04 April 2012

Happy Birthday 21st Farah


Hello (bajet mak seleh sikit)

Masih ingat tarikh yang sama pada tahun yang berlainan?

Happy birthday my dear friend. Tak tau sebenaqnya nak plan apa. Nak buat suprise gaya macam mana. Sebab kita jauh, I mean bukan jauh yang boleh memisahkan dua benua tapi kita dah tak officially jadi roomate. Kita dah tak kat Arau jadi chances nak jadikan ang manusia goreng tepung tu tipis (geli pulak aku dengar).

Jadi anda masih didalam zon selamat. Zon sangat selamat. Mangsa no 32 Taman Sri Arau baru 2 orang. Dulu lepas aku terkena semangat jugak aku cek kalender ingat kan hang dan nak join sekaki. Takpa Farah, anggaplah ne hadiah hari jadi hang sebab lepas dari zon kuning.


Beza birthday tahun ne dengan tahun lepas, tahun ne kita roomate, ada panglima, hang mak tiri aku. hang dah boleh drive dan dan dan kita dah habis Diploma. wink wink.

                             ------------------------------------------------------------------------


Dear Farah Nadhirah Abdullah,


Aku tak ada emas permata nak taburkan kat hang setiap kali hari hidup hang kat dunia ini. Apa yang aku mampu doakan yang terbaik kat hang. Kalau ada dalam wishlist hang hadiah dari aku. Jangan tuntut dulu hold dulu. Nanti agak2 aku dah kerja mai tuntut balik. Kalau agak hadiah tu dah tak sesuai dengan umur hang, aku akan pastikan anak hang dapat. Farah, thanks sebab sudi jadi kawan aku. Jadi kawan aku almost 7 tahun. Kalau kahwin anak mau dah ada sorang. Walaupun kadang-kadang kita punya ikatan pasang surut, standart la tak semua benda kita boleh adapt dengan masing2. Aku nak mintak maaf kalau tragedi malam kita buat sesi luahan perasaan tu ada buat hang terasa. Tapi hang jangan nak terasa lebih lebih sebab hang sendiri nak aku jujur.

Memang aku tau kejujuran kadang kadang menyakitkan.

Hey dah TUA :)

Semoga panjang umur dan murah rezeki selalu
Sentiasa bahagia di samping family, kawan kawan dan him ( xmau panda2 lg)
Apa yang dirancang untuk masa depan jadi kenyataan (Insyaallah)
Farah aku nak tengok hang kahwin (sebab aku tau hang takkan mai wedding aku) HAHAHA

Nothing much yang aku boleh bagi. Aku compilekan balik gambaq2 kita dari sem satu sampai sekarang. Nasib dulu time sekolah tak pakai handset kamera lagi. Kalau tak dari sekolah menengah, takpun nasib kita tak pandai pegang kamera masa dalam perut mak kita kalau tak aku masukkan jugak.



Part 1 - Minggu MMS. Baju Batik (haaa.. rindu sudah)


Part 2 - First time pakai baju korporat


Part 3 - Balik dari kesat. Owhh yang 50 sen. Yang 50 sen


Part 4 - sebelum presentation first Bel 311


Praktikal (Part 5) - owhhh yadeeyyy.. Langkawi


Part 6 - Tasik Tasoh. Sumpah berat muka tahan taik ja tu


Part 6 - Jimba lepas abis test


Current - Sedih nak lepaskan Atie :(


Once you think you are sad and lonely, just think that you are with me. Once you think that you are alone, think that I am free for you to lean on. Once you think that nobody loves you, think again, I exist. Once hang rasa gatal belakang tak da orang nak letak bedak aikeen kat belakang. Think yang aku akan selalu masuk dalam mimpi ang dan sapu bedak tu. Sumpah sweet. Ahakkss!!!



Again. Happy birthday. I love u. Sekian

02 April 2012

saya kembali

Janggal la. Ehem ehem. Malu

Assalamualaikum :)

Sebenarnya lupa macam mana nak tulis entry sebab dah lama tak menaip, main game tau la. It has been a month kot jadi jangan nak ketawa mengejek eh. Sabaq sat tengah nak godek balik entry yang lama lama. 

