29 September 2011

Spontaneous Thursday # 02


Rela dalam terpaksa, terpaksa dalam kepura-puraan, pura-pura dalam kesabaran, menggigil dalam ketakutan, hipokrit dalam senyuman, tangisan dalam anggukan. 

Tangisan dengan ketawa.Datang dalam 1 pakej.

Cepatlah wahai waktu, wahai masa, wahai jam, wahai minit, wahai saat.

Saya dah tak tahan.

Buat pertama kalinya, saya bijak mengawal airmata. 

Tahniah.

19 September 2011

copyrigt from thecolorofrainbow7.blogspot.com



Starting time : 2134
Name : Siti Mawadah Bt Mohd Shakir
Brother(s) : Yes. The lonely only one :)
Eye colour : black, without lens.
Shoe size : Taktau, size kaki berubah2 mengikut keadaan
Hair : pendek dan kembang :)
Piercing : apa ne??
Height : 100 > > 150
What are you wearing right now : baju kelawaq mak beli
Where do you live : a place I call home
Favourite number : entah la, rasa macam semua suka. Eh 2 kot.
Favourite drink : AIR SEJUK
Favourite month : back to DECEMBER all the time :)
Favourite breakfast : aku telan ja janji perut sihat


Have You Ever

Broken a bone : alhamdulilah, belum lagi
Been in a police car : tak, tengok pernah r.
Fallen for a friend : TAK PERNAH
Fallen for a guy/girl in a short time : wajib
Swam in the ocean : pernah lalalalalalalalalala
Broken someone's heart : Ahhh, banyak kali. Sory to those yang hati dah patah.
Cried when someone died : yap, arwah tokwan ard (he always remind me to ayam golek) al-fatihah
Sat by phone all the night waiting for someone call : memang aku baling handphone. dulu ada ler.
Saved emails : hoyeehh
Been cheated : every second. ok tipu


What

Your room look a like : next.next
What is right beside you : telephone rumah
What is the last thing you ate : keropok ikan kaler2. ok aku sangat teruja tengok keropok tu.


Who


Who did you last tell : my dad. "Adik sakit perut" 
Who was the last person you danced with : my little sista
Who last made you smile : my sister of course. Budak tu banyak sangat cerita bohong


Final Question

What are you listening to right now : water from washing machine. Eh!!
What did you do today : eh nak kena buat macam diari ke?? 
Are you the oldest : Nope. I'm the middle.


Today Did You

Talk to someone you like :hoyeehh with Lee min ho :)
Kiss someone : Lee min ho sista again. budak tu wangi sangat.
Sing : Always never die
Talk to an ex : TAK. Aku janda dah nak masuk 3 tahun la. 
Miss someone : my brother. dia jauh sangat
Eat : rutin hidup tu, mau tak berfungsi otak kalau tak makan.


Last Person Who

You talked on the phone to : kat ofis.auntie 2 bising2 rumah sewa dia kotor. berdesing telinga aku
Made you cry : I always cry for no reason fullstop
You went to mall with : Lynd , syahir, wada. Beli biskut white castle. yummy
Who cheered you up : all the people around me


Have You

Been to Mexico : Nak tukar tempat boleh. Kalau KOREA pernah la. :)
Been to USA : Pernah. dalam mimpi


Random

Have a crush on someone : ada nak tau nama tak?? Eh!!!
What books are you reading right now : aku bukan mistress. lama tu,baca tak habis lagi.
Best feeling in the world : ok kalau tetiba lee min ho mai peluk aku.
Future kids name : Aku overexcited. Mesti ikut first letter nama bapak dia . Ehem ehem.
Do you sleep with a stuffed animal : ngeri sikit dengan binatang ne. 
What's under your bed : I have no word
Favourite sports : saya bukan seorang pencinta sukan
Favourite place : favourite tu sama tak dengan tempat yang kita nak p??
Who do you really hate : who do you think you are lalalalalalalalalalalalala
Do you have a job : if having a job is same as practical. yes
What time is it now : 2213




Tajuk entry pun dah sedia maklum copyright dari sapa. Copyright dengan keizinan ok. Excited sangat aku dengan benda ne. That why macam mengada ngada nak buat jugak. 


