ASsalamualaikum.
saya teringin nak update blog tapi saya tak tau nak cakap apa.
doakanlah semoga banyak sikit idea datang, maka boleh merepek panjang2. how I miss that moment. kahkahkah.tetiba. buuuuuu
okbai.
18 July 2013
01 February 2013
2013
Assalamualaikum.
Hello 2013. Lambat lambat.
Dah Februari 2013, ligat sangat masa study week nak update entry bagai, sekarang dah tengah bersenang-lenang goyang kaki besarkan badan tak mau nak mengupdate pulak. Sekarang entry pertama saya untuk 2013, semoga akan ada pengupdatetan yang kedua ketiga dan seterusnya.
Saya dah ada teman baru sekarang dan masih lagi mengenal hati budi. Masih nak sesuaikan diri antara satu sama lain. Nanti kalau dah betul-betul ready, Insyaallah saya akan kenalkan.
Setakat ini sahaja entry pembukaan 2013.
Salam dari Melaka. :D
See yaa!!!!!
26 December 2012
cendawan goreng suka hati
Assalamualaikum
Semakin ligat pulak update entry. Biasalah sindrom nak final memang macam gini. Hey hari ni i oll nak kongsikan resepi cendawan goreng tepung. Bangun pagi mesti lapar bukan? HAHAHA. Breakfast itu penting.
Ayuh kita mula memasak
- Cendawan
- Tepung ubi + tepung beras (aku pakai tepung gandum dengan tepung beras sebab tu ja yang ada dekat dapur)
- Serbuk kurma (Makchaq kata nak bagi ada rasa KFC sikit)
- Serbuk cili @ cabai serbuk
- Garam + gula
Gaul-gaul segala bahan-bahan di atas. Masukkan mengikut sesuka hati anda. Jangan tanya berapa kuantiti sukatan. Aku tak tahu, aku main megah lempar cakera saja.
Seteleh itu, pecahkan sebiji telur berasingan kemudian kasi celup sama dia (macam buat ayam goreng tepung tu), masukkan dalam bekas gaulan tepung tadi dan goncang-goncang supaya tepung tu adil dan saksama terhadap cendawan-cendawan tersebut.
Panaskan minyak dan lempar lagi ke dalam kuali minyak panas itu.
Tadaaaaa!!!! siap pun. Cepat dan sangat mudah Semudah 1 2 3.
Kelemahan : Manis sikit sebab aku genggam bara api biar sampai abunya gula banyak sangat, dah kata main lempar-lempar kan, mana nak perasan.
Kelebihan: HABISSSS dimakan :D
Credit: Beloved makchaq sebab ni resepi dia. KAHKAHKAH.
Boleh cuba sekiranya cendawan tumbuh meliar dia kawassan rumah anda.
Bye.
25 December 2012
Kononya study week.
Assalamualaikum
Brek kereta ayah kureng sikit tapi aku redah ja ambik mak. Ajim sampai tertidur. Dia memang habit dari kecil lagi macam tu. Petang tu bawak adeq beli semua semua semua barang-barang mana yang tertinggal dan haruslah dia pau sakan sakan.
Pandai psycho kakak budak ni, Boleh ke tidak nak mintak air dengan kentang saja?? Aku malas nak susahkan cashier aku order satu set. Boleh ke??
Setelah menjadi pemegang kehormat lesen class D yang orang lain dah ambik berkurun-kurun aku baru nak over sana sini maka separuh dari segala hal-hal rumah dah jatuh bawah tanggungjawab den. Sebenarnya excited nak balik rumah pun sebab nak drive. Drive dan drive.
So pulang ke taman halaman kali ini lebih kepada menghabiskan masa bermalas-malasan berlenang-lenangan. Jadual padat kalah PM. Ngeh ngeh ngeh.