Ok dah.

I've done with diploma. Tu pun kalau awan sentiasa cerah la kalau tak ada yang nak kena repeat bagai. Bila orang tanya bila entah nak grad?? Owh saya pun tak tau. Makchaq yang kalut tanya, ada la tu benda dia nak merancang tu. So sekarang dah officially 1 hari kat rumah. So far okey lagi tak ada pulak rasa boring.

Bercuti dalam masa sebulan sebab dah 3 tahun belajar.Kononya.
Dan bila dah habis ne, banyak sebenarnya planning dalam kepala otak  yang salah satunya nak bercuti. Yeah bangga ja nak taip bercuti tapi duit dalam bank ada 100000 saja. Kononya sebab dah belajar 3 tahun dan wajib bercuti 1 bulan pun jadi la. Tapi tak tau nak kemana pulak. Plan plan dulu ada tapi tak tau kenapa secara tiba tiba plan tu hilang berkecai sudah. Ahaks! hilang sudah. 

Nak ambik lesen kereta.
Oooo well, tak payah nak buat muka tekejut sangat la. Memang tak ada lesen kereta lagi pun. And sekarang ayah tengah force aku laju laju suruh p daftar nama dekat KV. Hari ini bagi alasan hujan sebab tu tak boleh p, padahal naik kereta ja pn. Ok I admit tak pandai bawak kereta. Dulu pun time test mini cooper maksu, yang tu terror sikit sebab dia auto + mini cooper kan, kalau sekarang tiba tiba ayah kata, cepat p belajar kereta ayah dah order mini cooper kat hang, huiisssyhh yang tu tak payah suruh hari ini jugak aku force orang orang JPJ bagi aku lulus. Tapi nak order kereta bukan macam nak order oblong depan rumah.Call then siap. Berangan. Tak ada lesen kereta tak bermakna tak ada lesen moto. Sebab dulu tak cukup umur lagi sebab tu tak layak nak ambik lesen kereta. Sedih :(

Nak belajar memasak
Ok secara rawaknya, stakat nak masak nasi + ayaq tu terror dah la. Boleh la lauk bodo bodo nak masak. Tapi kadang kadang bila tengok mak masak yang gaya macam kenduri tu rasa teringin pulak nak join club. Yala at least nampak la sikit bakat tu mai dari mak. Nasi ayam alhamdulilah dah pandai buat, sekarang nak belajar buat laksa pulak. Tapi tak tau bilakah niat ini dapat diteruskan.

Cekgu.
Menjadi tanggungjawab kot kalau nak buat adik adik berjaya. Aishah UPSR this year dan wajibly kena tolong tengok tengokkan dia. Bak nudak tu usaha ada, azam pun kuat nak 5A saja. Tapi hasilnya tak nampak lagi sebab mungkin yang sedia ada kat rumah sekarang semua macam busy. Ayah, mak , makchaq semua pakat sibuk kalau setakat nak tegur sikit sikit tu boleh la. So apa gunanya ada kakak kat rumah kalau tak boleh nak bimbing adik adik. Mieyah pun sama, walaupun tak ada exam besar lagi but still need to struggle, sekarang exam biasa pun dah nampak luar biasa sebab makin ramai budak budak yang cerdik.

Nak sambung degree
Application dah pun buat. Meqoyan jugak la masa nak apply tu sebab tak tau nak pilih yang mana. Buntu, at last lepas dah dapat green light from abang baru la rasa much2 better. Abang tak bagi apply International business sebab 

"Nantu kalau hang kena p London la kan, hang mesti nangis2 rindu mak ayah. Sapa nak p jenguk hang selalu. Tak payah apply yang tu tak ada tukang nak buat milo kat aku nanti. Takkan nak suruh aku p London semata mata nak suruh hang buat milo"

LOL. tetiba ja dia, Bajet London ja kan. Kalau ada rezeki bulan 9 ne sambung la, Tu pun kalau dapat. Doakan yang terbaik.

