31 March 2011

close my eye

why i'm still here blogging all the time. did you know how to sleep wada or you just forget the way to sleep because you were stuck at arau because of the flood? who says that ha?sumpah menipu. kata kat rumah dok mereben sakan stuck kat arau kenapa. nak simpati la tuh. ok2 tak nak bebel panjang nanti i jadi mak nenek.

since i also don't know why i'm still awake for this late. ok let make a check list. is there a possible reason for me to still awake.

1. my adeq not well she having stomach ache, so i'm here to accompany her. just a reason :). eh tapi betul adeq sakit perut but if i don't accompany her pun she can manage herself. tapi dah tercongak den kat sini kalau tak teman pun macam tak beguna pulak.

2. settlekan my law assignment. owh yeah did you all know betapa leganya saya? anda2 tak tahu since bukan you all yang pening2 think about that.

3. close my eyes. thats JB song. but my eyes can't close. haisyhh waktu2 genting macam ne adalah sukar bagi saya nak melelapkan mata. but after berblogging i will try to push my eyes to close. so that i can continued sing JB song. is there any kaitan?
ok takda langsung. muahehehe

=======check list done =======

ok since everyone dah tidur plus my adeq pun dah ok. stabil kondisi perutnya. assignment pun sudah siap that a concrit reason for me to sleep. owh yeah yeah. nak tidur. nak tidur. sumpah gedik

p/s. nanti mesti ada yang kata. tidur lewat macam ni pun nak bagitau orang. ingat aku kesah. adehh tak paksa suruh baca. ini dikira macam penutup siaran untuk hari ini.

==TAMAT==

APRIL FOOL ---> tak dak kena mengena cuma nak bagitau yang dah 1 APRIL 2011 :)

assalamualaikum

salam perkenalan dari aishah

hai semua. nama saya aishah. NURUL AISHAH BT HILMI. umur saya 11 tahun dan menunutut di SEKOLAH JALAN DATO KUMBAR. owh ya saya tumpang blog kakak saya tau. adik saya buat saya pun nak juga. jadi kami adik beradik hanya dapat meluahkan perasaan di dalam blog kakak saja. nak suruh 
dia buat tak mau pulak jadi tumpang jela. tu pun terpaksa tumpang jela.

sedikit cerita tentang diri saya. saya merupakan anak bongsu dalam keluarga. ada satu abang dan ada satu kakak. tapi saya ada lagi sorang kakak, sorang abang dan sorang adik. hahaha. semua mesti pening kan. eh ada lagi. saya ada mak dan bapak. eh ada juga mak dan ayah. hahaha.. pening lagi kan. padan muka semua.

saya ada 4 orang anak menakan @ saudara. kembar satu yang lain biasa2 saja. baby yang paling baru. abdul. comel gila.

hari2 seperti biasa memang la sibuk sakan dengan dengan sekolah. tapi itu tak menjadi hal. kalau nak pandai semua kena patuh. tapi kadang2 buat perangai juga. haha. oh ya saya sangat suka tidur. haha

ok la bye2. ada benda nak buat. sama ada nak tidur atau nak siapkan homework. nak ting2 dulu.

30 March 2011

take note yeah

again :(

salam seantero dunia semua

bersua lagi kali ne malalui pintu ya kalau dulu melalui tingkap. ok sangat best sebab sekarang sejuk. kalau dapat tidoq la kan memang takkan peduli alam sekeliling. tu cite bab tidoq tapi kalau nak beceqito pase banjir, duit tak da, air tak da, makanan tak da, airmata ja yang ada. banyak sekali. tetiba jer jadi da tak besh da. tak besh sesangat.

dan perkara yang berlaku time final sem lepas.(ini cerita banjir sem lepas).jadi lagi atau dengan erti kata lain berulang kembali. hujan lebat tak henti2. air banjir naik2 tak peduli orang sekeliling. dan arau banjir untuk kali yang ke 2 dalam tempoh 6 bulan. dahsyat kan? sangatla. dan kepada siswa siswi UiTM PERLIS yang kena alaminya buat kali kedua. sumpah kami dah tak sanggup. bukan tak mau susah tapi penat nak macam tu lagi. dengan airnya dengan makanannya.dah tak sanggup

disebabkan kami semua kat arau neyh dah pernah rasa perit jerih letih terkulai lembik sana sini, kami semua telah mengambil langkah berjaga2 dimana serbu bank. serbu kedai runcit cari stok makanan. kami bersedia dari segi mental dan juga fizikal. sebab perkara itu pasti berulang. hasilnya student beratur berpanjangan semata2 nak keluarkan duit. yarh sapa kata aku tak join sekaki. aku lah antara insan yang paling sengal. keluar duit dan simpan dalam locker lagi. semangat kan. sangat weyh. jangan kutuk weyh aku memang macam tu. sumpah kalut semacam. sebab aku tak mau kerana RM 12 aku menangis terkulai lagi.