Selamat Malam.


Assalamualaikum :)

17 September 2011

Masalah orang kita



Salam Sabtu :)

Senyum lah wahai Sabtu. :) Ok enough, mari kita start buat buat cerita. Eh tak ye, bukan buat buat tapi memang pernah jadi kat batang hidung aku pun selama ini dan pernah jugak tengok jadi kat orang depan mata sendiri. Ok dah banyak mereben. 


Anak Mak Gayah sekarang dah ada kat London la, kerja katanya.
Situasi 1
Bila Cik Nin sibuk canang kat facebook yang anak jiran belakang rumah tepi sungai tu dah ada kat london, dapat kerja kat sana. Mulalah people nak kata 
"Tengok la Cik Nin tu, dan dan la dia nak habaq kat orang yang dia kenai budak tu, apa nama budak tu? Maliki. Ha sibuk dok heboh kat FB yang budak tu sekarang kat London. Nak tumpang glamour la tu".


Situasi 2
Bila Cik Nin senyum ja bila dapat tau si budak Maliki tu sekarang ada kat London kerja kat sana, Mulalah people nak kata 
" Cik Nin tu bukan apa, jealous la tu, anak anak orang boleh p jauh jauh, anak dia SRP pun tak lepas".


Kesimpulan
Bila ambik tau cerita kat orang sana sini dikatanya nak tumpang glamour, populariti. Bila orang tu dok diam dikatanya jealous pulak. Tu tak termasuk yang sibuk2 buat baik dengan family budak si Maliki tu bila dapat tau budak tu dah kat London padahal sebelum ni bulu batang hidung pun tak pandang.



Apabila kilogram menjadi persoalan
Situasi 1
Nama : Noni Norman
Umur : 21 Tahun 1/2 hari
Ukuran Badan : 45' 68' 78'
"Ni ka Noni anak Pak Man tu??? Laaaaaa, awat yang badan hang macam ni? Besaqnya hang, makan apa ni sampai badan jadi macam belon ini. Diet sikit la. Satgi tak dak orang mau kat hang sampai ke tua kot"

Situasi 2
Nama : Nani Narman
Umur : 21 Tahun 34 hari
Ukuran badan : 34' 25' 35'
"Laaa Nani, awat yang badan hang macam ni?? Ish dok berangan nak jadi model la tu. Mak hang tak bagi makan ka?? Hang sakit ka??"

Kesimpulan
Nak badan macam mana lagi MAKCIK OI!???????? 


Rozana buat kenduri kahwin anak bongsu dia esok
Situasi 1
Bila tak dijemput
"Zana buat kenduri esok, tak panggil pun. Mesti kenduri tekejut tergempaq tu. Anak dia tu bukan bagus sangat pun, mesti bersebab la buat kenduri dengan gaya kalut kalut macam tu sampai tak panggil orang"

Situasi 2
Bila dijemput
"Kenduri apa la depa buat ni, dengan lauk tak da, orang mai kemain lagi ramai. Kalau dah tak da duit sangat, tak payah dok buat kenduri la. Buat buang masa aku ja, kenyang pun dak."

Kesimpulan
Bila tak panggil bising. Bila panggil pun bising. Manusia manusia.


Paras rupa pun nak kecoh??
Situasi 1
"Menantu Yam yang baru tu handsome la, ish macam lee min ho nuh. Tak padan la dengan anak dia yang hidung senget tu. Eh!!! Heran la macam mana budak laki tu boleh bekenan kat dia." 

Situasi 2
"Aku tak tau la apa jenis laki yang anak Yam tu pilih. Gaya macam apa lagi. Hodoh bukan main. Memang la anak dia tu tak berapa nak elok tapi kalau nak kahwin pun pilih la yang elok sikit. Heran aku macam mana Yam tu mau buat menantu"

Kesimpulan
Hodoh ka handsome ka, kalau dah jodoh takkan nak elak pulak kan. Eh!!! makcik pun kenal lee min ho????