Khawenn
Hahaha. Niat tu ada. Usaha dengan jodoh yang tak ada lagi. -.-

Dah start rindu budak budak rumah, Atie. Mata dah jadi panda. :(

kbai.

21 January 2012

Master Chef Musim Depan

Assalamualaikum.

Demam master chef masih tinggal sisa-sisa lagi. Ada lagi yang dok say congrate Dr Gigi (tak tau nama sebenarnya but tau dia adalah doktor gigi). Maka dengan itu, kami penghuni 32 Taman Sri Arau langsung tak ketinggalan nak memastikan kami adalah bakal-bakal peserta Master Chef Akan Datang. Memandangkan kami "banyak" sangat masa lapang sampai nak study pun dah jemu jadi kami masak. Masak???

What masak?? Masak?? Well anak perempuan gitu.


So bermulalah proses masak mop lantai. Ahli rumah ada 8 orang dan kalau bila dah masak memang akan nampak macam makan kenduri. Yes faham tak sebab kami ramai. Jadi kalau sekali masak akan jadi macam kenduri, nasi standart masak 3 port setengah, ikan mesti nak 7 ekor, kalau ayam pun nak macam tu. Sebab ramai. So those yang tengok gambar kami tangkap memang gayat, nampak macam MELANTAK tapi itula hakikat. Sebab kami ramai. Kadang-kadang memang kami ajak jiran belakang depan tepi makan sekali sebab kadang-kadang tak terhabis. HAHAHAHAHA.

Mula-mula yang buat kami gian nak masak tu bila Mimi nak buat kek batik tanda maaf kat yang tersayang. Pastu semua dok buat gian nak buat. Gian Gian Gian. Macam mat gian dah aku tengok sorang2



Lepas tu. Lepas tu, Lepas tu. Mari kita tengok pakej menu yang disediakan.


Dinner

Dari kiri : Sup sayur campur, timun, somtam(beli dekat pasar malam), air asam, ikan siakap stim, sambal tumis telur mata kerebau. Nasi putih.



Lunch
Nasi Ayam :)

Makan untuk 10 orang.

Ada kisah disebalik nasi ayam. Tetiba dapat call dari ayah.

Ayah: ne tak payah dok belajaq dah la, behenti. Kita buka kedai juai nasi ayam.
Aku: HAHAHAHAAHA.. Ok ayah p cari tapak menega. Kita menega.
Ayah: Jerat cina banyak kosong.
Aku: Cehhh!!!!!!!

* sungguh rendah kredibiliti aku.


Brunch

Nasi Lemak + pancake blueberry + cucur jagung

EEEkkkkkkk!!!!!! kenyang sampai nak pengsan.


Dinner

Dari kiri : ayam masak kicap + ubi kentang, asam pedas shedaap + ikan goreng + sup sayur campur.

Asam pedas ne farah yang masak. Mula-mula tak jadi sampai farah naik bebai nak buang bagai. Macam-macam benda tambah nak bagi rasa sedap jugak, segala gula, garam, secukup rasa semua tambah. Tinggai tak masuk tisu ja. HAHAHAHA. Lepas Farah call her mom, macam magic tetiba asam pedas ne jadi sedap. So kami budak-budak rumah buat conclusion.

Kalau nak masak mesti kena mintak restu dekat mak

Lepas tu, sapa-sapa yang nak masak, call mak dulu. Konon-konon nak tanya resipi. Sekali dengan restu la tu.


Dinner

Dari atas : Ikan goreng apa tak tau, kurma ayam, kerabu tembikai, sup sayur, bendi goreng. Nasi putih

Dinner ni kami invite Kak Iera jiran sebelah rumah makan sekali sebab dia dah say good bye forever dekat Arau. Dah habis degree. Sumpah syoq. Masa masak hari tu jadi betul-betul manfaat sebab dapat full support and advice dari dia macam mana degree semua. Baru la nampak masa depan sikit. Cerah sikit. 