terima kasih yang tak terhingga kepada rektor UiTM PERLIS dengan izinnya kami semua diberi cuti sampai ahad neyh. tu pun kalau keadaan arau kembali pulih seperti sedia kala tapi kalau tak. ya anda wajib berada di kampung halaman masing2. tak pa duduk ja rumah. rektor bagi.

oleh yang demikian. haha. aku rindu kat subjek bahasa melayu weyh. keadaan kolej menjadi huru hara bila semua pakat kelam kelibut nak balik. dah orang bagi nasi takkan tak makan. begitu la perumpamaanya.

gembira terhegeh2 balik rumah. macam baru ja balik kan. mak ayah pun tak dan nak rindu lagi dan aku pun tak da la nak rasa kebuloq sangat lagi dengan makanan kat rumah. mak masak.

thank a lot to MAK LYND sebab dengan beraninya dia redah banjir semata2 nak jadi rescue we all. sumpah terharu. thank MAKCIK.

just want to share with u all the real situation kat uitm arau. kat bank. dahsyat. dahsyat.




secara kesimpulannya aku sudah berada di rumah. alhamdulilah. segalanya selamat.

bila diberi cuti dan boleh balik. langit kembali cerah dan hujan dah pun berhenti. syukur2. syukur2. saya sudah berada di rumah buruk siku kalau nak tarik cuti balik. ngeh2

AS tak banjir ye hanya kawasan di sekitar perlis saja.

lap u all :)

lama tak jumpa


Hai kawan2,lama kita tak jumpa. kawan2 sihat? saya disini sihat sahaja.
hari ini sibuk la. asyik kena pergi sekolah saja.
ooohh ya kawan2 dah tengok ke gmbar saya kat blog? ha nampaknya kakak saya dah izinkan tu nak kongsi blog ne bersama. tula nak suruh buat dia tak mahu.

sekarang kawan2 dok buat apa? saya tengah buat apa? tengah tulis blog lah apa la kawan2 ne tu pun tak tau.

kawan2 nak tahu tak. hari tu saya pergi pantai merdeka d
engan kakak emak dan ayah saya. tapi hujan pulak. lepas tu hujan rintik2 kami turunlah ke bawah untuk main ombak tu. malang sekali sebab saya takut dengan ombak terlalu besar sebab air se
dang di pasang. tapi pantai merdeka tak macam dulu dah. ayah saya la yang kata sebab dulu2 tu saya tak ada lagi. hahahaha. nanti saya tunjuk gambar yer saya kat pantai merdeka ok.

sekarang ne musim hujan la.. pergi sekolah pun
kena pakai sweter sebab sejuk sangat. dan selalu ja kena pergi dengan kereta. saya meluat pergi dengan kereta sebab aircond terlalu sejuk sangat

tula saya dekat pantai merdeka. saya takut ombak. tu ayah saya bawah payung

.



ok kawan2 kakak saya nak guna pulak. ok lah bye bye.

sayang kawan2

28 March 2011

hujan

hujan
hujan
hujan
dan hujan
dan hujan lagi
lagi2 hujan
non stop dari semalam
dah kena ada backup plan dah
bersedia dari segi mental dan fizikal yarh
serang bank dan cepat2 standby stock makanan

macam gelong

27 March 2011

MASA DAN WAKTU SUDAH HAMPIR

kembali ke arau.

tidaaaaakkkkkkkkkkkkkkkkk.

kenyataan yang tak dapat dilupakan esok ada test, 11hb ada test muet dan seterusnya study week dan final exam. tapi nanti celah2 semua tu ada terselit dinner. ha yang tu best. sekali seumur hidup. walaweh. dinner tu, baju dah dapat dan semuanya hampir settle. alhamdulilah.

lepas habis final exam berhoneymoon sakan kat rumahku syurgaku selama 6 bulan ha yang tue best.

pulang dulu yarh. dia ada awek baru kot. takpa asalkan bukan bini lagi. enjoy dlu yer. :)

saya suka walaupun sedih. hahaha gelong. tak malu.weekkk

26 March 2011

'---'

nampak lagi

kecewa lagi

terluka lagi

KENAPA MESTI DIA



malam ne nak mulakan entry dengan first word kat post title lagi kah?? oh no no no. nak emo dan nak luah perasaan sikit. ok kepada sesiapa yang terasa dia sangat bahagia dan mood happy2 ja selalu. diminta tuan2 dan puan2 sekalian cuba pusing sikit ke darjah yang sedih2 emo neh. kalau tak mau. silakan buat benda lain. jangan buang masa nak baca sebabnya kalian2 takkan faham sebab anda semua tengah bahagia. ok emo sudah start. haissssyyhhh

kenapa entah. kalau cerita ni tak dibuka kat mana2 pasti benda ne takkan berlaku. ne la masalah kepada tuan punya badan. benda yang jadi hanya beberapa saat tapi effect dia akan emo berhari2 dan mungkin juga akan makan masa selama berminggu2 seterusnya kepada bulan2 dan mungkin juga sepanjang hayat. ya sumpah kalau dah nama SITI MAWADAH yang terkena tempias atau buat2 sengaja nak bagi kena tempias bab2 suka duka suka kat orang ne. effect camne la kalah orang mati kucing. oh i bukan benci kucing but i geli dengan kucing.