Sudah kahwin ke belum?
Situasi 1
Nama : Melah Dollah
Umur : 35 Tahun
Status : Bujang
"Eh awat yang hang tak kahwin kahwin lagi ni Melah oii?? Bila lagi ni, tua bangka dah takkan nak melekat bawah ketiak mak hang lagi kot. Awat tak da orang yang nak kat hang ka??


Situasi 2
Nama : Melati Sukma Sukol
Umur : 25 Tahun
Status : Berkahwin anak 7
"Eh hang ne Sukma, baru umuq 25 taun anak dah 7. Awat lani hang dok buat kilang anak ka? Umur baru bapa anak dah bersusun. Esok esok hang dah khedot (berkedut) Laki hang cari lain la gayanya. Control control la sikit, jangan nak bergatai ja memanjang"

Kesimpulan
Dilema seorang wanita, tak kahwin kalut tanya bila nak kahwin, dah kahwin dibisingnya pulak anak bersusun. Tak paham aku nyah oi.

Typical Malaysia.



Assalamualaikum :)

16 September 2011

Kisah aku, ayah dan spanar

Hye semua.

Hari ni esok cuti maka makin mebulat aku kat rumah.

Semalam sebelum tidur memang excited sebab esok banyak agenda nak kena buat walaupun JUMAAT.

1. BERDANSA. Hey rakan rakan dance mat dah jadi hak pijak memijak kepada saya and trust me sesiapa yang nak try dance mat tu boleh ja order kat link yang aku pernah bagi tu, serius servis dia mengagumkan. Eh to those yang tak tahu tak paham tak pasti apa kes dengan dance mat tu. [Rujuk entry ini]

2. GURVANISH GUZAARISH PUKUL 9am. Setelah lelah aku meloncat2 kan jari kat atas keyboard, akhirnya, semalam astro mungkin ada tertengok entry aku pasal guzaarish. Dah tetiba ada pulak ulang tayang kat ch 100. Terima kasih. Ahh tak payah nak tanya apa jadi lepas aku download cerita tu, hampeh sehampeh hampehnya. oh sayang sayang, WHAT A WONDERFUL STORY.

Oleh kerana rutin hari ini akan serta merta bersangkut paut dengan kedua2 hal ini, maka aku pun jadi anak dara melayu terakhir. Jangan nak tanya macam mana gayanya anak dara melayu terakhir. Aku tak tahu.


Lepas ja berdansa tadi, terus sambung tengok guzarish, Eh aku dah tak tersalah sebut la. Then masa tengah layan tu, ayah masuk.


Ayah : Nampak tak spanar ayah letak kat sini? (Kat cabinet tepi almari, memang silau mata tak boleh tengok Ethan)
Aku : Eh mana adik tau (Sambil aku tengah menyampu rambut Aishah yang bermeter2 panjang)
Ayah : Semalam ada kat sini, macam mana boleh tak da. Hairan sangat aih. (Kemudian si ayah yang macam kecewa gayanya spanar kesayangan tak jumpa, keluar balik ke bengkel terchenta.)


Sepuluh minit berlalu, ayah masuk balik dalam rumah. Sekali lagi menyilaukan mata cantik den nak tengok Ethan.


Ayah : La takkan tak da kot. Takkan tak da sapa2 yang nampak kot. Kemarin ada ja kat sini. Adik nampak tak spanar ayah kat atas ni??
Adik aku : Tak.(Sambil pegang towel menuju ke toilet.Budak ne lagi la menyakitkan hati)
Ayah : Hampa ne memang la, apa benda pun tak tau. Tanya apa semua tak nampak. (Ok I know temperature my dad dah tinggi)


Setelah hilang kesabaran yang kurang sikit dari ayah aku, aku pun bangun terpacak terus dengan muka geram, cari segala pelusuk rumah, angkat sana angkat sini. Bila aku cek balik dalam bakul merah tepi tv atas cabinet tu. 



Dengan muka comel cute geram aku letak kuat kuat spanar atas cabinet tu. Kemudian ayah pun buat muka paling manis didunia senyum sampai ketelinga. Sekarang salah siapa??? Siapa yang tak cari betul betul??? Ok sebab dia ayah, jadi semuanya nampak macam funny gila.

Sambung tengok Ethan.