Dinner
Soto Mimi sendu

Mimi suka buat terharu p cari barang sampai tak p quiz.

Dengan itu, tamatla sesi menu memenu sekalian. 

Nak kenal dengan ahli rumah????? Nak lettew..




Roomate + Classmate + Ridemate + Soulmate + Eatmate and all the Mate


Mimi - Penumpang terhormat saya

Qd - Partner nak buat romantic saya.

Anis - Patient setia saya

Ross - Partner gelak

Ayu - Buli!!!!!!

Dan saya >.<


well. gambaq mesti nak besaq :)


Gambar tuan rumah tak dan nak upload lagi :)

Untuk sebarang tempahan sila hubungi.................................................
Anda akan dilayan setelah kami tamat pengajian ijazah sarjana muda. 

Ijazah??? nightmare.

Sapa nak makan free, mai jadi jiran kami.

K bai 

26 December 2011

Penghargaan buat mereka

Evening >.<


Peringatan : Entry yang sangat panjang

Walaupun dah almost 1 month dah habis praktikal tapi aku tetap nak update, tetap nak ada memorial untuk praktikal. Tetap nak juga simpan memori praktikal dalam blog. Nak mr blog tau yang aku pernah praktikal. Untung-untung nanti time aku dah tak da, anak-anak cucu boleh baca. Wahh, kelass kau Jah!!!

Aku start praktikal 1 June 2011. Nervous memang la nervous, nak pakai baju apa. Nak bawak apa, perlu ka nak angkut test pad dengan fail-fail. Hari first tak jumpa bos lagi yang ada cuma account clerk dengan part time clerk. Hari first dah kena ajaq macam mana nak filing. Ok untuk seminggu yang pertama, kerja kami filing saja. Untuk minggu yang kedua, masih filing dan kerja jadi semakin extreme bila kena update balik cabinet-cabinet yang ada. 

Ok, cabinet dah nampak cantik.

To those yang memang nak merasa pengalaman betul-betul bekerja, anda patut ke RAJIN CONSTRUCTION SDN BHD. sebab dekat sana anda akan rasa pengalaman yang orang lain takkan rasa. Sebab dengan secara tiba-tiba anda akan jadi workaholic tak tentu pasal. Dalam satu saat anda akan rasa kerja lagi penting dari segala- galanya. Sampai kadang-kadang rasa langsung tak sedar dah habis waktu kerja. Tempat mana yang nak bagi anda tulis cek, isi tender form and ada kat tempat kerja mana yang nak buat vacation kat staff praktikal dia?? private vacation maybe :). 

Bagitau aku kat sini, ada sapa2 lagi tak yang still ke tempat kerja even dah habis praktikal?? Orang rajin ja yang berani nak buat kerja extra gila macam tu.

Aku kenal dengan orang-orang yang menarik, interesting yang susah nak jumpa kat luar, orang-orang yang extra respect aku even aku budak baru 20 tahun, ada orang menghargai kerja walaupun kadang-kadang rasa nak give up. Aku belajar macam mana nak lebih menghargai orang dan macam mana nak sayang orang belajar macam mana nak tolong orang. Aku masuk dengan kosong dan sekarang aku dah ada something yang boleh tolak aku ketepi ketengah. Keyakinan diri aku dah semakinm kukuh. 

One can pay back the loan of gold, but one dies forever in debt to those who are kind. Thank to those yang banyak tolong.

En Shukri - Boss yang sangat scary, adatla kan. Dah nama pun Bos tapi dia yang banyak buat aku kuat dan tabah untuk jadi orang. Dia ajar macam mana nak terima satu arahan yang kurang jelas dan nak nak pastikan arahan tu betul-betul mengena. Challenging gila. Dia selalu kata, orang marah sebab sayang, kalau orang tak marah, dia tak sayang. Saya tau Bos sayang saya sebab tu saya selalu kena marah. Terima Kasih. Banyak jugak la cerita dongeng yang aku tau lepas kenal dia. Misalnya cerita keldai dan juga kisah 1 Husband 4 Wife. Pekerja mana yang boleh godek handphone Bos tanpa ragu-ragu lagi? Aku buat apa. Dia tak kisah pun. HAHAHA.  Terima kasih Bos bagi peluang belajar kat sana.