Pagi Sabtu rumah bising pom pang pom pang dengan suara anak-anak kecil. Bangun pagi gosok-gosok mata terus cari Najhan. Dia selalu sangat hilang. Ada rumah ibu la, rumah tok Bedah la tok Perak la. So now masa Najhan dengan kakak. :D
Najhan pun menangis nak susu, kakak pun susah hati. Kahkahkah, Then attend kenduri dekat dewan sekolah. Apa yang menarik pengatin lelaki import mai dari Iran sana. Handsome!! Protokol meja makan yang sangat awesome sebab mereka asingkan tempat makan wanita dengan lelaki. Standard bukan?? Tapi ada langsir yang memisahkan kawasan muslimin dan muslimat. Macam dalam masjid @ surau tu. Standard bukan? Pengantin lelaki dan pengantin perempuan makan asing-asing. Lelaki di muslimin dan wanita di muslimat. Unik bukan? Makanan yang superb sedap + dengan souvenior apple. Dalam kereta pun boleh makan. Malam ke Pacific beli barang sekolah Adeq. Baju dengan neck tie sahaja. Kasut tak ada size. Maka dengan itu maksud dia apa? Haruslah sang kakak mencari sebelum pulang ke Merbok.
That day we having dinner dekat Nurha Tomyam. Keesokannya kedai tu terbakar. sigh!!
Ahad pagi bangun tidur dengar suara mak Najhan, ingatkan Najhan yang nak say good morning dekat kakak, rupanya abang-abang Najhan. Okey masuklah, Tapi mana Najhan????????
Najhan dekat rumah ibu la Kakak. Kakak sedih.
Lepastu terus siap-siap nak ke sekolah adeq beli buku. Angkut sekali si abang-abang berdua tu. Bising sana sini. Pakcik guard sekolah Convent tengok semacam ja mesti dia ingat ibu muda ini dah ada anak 3. Chehhh!!! Tak patut pakcik. Budak jual buku punyalah sombong, Union dah maju kedepan, Mana ada lagi mesin nak kira duit yang bunyi krek krek krek tu. Lepas tu pekerja kena cek satu-satu tick situ lepas tu tick sini balik. Dah tak ada okey, sekarang ada dengan komputer print resit ja. Tapi orang yang CASHIER tu sombong sangat, Aku pantang kalau orang cakap tapi tak tengok muka. Kalau kes macam ni takpa " wey hang ceqita tau. tapi aku tak tengok hang, tapi aku dengar". kahkahkahkah.
Ajim laling kwda.Adeq sebelum kena marah.Ijat kenapa?? nak nampak macho?
Budak ni kena marah sebab tertinggal salah satu buku, mana tak marah, duit kakak tu
Brek kereta ayah kureng sikit tapi aku redah ja ambik mak. Ajim sampai tertidur. Dia memang habit dari kecil lagi macam tu. Petang tu bawak adeq beli semua semua semua barang-barang mana yang tertinggal dan haruslah dia pau sakan sakan.
"Adik macam lapaq mcd. tapi adik nak minum ayaq dengan kentang ja."
Pandai psycho kakak budak ni, Boleh ke tidak nak mintak air dengan kentang saja?? Aku malas nak susahkan cashier aku order satu set. Boleh ke??
prosperity. tapi kakak nak samurai.
Balik rumah masing-masing terbongkang. tapi percayalah shopping barang sekolah yang namanya Mahirah ni dari Melaka sampai ke Kedah, Ada jugak benda yang tertinggal. Skaf tudung. Dasar.
Isnin malam ke Giant, kononya nak beli sabun. Eh sabun apa entah Ayah ni, satu sabun pun tak ada. Benda lain yang beli. Kamu kamu kalau membeli dekat Giant tu, please check price tag dengan apa yang cashier scan. untuk elakkan benda yang tak sepatutnya. Yang dekat price tag lain, yang di scan lain. Kurang atau terlebih bayar, please amanah. Cheyyyy!! nasihat.
Hari Selasa kan sepatutnya balik Merbok. Sepatutnya la, tapi kita hanya mampu merancang Allah yang menentukan. Okey tetap tak balik lagi. Dah set dengan Mila sepatutnya hari Selasa. Tapi terbabas. Biasalah manusia kan. Mana ada yang sempurna. Lepastu boleh pulak date dengan Makchaq. Lamanya tak jumpaaaaa!!!! Rindu makchaq. Hehehe. Kali ni beli barang sekolah Aishah pulak. Haisyhh.. adik-adik dulu kakak beli barang sekolah tak payah pakai penasihat pun.
