


Dah macam gila vespa tak boleh nak sabar tunggu next week. Please baby time, make it fast.


Again and again Selamat hari jadi. I <3 U 






afro circus afro circus. polkadot polkadot. Rindunya saat-saat macam ni.



Amboi, celebrate awai. 

Lastly, terima kasih sebab berani ambik risiko jadi sahabat aku. :)

BON ANNIVERSAIRE SAYANG.

Don't let a bad day make u feel like you have a bad life. HAHAHAHA.

Bye.

17 May 2012

update juga akhirnya


Semangat nak update blog ni.

Tunggu tunggu.

Almost sebulan dah aku kembali mnjadi warga RAJIN. Macam penah dengar? Tempat praktikal dulu. sekarang kerja kan susah jadi anda jangan nak jadi manusia yang berdemand tinggi sangat. apa yang ada depan mata please grab fast sebelum hilang dengan fast. Tudia. Tudia. Biasala dah kalau kata otak ni sakan pulak nak demand nak buat wishlist yang gayat gayat lepastu nak expect abang nak penuhi semua? Mana usaha titik peluh sendiri ha? semoga wishlist aku yang satu itu dapat dimiliki dengan usaha peluh busuk sendiri. Tapi kalau abang tak pun sapa-sapa nak tolong penuhi. pun boleh. Eh!! kata nak usaha sendiri. Okey jom berusaha.

Tamat diploma. Oh itu yang macam penting sekarang. terasa nak buat karangan penghargaan yang panjang panjang. tenganga mata bila tengok  ada  member member dah grad. Oh my graduation day. Tolong la nampak aku paling berseri hari tu. Okey wajibly start berangan. Penat study tiga tahun. jadi izinkan saya nak over.

Counting the days for my brother engagement day. Triple excited. And me the wedding planner. 

If I missed that means I missed you fullstop


Kbai.

05 April 2012

Yang sudah tu sudahkan sudah


Assalamualaikum :)

Sudah sudah nak ludah apa kejadah dah ne 

Owh yeah, lagu untuk minggu ini. Kalau orang yang rapat dengan aku pasti semua dah faham dan seap ada yang tanya


"Lagu untuk minggu ne ka weyh"

"Perhatian kepada semua untuk minggu ini kita akan dengar lagu ni ok'

"Sampai dah boleh hapai dah aku lagu hang dengaq ne"

"Hang ulang kali yang ke 49 dah ka weyh"

Ok itu adalah ayat ayat standard yang akan terpacul kat mulut mereka. Sebab memang jenis aku, kalau lagu tu baru, best pulak pastu lirik macam bermakna gila, terus akan ulang sampai berkali kali. Tak kisah la orang nak kata apa, janji aku suka. Telinga aku yang nak hadap. Biasanya kalau lagu melayu + Indon 2 kali dengar pun dah boleh hafal. Tapi kalau lagu Inggeris ambik masa 3 4 kali denar jugak la baru boleh ulang. Dan jenisnya Siti Mawadah yang tak payah nak pandang genre lagu dengan siapa yang menyayi sebab tak ada specific singer dan genre lagu yang duduk dekat carta hati pun asalkan lirik dia meaningful. Layan sudah.

Orang kalau tengah frust + happy + sedih + teluka, bila dengar lagu dan dan nak kata lagu tu macam diciptakan untuk kita. Tau dah aih sebab aku pun macam tu. 

HAHAHAHA

Jadi untuk minggu ini, Terima lah lagu dari Nirwana band. Konfius pulak dengan kumpulan nasyid Mirwana.

Bestie saya yang nama diberi Maria Mansor perkenalkan. 

Komen sikit pasal lagu : Owh well, ia diibaratkan liriknya kedebuk kena batang hidung. Auucchhh!!! terus bersin. Jauhkan saya dari Anis dan Farah. Nanti kena paksa makan ubat resdung lagi :(


Mari kita karokk!!!