Dah umur 20 tahun baru sedar nama aku ada Siti sebab orang panggil aku Siti. Segan!!

Abang Razak( AR ) - Abang Razak best kot. Sangat best, apa-apa hal yang macam rumit sangat tu  AR  selalu ada nak bagi tak rumit sangat.  AR  selalu kesian kami kena ulang alik dari Arau sebab nak buat gaji.  AR  raikan kepergian kami dengan bawak kami jalan-jalan kat Ipoh. Walaupun nampak macam kerja gila jejak Ipoh tak sampai satu jam. Tapi perjalanan balik tu yang macam meaningful gila. Aku suka sampai terharu sampai pulun update status

Terima kasih AR sebab buat saya tak terkilan. Im gonna miss you NORKHOLIS <3

Sebab  AR  temukan kami dengan KBX 90 dan juga insan-insan di dalamnya. Sampai buat kawan saya histeria tak ingat dunia nampak Abang Japi dia :) Terima kasih

Mrs. Tan & Mrs. Tew - Dua-dua baik. Sampai sanggup buat steamboat hari kami secara tak rasminya last day kat RAJIN. Apa-apa hal kalau tak tau, tak mau bos marah mesti nak cari depa. Memang nampak playsafe gila tapi tula satu-satunya cara nak bagi kerja nampak perfect. Walaupun kadang-kadang nampak macam Mrs Tan kalut sikit tapi yang tula nak describe betapa istemewanya Mrs. Tan. Mrs Tew cantik dan baik, dia dah 40 something tapi dia sangat sporting. Dia macam the best mom kot sebab dia sanggup copy game angry bird sebab dia tau anak dia suka main. Tak ka impressive gila, kalau mak aku buat macam tu, mau juling mata :) . Saya dah start rindu Mrs. Tew dah. Dengar suara kat telefon ja sekarang ne :(

Kak Kiah - Kak kiah yang banyak bagi keinsafan kat aku nak belajar elok-elok sebab satu hari nanti nak bagi kesenangan kat anak-anak. Aku tak kata Kak Kiah tak belajar elok-elok dulu, mungkin dia ada keinginan tapi tuntutan hidup yang buat dia kena batalkan niat dia. Aku suka tolong Kak Kiah cuci sliding door. Tak kisah la kerja tu tak termasuk dalam list pun janji aku enjoy. Kak Kiah pernah kata yang dia sunyi lepas kami habis praktikal, memang pun sunyi sebab saya pun dah start sunyi tanpa Kak Kiah. Kak Kiah ja yang restu hubungan aku dengan Kholis, at first la. Kak Kiah selalu buat saya terharu.

Hari tu sepatutnya dah last day kami praktikal, tapi Bos suruh sambung lagi. Jadi semua orang dah sedia maklum yang kami last day dah. Selalunya Kak Kiah mai ofis ambil gaji dengan Kak Na, tapi hari tu dia sanggup kayuh basikal letak anak dia kat depan semata-mata nak jumpa kami sebab dia ingat kami dah last day. Memang terharu gila, bayangkan matahari tengah terpacak atas kepala dia sanggup kayuh basikal mai jugak ofis. Tiba hari yang sepatutnya kami last day dengan rasminya tu, Kak Na mai ofis 

"Kak Kiah tak mai kerja sebab kaki anak dia masuk dalam ranting basikal. Banyak hari dah tak baik-baik lagi. Anak dia kena hari mai jumpa hampa, ontheway balik tu la kena". 

Speachless.

See, dia menghargai kami sampai macam tu sekali.