Dekat mana terselit kisah bukak buku, buat note chapter berapa dah? ehh. tak faham chapter ni. Study sampai hilang mata dengan telinga. Mana? mana? Mana? Study week????. Langsung tak gentar. Feeling ibu sibuk siapkan persiapan anak sekolah ada. Challenged accepted. KAHKAHKAH.
Insyaallah Rabu pulang ke Merbok. Jadikan ia kenyataan.
Cepatnya adik balik, tak dan kakak nak gomoi-gomoi.
Doakan untuk FINAL. Tiba-tiba dada gua goncang.
Bye.
Graduate 77 :)
Assalamualaikum.
Bye
p/s sepatutnya gambar haruslah banyak tapi malas nak tunggu upload. Malas. Malas.
Kita bersua lagi bukan? tidak tipu bukan? Biasalah bila nak menjelang final memang selalu begini. Ada saja benda yang tiba-tiba nak buat. Tiba-tiba terajin dan terazam dan saksama.
Ini cerita graduasi saya. Graduasi pada 28 November 2012.
Sebelum ni tak pernah langsung dekat mana-mana buat penghargaan sebab tahan diri nak ekspresi segalanya dekat blog. Tapi lihatlah, atas dasar kedegilan yang tegar itu. Ia ditangguh selama berhari-hari. Nasib tak jadi bertahun-tahun. Lepas tu memang fikir sejuta kali, "Eh, perlu lagi ke update?"
Graduate hari Rabu, tapi hari Isnin dah menapak ke Arau. Tahu tak betapa menggunungnya rindu dekat Arau, hanya Allah yang tahu.Pernah dengar bukan cinta pertama sukar dilupakan? Arau cinta pertama aku, memang rindu. Bila dah sampai Arau, walaupun tak sampai UiTM tapi cukuplah sekadar trafic light pengikat segalanya, dah cukup timbul rasa teruja.
Sampai UiTM tu atau lebih selesa dengan panggilan Arau. Eh biarlah seluruh Arau tu UiTM, seluruh UiTM tu ada Arau ke apa, apa aku peduli. Cinta pertama ada panggilan manja bukan? Arau tu UiTM. Kena Q panjang-panjang. Masuk bilik satu, heading ke bilik dua. Periksa itu ini, then dapat jubah. Yeayyyy!!! teruja tu tak payah cakap. Jangan bayang jugak. Menggunung sangat.
3 tahun membanting otak dan usaha.
AYAH
MAK
ABANG
MAMA ABAH
BOTH LONG
PENSYARAH
BEKAS-BEKAS ROOMATE
CLASSMATE
COURSEMATE
JIRAN-JIRAN
ADIK-ADIK
ANDA SEMUA
TERIMA KASIH YANG TAK TERHINGGA
Ayah
Shaukhi :D
Usah dihitung airmata dan gelak ketawa. Tiada nilai nak dibandingkan dengan Ringgit Malaysia.
Walaupun tiada anugerah itu, aku tahu mereka bangga. MakAyah.
Bye
Apa yang terjadi setelah 5 bulan berlalu?
Assalamualaikum w.b.t
Lama sangat dah ni tak menulis dan blur macam mana nak mula.
Bismillahirahmanirohim
Ayuh kita mulakan
Lama sangat dah ni tak menulis dan blur macam mana nak mula.
Bismillahirahmanirohim
Ayuh kita mulakan
- Tengah sibuk menggapai bintang untuk degree. Yeaayy!!!! degree sudah. Doakan semoga segalanya berjalan lancar.
- Dulu emo bukan bila abang kata dia nak kahwin? sekarang sudah selamat semuanya. Alhamdulilah.
- Officially gradute. Masih dalam tempoh "peqak" sampai dp facebook masih lagi kekal gambar sarung jubah topi ada rambut.
- Lesen D dalam genggaman. Penat satu hal la nak habiskan semua tu. Pelajar bermasaalah sampai auntie tarik muka lega aku dah lulus. Syukur. Syukur
- I am 21 years old. Excited.
- Berjaya travel tanpa mak ayah ( Tanpa mak ayah ja tapi ada abang, tapi nak jugak kata travel. suka hatilah!!!)
- Adeq semakin
tembam. Aishah? Dah boleh bersaing dengan aku dah sekarang. - Masih belum berpunya
- Masih belum berkahwin
- Masih belum beranak pinak. Tak payah nak tekejut sangat.
nampak peqak bukan???