Ayah : Cerita ne jadi macam mana dah kakak?? 

Ok I tau ayah dah termalu. Lepas tu hanya spanar menjadi bahan untuk aku usik ayah. Comel.

SELAMAT HARI MALAYSIA

Assalamualaikum :)

10 September 2011

Akibat lembab, diri kecewa

Hye, saya kembali lagi.

Memandangkan ketika ini aku rasa ingin menulis dan menulis dan menulis jadi aku perlu memberikan sedikit ruang kepada keinginan yang tak seberapa ini. Takut nanti bila dia merajuk, amek hang sebulan tak update. Tapi tak ka bila dah terlampau rajin construction  ia bakal memudaratkan pemikiran. Eh apa aku merepek ne. 

About a week ago(dengan muka bangga) aku main tekan ja chanel kat astro then tiba ada dengar Hritik Roshan yang pernah crush kat aku dulu tengah menyanyi. Ok lagu + suara dia yang lunak hempedu merdu tu buat aku goyah seketika jadi aku pun follow up tengok cerita tu sampai habis. Tapi masa part lagu tu, cerita tu tinggal beberapa minit ja nak tamatkan perkhidmatan. Biasalah astro kan dah mahal kena la cepat2 habiskan cerita tu. Tolong beri kerjasama, tak da kaitan langsung.

what a wonderful song :)

Kemarin kan Jumaat, lepas ja tolong mak aku seapkan tempahan ayam masak merah + nasi tomato jiran aku, aku pun start la adjust urat urat saraf, masa tu baru teringat astro ada provide satu channel fiesta, ch 100. Baru teringat nak check balik memandangkan Astro dah naik harga jadi macam wajib kot nak kena nikmati kesemua channel yang dah tersedia. Tup2 bila cek info, ada cerita yang aku sempat tengok sikit ja memandangkan astro dah mahal. Punya la excited melayan tetiba Aishah sampai dengan Makchaq kat rumah den.

Aku : Kenapa Aishah?
Aishah : Laa kakak kan ajak mak Ani p tempah baju. 
Aku : Bila kakak ajak?
Aishah : Dok buat nyanyuk apa taktau dia yang ajak dok buat tak tau boleh. Cepat la siap mak Ani tunggu dah tu 
Aku : OK. (Berat mata memandang berat lagi duburku nak bangun tinggalkan Ethan)

Maka dengan senipis kulit bawang, aku pun memang tak sempat nak follow up cerita tu sampai habis. Ok sakit hati. Bajet dalam hati nak ja balik cepat tapi memang mimpi siang hari jala rumah makcik tu jauh menggila. Aku percaya pada diri dan juga kepada perkhidmatan internet yang masih lagi kekalkan nilai bayarannya. 

Memang boleh percaya pun internet ne. Suka betul aku, buffer pun cepat ja. Aku dah setting baik lagi seap lepak depan laptop dengan sepinggan nasi tomato bersama ayam berketul2. Setting dah baik kan. sekarang mari kita PLAY dengan penuh keangkuhan.


Kia nahi subtitle he??

Sepatah haram aku tak faham langsung.  Macam aku nak baling ja nasi tu masuk mulut sendiri, tension kot cerita tu siap buffer dengan bangga lagi tetiba tak da subtitle pulak. Mana aku nak faham pun, kalau cerita omputih tu gagah2 la jugak, ne cerita hidustani he mana nak cekau kelas bahasa tengah tengah malam. Lepas tu bajet nak download la then cari subtitle sendiri. Nak jadi match maker la antara subtitle dengan movie tu tapi disebabkan kecuaian sendiri, apa yang download hilang tanpa belas kasihan. Kecewa lagi.

Tadi masa lunch singgah kedai CD. Kira macam frust tertonggeng, malas nak cari lagi dah kat internet yang tak naik harga lagi tu, aku pun dengan bangganya tanya kak tu 

Aku : Kak cerita bollywood Gurvanish ada tak?
Kak CD : Sat adik. ( sambil tercari2 dengan penuh perhatian ) Tak da la adik.
Aku : Hm. tak pa la kak, TQ.