Lynd - Hey kita bertemu lagi di RAJIN. Dan kita kembali sekali lagi bersama-sama di RAJIN. Thankz for the ride balik ofis, keluar lunch naik KDA. Banyak tolong aku, banyak ajar aku, banyak marah aku. HAHAHA. Disebabkan selalu sangat bersama hang aku jadi taktau nak merapu apa. Terima kasih ja tak cukup nak balas apa yang hang dah buat kat aku. Tapi yang tu saja aku mampu. Aku tak sayang hang pun---> auta :)

Syahir - Kita start dengan tak kenal sangat masa kat Uni, lepas dah duduk asyik tengok muka hang 8 jam sehari tanpa henti selama 5 bulan lebih. Nah ambik hang, sekarang dah masuk Uni, nampak hang sikit mesti nak kena kacau. Susah kot nak hidup kembali normal tanpa hang. Terima kasih Syahir sebab banyak tolong aku. Memang nampak mengada-ngada habis la sebab semua benda nak kena suruh Syahir buat, dah ada dia sorang ja kumbang, tunggu lagi tak buli. Aku tak malu pun nak kata aku rindu hang sebab memang aku rindu pun. Sekarang susah sikit mesti nak cari Syahir. Ada masalah sikit Syahir. Moto problem, Syahir. Terima kasih sebab care pasal aku, pasal Lynd. Buat aku terharu. Aku nampak keihlasan hang tu, nampak la hang sayang kami. Memang kalau nak bergaduh memang best cari hang. Terima Kasih untuk kesekian kalinya.

Aznor - Hey budak oren. Terima kasih sebab kenalkan aku dengan Norkholis. Perkenalan secara fantasi, awang-awangan. Tu pun dah cukup buat aku gila. Kisah hidup hang yang banyak buat aku betul-betul menghargai kehidupan. Hang jugak antara solid reason kenapa aku masih boleh bertahan kat RAJIN. Boleh bertahan nak berdepan dengan Bos. Hang memang selalu nak buat aku terharu. Selalu nak buat aku hilang jantung seketika dengan tiba-tiba hang buat seprise muncul depan ofis. Memang seprise yang memang menjadi selain prank bufday aku. Aku memang suka kalau nak start merepek dengan hang. Terima kasih sebab belanja makan, bawak jalan-jalan tengok wayang, mai rumah aku, datang Arau susah payah, appreciate barang aku bagi, belanja adeq aku, ajar segala benda yanga ada atas highway dan yang paling special tu, sebab pertemukan aku dengan Kholis.Heaven gila. Aku pun tak segan cuma meluat ja nak kata aku rindu hang. Satu benda ja aku harap, tolong jangan lupa aku :)

Kak Nurul - Walaupun sat saja kita bertemu, tapi Wada tau, Kak Nurul la antara insan yang paling tabah sebab boleh hadapi Bos sorang-sorang. Dahsyat.

Suara di sebalik telefon - To those yang selalu call nak cakap dengan Siti tu, Ehh!! jangan ingat saya lupa anda semua. Tak pernah lupa pun. Terima Kasih kerana ada diantara kalian yang menghargai kerja kami.

Ahput(yang selalu call nak cakap dengan kerani), Kak Shirah, Abang Azam, Dodi, Awaxx, Aizu, Kak Liza, Kak Sharini, Pak Lebai, Pak Long dan semua-semua. Terima kasih.

Aku sayang RAJIN, dan kalau nampak orang oren tepi highway tu mesti aku jadi hyper tak tentu pasal. RAJIN lah penyebab kenapa aku suka highway sebab untung-untung boleh jumpa KHOLIS <3

Aku pernah cakap kat kawan aku, 

"Aku tak mau cari boyfriend kalau boleh, maksud aku kekasih hati, tapi aku nak cari bestfriend lelaki. Sebab bestfriend lagi faham apa yang kita nak dan perlu dari boyfriend."

and I found 2. Aznor. Syahir. 

Dan sebab anda-anda semua jugalah penyumbang kepada LULUS nya aku untuk practical training. Abang Razak pengaruh utama. Terima Kasih :)

Assalamualaikum :) 

25 December 2011

Hujan

Assalamualaikum wahai ahli-ahli blogger.

Sudah sepurnama gamaknya aku tidak mecoretkan kenangan-kenangan indah dengan ayat-ayat puisi cinta. Aicewah, bermadah la pulak.