Insyaallah kita bakal jumpa lagi. Ya BAKAL.
Bye.
06 July 2012
bon anniversaire sayang
Assalamulaikum.
Fuh bersawang. Update jugak sebab nak jadikan entry ni sebagai medium nak sampaikan mandat nasihat dan juga kata-kata tehormat pada hari kejadian seseorang.
Jangan ingat aku tak jadi yang pertama wish birthday kamu, aku lupa. Tapi bukankah yang terakhir itu lebih sweet. Aku nak sweet macam gula tu jugak.
Here NORHAYATI (nama given by her arwah abah sebab doktor cantik tu nama Norhayati) kita start jumpa kira macam cinta pandang pertama masa dekat modul part one. Masa tu gaya skema nak kena panggil YATI. Masa tu la, sekarang even dengar orang panggil macam tu pun aku dah meremang. Pelik. Aku tertarik sebab masa tu aku tengok hang macam extra over hyper aktif tapi tak tahu pulak yang time menari poco-poco hang boleh menangis. Then start eratkan lagi silaturahim yang ada.
Then masa part 2 kita dah jadi roomate. Tiba-tiba baldi hilang, bantal hilang. Ehh!! apa tu. HAHAHA. Hey Atie jangan ingat time tu muka aku penuh bongkak belagak yang gaya macam nak mintak penampaq tu tak pernah kisah bila hang nak balik tau. Susah aku nak tidur sebab tengok katil hang kosong. Then part 3, kita jadi neighbour pulak. Wajib sembang bukak pintu sebab bilik depan-depan lepastu rasa bilik masing-masing luas. Part 4 peristiwa baldi berlaku lagi. Tapi kali ni dah tak kisah nak angkut baldi apa dah. Sebab lepastu masing-masing balik hometown angkut dengan beg-beg sekali sebab nak praktikal.
Ingat lagi tak tarikh hari ini, tapi tahun lepas apa yang terjadi?? You better shut up dan tak payah nak gelak-gelak macam tu. Aku nampak.
-----------------------------------------------------
HAPPY 21st BIRTHDAY SAYANG
Thanks sebab sudi jadi kawan aku. Thanks sebab sudi layan perangai aku. Thanks sebab selalu ada bila aku susah. Thanks sebab selalu jadi crying shoulder aku. Thanks sebab sudi layan gedik aku. Thanks sebab selalu ada bila aku need someone. Thanks sebab selalu bagi aku nasihat, jangan buat tu jangan buat ni. Thanks sebab selalu buat impian aku jadi kenyataan. Thanks sebab banyak tolong aku. Thanks sebab selalu ada bila aku rasa nak buat kerja gila. Thanks sebab selalu gelak dengan aku. Thanks sebab selalu menangis dengan aku. Thanks sebab selalu menderita dengan aku. Thanks sebab selalu bahagia dengan aku (yeke??)
Semoga hang panjang umur murah rezeki dan semoga satu hari nanti aku boleh panggil hang Puan Norhayati macam mana hang nak selama ni even masa tu tak kahwin lagi pun. Atie, semoga hang bertemu jodoh. Tolong doakan aku sekali kalau bab-bab jodoh ni. Lastly, semoga persahabatan kita kekal sampai akhir hayat untuk mengelakkan terwujudnya entry untuk dia lagi.
Part 1. Masing-masing muka suci lagi.
Part 2 - Kem Kesatria Gua Kerbau
Part 3 - Kononya jogging
Part 4 - Meet Pak Usop and Mak Yam
Part 6 - Wada Shakir is in relationship with Norhayati Baharudin
Dah macam gila vespa tak boleh nak sabar tunggu next week. Please baby time, make it fast.
Again and again Selamat hari jadi. I <3 U
afro circus afro circus. polkadot polkadot. Rindunya saat-saat macam ni.
Amboi, celebrate awai.
Lastly, terima kasih sebab berani ambik risiko jadi sahabat aku. :)
BON ANNIVERSAIRE SAYANG.
Don't let a bad day make u feel like you have a bad life. HAHAHAHA.
Bye.
Subscribe to:
Posts (Atom)
