Then balik ofis, search pulak dekat internet, search tak da pulak. Aku pun hairan seribu tanda tanya kenapa tak da ne padahal baru semlam ja kot tengok. Tak mungkin google nak remove movie tu sebab aku tak boleh tengok. Macam besar sangat la pulak mandat yang google bagi. Lepas tu search search balik. Rupa rupanya tajuk dia bukan GURVANISH tapi




Nampak tak kelembapan otak aku berfikir adalah penyebab yang kukuh untuk aku kecewa sekali lagi.

And here the synopsis of the movie bukan lagi cerita pasal kelembapan otak aku bekerja.

The verdant green landscape, the magnetic blue waters and the warm bright sunshine of beautiful Goa is home to one of the greatest magicians of his time, Ethan Mascarenhas. Presently hosting a Radio Show that spreads magic and hope and laughter through his irrepressible wit and humor to every listener and caller, it is difficult to imagine that this is a man who has been immobilized with a spinal injury for the last fourteen years of his life.

Ethan is aided through every moment of his present life by the epicenter of his world - his Nurse, Sofia D’Souza. Theirs is a love beautiful in its implicit silence, unwavering in its quiet strength and spirited in their constant verbal sparring.On the fourteenth anniversary of his accident, Ethan decides to seek control over his own life. He makes a petition to the Court that shocks the world and leaves Sofia in an impasse that challenges their relationship and their love. Alongside all the tumult that follows, a young man named Omar Siddiqui bursts into Ethan’s world with a single-minded desire to learn magic from the very best.While on one hand Ethan passes on his magical legacy, on the other, he fights tooth-and-nail to demand the most basic right that every human being is entitled to – the right to his own life. The ethics, the morality, the kindness and cruelty of this mission creates a storm in all the lives that it envelops and its resolution forms the startling conclusion of Ethan’s remarkable journey.


Dan dari aku, WHAT A BEAUTIFUL STORY :)

Sekarang proses mendownload pun dah siap, jadi disebabkan ini adalah buah tangan aku yang pertama, maka aku berdebar. Doakan supaya aku tak kecewa lagi.


Lovely Makchaq and Aishah
Assalamualaikum :)

Mana mungkin aku mengandung


Aku mengidam dance mat.


Baru balik kerja, hujan hujan sejuk sejuk, bukak tudung ambik kacang dan melekat depan PC. Ok sekarang aku dah mengidam dahsyat sangat dekat dance mat.Fine mesti ada yang nak cakap aku ketinggalan, dah lama korang ada semua benda tu, la well well well selama ini kan aku 24 jam asyik melekat dengan buku ja mana anak ada banyak masa sangat nak tengok dunia sekeliling. Dusta weyh. Bila dah praktikal ni rasa macam aku tak da life la pulak. Bila dah perasaan itu semakin membuak2 aku perlukan sesuatu untuk berhibur. Sekarang dah ke laut cina selatan la pulak. Back to the critical path cerita yang sebenar. Dah lama aku cari benda alah ne, dekat setahun la jugak, aku tak menipu ok, semua ini hakikat yang hakiki. Since aku part 2 masa tu umur aku baru 18 tahun dan beberapa bulan maka sekarang aku dah menjejak umur 19 tahun 9 bulat bulan dan beberapa hari, tidakkah ianya setahun lebih2?? Ok aku lemah math. Tak mau kira dah.

Dengan jangka masa yang sangat panjang, Aku dah macam cacing kepanahan kepanasan perlukan benda alah itu. Aku dah penah buat request 1 tahun yang lalu dekat my lonely only brother tapi request tu dibiarkan sepi tanpa berita. Ok kecik hati. Nanti sambung balik.

Dah kembali normal.