Sekarang dah kembali menjadi orang marantau which mean tengah berhempas pulas menghabiskan pengajian di saat-saat semester akhir. Susah jugak sebenarnya nak adapt balik sebab dah nak dekat 5 bulan memulaukan otak untuk berfikir. Bila hari first start kuliah. oh deemmmmm saya pening kepala. Selalunya standard la first class mana ada lect nak start mengajaq dah. Biasanya bagi study plan cakap sikit-sikit lepas tu ok see you next tutorial. HAHAHA.. Mau tak pening, balik terus tiduq tak ingat dunia.

Skip skip skip skip

Sekarang dah 20 tahun.
Yes sekarang dah dengan rasminya 20 tahun. Walaupun tak cukup sebulan lagi nak bangga dah 20 tahun tapi hakikatnya aku dah hold benda tu dari awal tahun 2011 lagi, bila dah 20 tahun banyak benda sebanarnya kena fikir. I mean segala benda yang hang impikan yang hang nak kena dah start plan. Bila dah 20 tahun apa yang angan-angan tu kena cuba ubah jadi kenyataan. 

Rasa teruk pulak nak hold tittle kakak umur 20 tahun. Banyak benda nak kena ubah, banyak benda nak kena azam, banyak benda nak kena berhempas pulas. Aku takut sebenarnya. Takut apa yang aku harapkan tak menjadi.

Kalau nak fikir, fikir untuk masa depan, bukan fikir untuk masa sekarang :)

Sekarang dah jadi wanita.
Aku sendiri tak pasti apa beza wanita dengan perempuan. Yang aku tau dua2 aku boleh hold title tu. Tapi mengikut kefahaman akal aku yang pendek ini, kalau perempuan sesuai untuk toddler and teenagers kalau wanita macam kakak-kakak yang dah bukan teenagers dan macam mak-mak tu. You know what I mean?? Haha. tak paham lettew, ahhh... cepat p google.

Bila anda seorang wanita yang sudah berumur 20 tahun, banyak sangat persoalan yang orang-orang sekeliling akan tafsirkan pada anda tak kira la benda tu dah jadi ka tak jadi ka. people don't care but they just care about you. Pernah dapat soalan-soalan yang memang takkan wujud dalam mana-mana kertas soalan Bahasa Melayu Tahap 2 Sekolah Rendah?  Contonya seperti :-

Lepas belajar nak buat apa, kahwin ke nak sambung lagi?
Insyaallah, kalau ada rezeki saya sambung.

Boyfriend kerja apa? Bila nak kahwin?
Saya masih belum berpunya. Apa terkejut!! Ya saya masih menuggu ketibaan jodoh saya. Saya boleh bersabar takkan makcik tak boleh, yang nak kahwin saya, bukan makcik :)

Susah sebenarnya menjadi wanita, sebab bila dah sampai satu tahap umur yang orang akan rasa anda patut berkahwin, orang sekeliling takkan berhenti jadi wartawan, nak2 pulak adik kahwin dulu sebelum kakak. Lagi galak orang bercakap.

Rasa tergugat kot orang seusia dah boleh pegang anak sendiri, diri sendiri mampu pegang anak orang ja.

Sekarang dah jadi dewasa.
Aku tak rasa aku dewasa. Motif? Sebabnya aku rasa cara aku berfikir still macam budak-budak. Susah sebenarnya nak tengok seseorang tu betul-betul dewasa dalam segala benda. Cara berfikir, cara bawak diri, cara bercakap, cara bercampur dengan orang dan cara nak nampak dewasa. 

Ada yang kata bila dah pandai makeup anda dah dewasa.
Adik-adik yang 12 tahun yang dah pandai nak calit eye liner bagai, dewasa?

Ada yang kata dah ada boyfriend, dewasa.
Dewasa ka bila boyfriend panggil dia "Baby" = Bayi?

Ada jugak yang kata dah 20 tahun, dewasa.
Dewasa ka bila excited masuk toys section dekat shopping complex + beli playdoh buat ice cream bagai?

