24 April 2014

Sepenuh Khamis dan separuh Jumaat


Assalamualaikum wbt.

Here we go!!!!!

Selepas hampir seminggu post yang dah selamat dipublish berjela-jela itu, kini kembali lagi. Janji dah pun ditepati dan matang bukan? :D

Officially weekend yang pertama dekat Merbok. Yada yada yada nak balik yada yada rindu yada yada yada rindu. Biasalah, sebab tak boleh balik. Ahad ada first test Investment analysis. Weyh semput nak sampai ke tanggal itu. Masih merangkak-rangkak nak penuhkan nak fahamkan supaya ilmu terasa sikit terisi didada.

Kemarin dekat Uitm Kedah ada language festival. Gigih naw nak habiskan 15 games demi sijil. Berpeluh perit jerih sebab nak habiskan dan lepastu nak update insta. Ngehngeh ngeh. Setiap booth ada games masing-masing tapi yang paling tak ada stress main dekat booth bahasa melayu. Well, darah melayu kan haruslah hapuskan perasaan memalukan itu. Lepastu dekat German punya booth pun macam comel sebab main sepak2 bola guna tangan tu, then dapat cop. Fun betoi. Most stress booth goes to mandarin, hadoi semua nak kena betoi. Juri hakim majestret semua straight macam garis lurus pembaris. Dan akhirnya berjayalah completekan semua 15 games dalam masa 2 jam. Sampai boleh terkandas appointment dengan classmate. Fun okey, sangat fun.

Maka dengan itu, tak adalah rasa sadis sangat tak boleh balik.

Jumaat pertama dekat Merbok, kenapa yang pertama tak pernah rasa indah? Melampau betol orang tengah tuan rumah ni tau. Duit lajuuuuu selaju roket nak maintenance rumah, haqam. Abang sibuk la abang kerja la abang tak sempat mai la, abang tu abang ni. Ehh!! Tanggungjawab tak terasa nak pikul langsung. Masalah rumah ini satu ja, mesin basuh (setakat sekarang la), basuh baju dalam mesin tapi gaya macam basuh baju atas lantai. Melampau sangatlah. Kalau memang kerja mengadap mesin basuh tu tak ada nak mengamuk teruk macam ini.

Sepatutnya Jumaat pertama indahlah, tapi pagi-pagi dah naik hantu. Memang hantu pun. Hantu mesin basuh.

Borang, pen tandanya dah completekan semua games untuk setiap booth. Yang sepatutnya 5 pen, tapi bahasa melayu dengan arab awal lagi dah habis. Arab warna hijau, kecewa bertubi-tubi.


Orang besi pun impikan kejayaan. Anda? 











19 April 2014

Cobaan

Klik. Post. Publish.

Hello 2014. Eh?


Assalamualaikum wbt.
 
Ya ya ya ya yada yada yada yada entry pertama pembuka 2014 padahal dah bulan April. Amboi lama naw ambik lajak. Terkadang-kadang kekangan yang dialami adalah seperti lepetop selalu tepadam tepadam. So semangat nak menulis hilang. Selain itu, misalnya, sekarang tengah beriya-riya nak menaip nak hupdate sekali dah buka, untuk 3 saat yang akan datang. Musnah. Lalu tutup. Itu adalah masalah hangat-hangat tahi ayem. Atau seperti masalah-masalah lain yang tak dapat dikemukakan demi kepentingan bersama dan nak pelihara kerajinan menulis.
 
Hello 2014, terlalu gerun nak hadapi hari yang akan datang tapi harus redha. Bukankah sudah diajar begitu? Lalu jangan merungut. Sekarang dah 23 tahun, which is dah tak kecil lagi (hoooii tak payah nak tengok saiz badan) banyak sangat benda nak kena fikir, masalah nak kena selesai, hidup nak kena ada hala tuju. azam kena ketat, ilmu kena hebat, hati kena kuat. eh? perlu.
 
2013, banyak maniiss banyak juga pahit kelat masyem tu. Misalnya seperti kelahiran baby tunggal itu, sikit sebanyak dah boleh train diri nak jadi mummy yang baik. Walhal, itu bukan benda yang tak payah nak fikirkan lagi. Sebelum kelahiran baby tunggal itu, wedding abang yang aku sendiri rasa tak berapa nak puas sebab tak boleh nak collect banyak moment sebab macam sibuk but then aku sendiri macam eh aku buat apa?
 
Furthemore (ehem3), sekarang dah tahun kedua berhempas pulas belajar. Ceritanya, orang lain sibuk nak berdegree, diri sendiri tak terkecuali. First semester dah pun kantoi. Punyalah rasa teruk sampai dah pasang niat kalau next semester masih begitu quit study and planning for something that even worth. Struggle untuk 2 semester dan Alhamdulillah, buntang mata tengok result. Masa Diploma tak pernah merasa maka over dia tu pelik sikit tapi masih boleh dikawal. Masuk 3 semester kembali merasa diri ini Siti Mawadah sebab terlalu puas dengan pencapaian dan usaha yang tak seberapa itu. And now, berbaki lagi 3 semester untuk dihempas pulas. Extend? Yeap. Dulu rasa janggal tapi bila diri sendiri yang rasa itu biasa. Even best student pun extend apatah orang macam aku. Itu matlamat, Peluang rezeki dijanjikan untuk semua. Lain orang lain cara didatangkan rezekinya. Syukur.
 
Looking forward tak sabar nak kerja. People laugh bila aku cakap first gaji nak beli peti ais. Eh lucu ke? Biarlah nampak kewujudan gaji pertama itu selain berazam nak nak tolong mak ayah. Insyaallah. Kenapa mesti formal? dengan menggunakan kata-kata seperti selain itu dan furthermore nampak matang bukan?
 
Lega bila mampu membekukan memekakkan mengkeraskan hati untuk ditutup dibuang perasaan lemah dengan puju rayu dan wujud perasaan menyesal bagi yang berkenaan. Maaflah, ini demi kebaikan kita bersama. Demi kebaikan diri sendiri secara khasnya. Takkan wujud istillah sahabat bagi lelaki dan perempuan. Itu pasti. Zaman gelap. Ayuh kita pinjam jam masa Doraemon nak ubah kezaman yang lebih baik. Insyaallah.
 
Maka dengan itu, sekian sajalah surat kiriman tidak rasmi saya kepada anda, baby blog. Till we meet again and please pray it is not in 2015. Okey?
 
 
Panglima Angkatan Hati Beta.


 
 
Both sisters dah besar-besar dah. Hey baby blog, bila nak tua? Boleh kita capture moment macam ni.
 
Muah. Bye.