Kalau nak ikut sejarah buku teks wujudnya dance mat tu from one of my coursmate kat uni (Iema). Then masa tu memang rancak gila la punya menari. Maklumla aku memang ada bakat terpendam menjadi seorang penari. Lepas tu tak ingat macam mana dance mat tu dilupakan tanpa rasa bersalah. Tapi lepas tu aku giat jugak mencari sebab rasa macam kena ada jugak untuk investment masa depan. Now, memandangkan aku kat rumah dan rasa macam tak da life sangat sangat, maka aku sangat memerlukan benda alah tu. Aku cari merata rata tempat, segala kedai game mesti aku singgah tapi aku memerlukan khidmat Syahir, ala aku kan wanita jadi aku wajib MALU. Malu bila orang kedai tu geleng laju laju macam nak tercabut kepala, seap senyum mengejek lagi. Menci. Ada jual tu ada la tapi untuk PS ja. Aku mana mampu nak beli PS, PC pun ayah yang punya.

Tak lupa request untuk kali kedua to my brother dan jawapan yang diterima sangat memuaskan. Tetiba tadi Syahir ada bagi suggestion kenapa tak order online ja. Oh damn kenapa aku tak pernah nak pikiaq teknologi yang terpampang indah depan mata. Ok start start search and I found it. Kedai yang jual tu area Bangi dan banyak customer cakap their service are good, so aku pun terus terus excited clik sana clik sini. So now aku hanya menunggu jawapan dari pihak sana. 

Kalau tak da sebarang berita, hanya abang aku saja harapan yang tinggal. 

"Hey abang pergi Bangi sekarang, beli dance mat dan pos terus ke rumah". (Adik Kejam, 2011)

Mula mula ingat nak buat entry sebagai perantaraan nak tanya korang kat mana boleh dapatkan dance mat ne but since aku dah tejumpa masa entry ne tengah merangkak, jadi aku just nak share ja kat mana korang boleh dapatkan dance mat ne. Ohh lupa, dance mat ne untuk PC tau, kalau yang untuk PSnya bersepah ja ada jual kat mana mana.[click here]

Sekarang baru terfikir if dari dulu lagi aku beli on9 mesti dah lunyai benda alah tu 

Aku mengidam dance mat la bukan benda pelik pelik, mana mungkin aku mengandung. Bukan kata laki, boyfren pun tak da takkan nak mengandung anak tikus kot. Hahahahahaha.


Assalamualaikum :)

07 September 2011

Alhamdulilah. Jodoh dah sampai :)

Baru je bangun tidur, lepas tu dapat sms








Dalam setengah jam pertama masih lagi buntu macam tak percaya. Lepas tu cek balik sms tadi.








Ha. ambik hang. Betul. Betul. Betul. Hey orang kompang kampung. Suka.








Nak tau tak siapa yang sms bagitau dia ada kat sebelah aku sekarang ini?? Pejam mata dulu. 1 2 3. Ok buka




Lepas tu tak tau nak buat apa. Bila fikir2 balik, ada pulak idea kurang sopan. Dah ada kat sebelah. Apa tak paham?? Mengada.




Lepas tu kan tetiba ja eh takkan nak biar pulak kan. Mesti grab peluang yang ada. Ok set gooooo. Seap kau. Aku semakin mengganas.




Bila dah sampai, tetiba ja rasa lain macam. Bila tenung balik. Usha pelan2  dengan sahaja selamba aku berkata  doremifasola LAAAAAAAAAAA. Sangat tak berperikemanusiaan.




Lepas tu kan orang kampung, aku rasa tertipu. Kenapa nak buat lawak pulak. Tadi cakap ada kat sebelah. 






Dah tak tahan sangat ini. Izinkan saya








Ok sangat kecewa. Tapi pelik kot. Tadi sapa yang sms???


Bila cek balik




















































" Jodoh anda datang meminang ditemui sila taip 327282 untuk menebus jodoh anda" 
























Caittt,






Aku berani gigit kuku la, ada sesetengah dari korang mesti ada dapat sms yang macam tu. Aku masa mula2 dapat pun tekejut beruk jugak dah lama2 tu aku cool balik. Agak la, makcik yang umur 50-an pun dapat sms yang sama, kejadah apa jodoh ditemui anak dah satu treler. Makcik tu pun dah jemu jemu sayang tengok muka jodoh dia.

Jodoh pertemuan kan di tangan ALLAH. Bukanya di tangan orang yang bertanggungjawab create benda alah tu. Tak salah nak mencari tapi janganlah sampai membazir.

Selamat malam jodohku :)

Assalamualaikum.