Tetiba  panjang pulak entry ne, gian lama tak menulis. 

# Tak puas sebenarnya enjoy 20 tahun sebab tak lama lagi dah nak masuk 21 tahun secara tak rasmi.

kbai.


04 November 2011

Birthday Girl # ENA


Hye

 Titew nak nyanyi sat. Eeeeewwwwwwww. HAHAHA.

HAPPY BIRTHDAY TO YOU
HAPPY BIRTHDAY TO YOU
HAPPY BIRTHDAY TO YOU ENA
HAPPY BIRTHDAY TO YOU

Selamat hari jadi yang ke 20 tahun Ena. Please Ena, tolong sedaq hang dah tua bangka dah. Tak mau makan lambat2 lagi, jangan nak teyak2 mintak aiskrim lagi, jangan nak buat muncung2 yang langsung tak comel tu, jangan nak teyak2 rindu aku lagi tiduq dengan mak Ros lagi. Mak Ros pun naik geli dah aih nak tidoq dengan hang.

Sepatutnya entry ne dah seap semalam tetiba pulak semlam mood kambing aku tak berapa nak baik, so postpone 11 jam. Tapi hari ini kembali semangat sebab cuti kan. HAHA. Tak da kena mengena gila. Ok aku nak start buat wish dan segala kata amanat untuk birthday girl. Girl lagi ka??

 ***************************************

Aku nak hang tau yang hang la satu-satunya kawan aku yang aku boleh marah mengata kat hang depan-depan and at last kita end up dengan gelak tanpa masing2 rasa macam tak ada apa2 yang jadi.
Aku nak hang tau hang special gila time makan. Sebab aku selalu rindu nak tengok hang makan sebab hang ja the only one kawan aku yang makan memang ‘laju’ gila, walaupun kadang-kadang aku penat tunggu.
Aku nak hang tau aku suka gila tengok hang gelabah tak tentu hala. Comel.
Aku nak hang tau yang aku macam tak senang duduk pulak kalau melepak dengan yang lain hang tak join dan persoalannya kat sini, pernahkah kami semua keluaq tanpa hang??? HAHA
Aku nak hang tau yang kalau nak sedih-sedih kalau aku jumpa hang mesti aku jadi was-was perlu ka nak sedih bila dengan hang?
Aku nak hang tau yang aku rindu gila nak ada benda yang sama dengan hang macam yang dulu-dulu kita suka buat boria miskin kaya tu.
Aku nak hang tau yang aku memang tak sabaq gila nak tengok hang pi PLKN.
Aku nak hang tau yang aku sekarang dah melekat banyak perangai hang, bila nak beli something mesti nak kena pikiaq 2 3 4 6 10 20 kali.
Aku nak hang tau, syiook gila kalau menyembang dengan hang sampai susah nak ingat dunia.
Aku nak hang tau yang aku rindu hang.
Aku nak hang tau yang aku sayang hang.
Aku nak hang tau yang aku tak pernah nak jemu ada kawan macam hang.
Aku nak hang tau yang aku nak hang jadi kawan aku selama-lamanya sebab aku tak rasa aku boleh hidup kalau aku hilang hang.
Aku nak hang tau yang aku dah tak tau nak tulis apa. HAHAHA.









DEAR ENA.
semoga hang panjang umur + murah rezeki selalu
cepat2 bagi aku makan nasi minyak *wink wink.
tercapai segala apa yang dok berjalan kat kepala otak hang.
dan semoga semuanya baik-baik saja, hendaknya.

NE HADIAH BIRTHDAY AKU KAT HANG. 



Aku nak sedia baju,kereta, rantai,kasut,aku tak mampu. Ne jala yang aku mampu buat. :)

I MISS YOU BEBEH :)

Assalamualaikum. 

02 November 2011

Doodle # muka-muka RAJIN




Si baju hijau : WADA
Si pokodot hitam : LYND
Si seluar oren : AZNOR
Si rambut cacak : SYAHIR 

Dah nak start rindu orang-orang  RAJIN dah :(