Inikah caramu membalas cintaku
Kau nodai cinta yang ku beri
Inikah caramu membalas sayangku
Kau lukai sayangku untukmu

Teganya kau menari diatas tangisanku
Kau permainkan ku sesuka hatimu

Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada hati gelisah
Cintaku kau balas dengan dusta

Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada batin terseksa
Lebih baik ku pergi saja

T’lah berulangkali ku coba mengalah
Ternyata sabarku tak berarti untukmu

Teganya kau menari diatas tangisanku
Kau permainkan ku sesuka hatimu

Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada hati gelisah
Cintaku kau balas dengan dusta

Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada batin terseksa
Lebih baik ku pergi saja

Teganya kau menari diatas tangisanku
Kau permainkan ku sesuka hatimu

Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada batin terseksa
Lebih baik ku pergi saja

Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada hati gelisah
Cintaku kau balas dengan dusta

Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada batin terseksa
Lebih baik ku pergi saja


Aku manusia. Yang tahu dan faham erti terasa hati dan tawar hati. 


Kbai 

04 April 2012

Happy Birthday 21st Farah


Hello (bajet mak seleh sikit)

Masih ingat tarikh yang sama pada tahun yang berlainan?

Happy birthday my dear friend. Tak tau sebenaqnya nak plan apa. Nak buat suprise gaya macam mana. Sebab kita jauh, I mean bukan jauh yang boleh memisahkan dua benua tapi kita dah tak officially jadi roomate. Kita dah tak kat Arau jadi chances nak jadikan ang manusia goreng tepung tu tipis (geli pulak aku dengar).

Jadi anda masih didalam zon selamat. Zon sangat selamat. Mangsa no 32 Taman Sri Arau baru 2 orang. Dulu lepas aku terkena semangat jugak aku cek kalender ingat kan hang dan nak join sekaki. Takpa Farah, anggaplah ne hadiah hari jadi hang sebab lepas dari zon kuning.


Beza birthday tahun ne dengan tahun lepas, tahun ne kita roomate, ada panglima, hang mak tiri aku. hang dah boleh drive dan dan dan kita dah habis Diploma. wink wink.

                             ------------------------------------------------------------------------


Dear Farah Nadhirah Abdullah,


Aku tak ada emas permata nak taburkan kat hang setiap kali hari hidup hang kat dunia ini. Apa yang aku mampu doakan yang terbaik kat hang. Kalau ada dalam wishlist hang hadiah dari aku. Jangan tuntut dulu hold dulu. Nanti agak2 aku dah kerja mai tuntut balik. Kalau agak hadiah tu dah tak sesuai dengan umur hang, aku akan pastikan anak hang dapat. Farah, thanks sebab sudi jadi kawan aku. Jadi kawan aku almost 7 tahun. Kalau kahwin anak mau dah ada sorang. Walaupun kadang-kadang kita punya ikatan pasang surut, standart la tak semua benda kita boleh adapt dengan masing2. Aku nak mintak maaf kalau tragedi malam kita buat sesi luahan perasaan tu ada buat hang terasa. Tapi hang jangan nak terasa lebih lebih sebab hang sendiri nak aku jujur.

Memang aku tau kejujuran kadang kadang menyakitkan.

Hey dah TUA :)

Semoga panjang umur dan murah rezeki selalu
Sentiasa bahagia di samping family, kawan kawan dan him ( xmau panda2 lg)
Apa yang dirancang untuk masa depan jadi kenyataan (Insyaallah)
Farah aku nak tengok hang kahwin (sebab aku tau hang takkan mai wedding aku) HAHAHA

Nothing much yang aku boleh bagi. Aku compilekan balik gambaq2 kita dari sem satu sampai sekarang. Nasib dulu time sekolah tak pakai handset kamera lagi. Kalau tak dari sekolah menengah, takpun nasib kita tak pandai pegang kamera masa dalam perut mak kita kalau tak aku masukkan jugak.



Part 1 - Minggu MMS. Baju Batik (haaa.. rindu sudah)


Part 2 - First time pakai baju korporat


Part 3 - Balik dari kesat. Owhh yang 50 sen. Yang 50 sen


Part 4 - sebelum presentation first Bel 311


Praktikal (Part 5) - owhhh yadeeyyy.. Langkawi


Part 6 - Tasik Tasoh. Sumpah berat muka tahan taik ja tu


Part 6 - Jimba lepas abis test


Current - Sedih nak lepaskan Atie :(


Once you think you are sad and lonely, just think that you are with me. Once you think that you are alone, think that I am free for you to lean on. Once you think that nobody loves you, think again, I exist. Once hang rasa gatal belakang tak da orang nak letak bedak aikeen kat belakang. Think yang aku akan selalu masuk dalam mimpi ang dan sapu bedak tu. Sumpah sweet. Ahakkss!!!



Again. Happy birthday. I love u. Sekian