kenapa entah mesti nak kena ada dia. alamak kacau wa punya study tuh. macam nak buat pengakuan berani mati ja. wada suka _______ . mau malu dan terperuk dalam gua tujuh keturunan. tapi kalau keturunan2 tu semua dari dia. ok tak payah nak malu. pernah tau one my secondary school buat benda yang sama. dia dengan berani mati nya confess kat guy tuh yang dia da lama minat kat guy tu since kecik lagi. dan still sampai sekarang. guy to tolak at first but he accept then. sumpah teringin gila nak jadi camtu.tapi sayangnya i takda perasaan berani mati nak buat macam tuh. dan ego fullstop.

sebab perasaan jugak la diri ne dah pandai jadi sombong. gaya konon buat muka eksyen. tak mau tegur orang dok sorang2. dan mata gelabah biawak bila dia ada dekat. sumpah tak selesa. rasa terasing gila but all those perasaan aku sendiri yang create. people tak tau tapi aku tau. aku yang rasa. perit.

dulu aku suka dia. then tersangatlah benci sebabnya menyampah dengan perangai dia yang pilih bulu. nak cari awek yang cun2 ja. dan apa ja yang dia nak buat kecantikan mesti di tempat yang pertama. kenapa entah nak kena macam tu.rupa tu penting kah?? sebesar kuman benda yang dia buat boleh dengan tiba2 aku syok habis kat dia. masalah sekarang sapa yang buat bagi aku suka dia balik dari benci gila2 tu. diakan??


kalau nak padankan aku dengan dia memang la macam langit dengan bumi. macam tanah dengan awan. macam kepala ke kaki dan macam kapal terbang dengan basikal. tapi macam mana nak kawal hati dan perasaan bila tiba2 nak tersuka kat dia balik. dah cuba sepak terajang halang segala macam hal tapi tak boleh. dan semakin hari aku semakin menyampah bila langsung tak boleh lupa dia. kan best kalau ada doraemon.

terlalu banyak yang aku telan. yang aku nampak yang aku rasa yang aku kena buat. semuanya aku dah rasa. semuanya demi dia. bodoh.

sampai bila2 pun takkan ada yang tau selagi bom dalam badan neh tak meletup dan kalau ada yang tau pun kalau yang baik doakan yang terbaik untuk diri ne dan kalau dia tau, peluang untuk diterima dan menyulam kasih. tipis dan bocor terus. tak da. kosong. bukan aku pilihan dia. dan kalau aku cantik mungkin harapan kembali cerah. tapi sebaliknya. perlu ka nak cantikkan diri yang memang tak cantik ini demi dia. tapi taklah sampai terfikir nak buat camtu. biar dia accept siapa diri aku sebenarnya. he knows me well.

tolonglah YA ALLAH lenyapkan dia dari kotak fikiran kalau bukan dia untuk hati ini. dah tak dapat kawal dah.

kenapa entah tiba2 nak jadi camne. sebab tadi baru usha dia. lorh yang p gatai usha pasepa. nak buat cena dah tak sedaq.

soalan masih lagi tak terjawab dan tak tertanya pun. KENAPA MESTI DIA?? kerja hati dan perasaan mana nak tau. siapa yang boleh duga.

terlalu rindukan zaman kanak2 sebab dia ada.dekat.

assalamualaikum :)

25 March 2011

WALAUPUN

terasa nak mulakan semua ayat dalam entry kali ini dengan walaupun. tak dak apa yang nak dikisahkan wada. blog hang. hang punya suka. i love to be the way i am.

walaupun background image dah ditukarkan kepada yang lain. dan nampak ada sedikit kekeliruan kerana ya kerana mu MALAYSIA. hahaha merepek dah. kerana kadang2 kalau kalian2 semua terperasan bukan saya tuan punya blog yang post segala macam entry. tapi adeq. permintaan dia yang memang susah nak kakak ini tunaikan.

"boleh tak kakak buatkan satu blog untuk adeq?"

ok kakak semakin parah dengan permintaan itu. jadi maka dengan itu, saya kakak yang sangat baik ini telah dengan senang hati dan dalam kata yang sangat terpaksa telah pun menyerahkan sebahagian hak milik blog ini kepada adeq. ok tapi tak dala sepenunhnya. hal lain2 masih lagi menjadi keutamaan kepada tuan yang memiliki blog ini sendiri. jadi walaupun ini dikongsi tapi ia masih lagi menjadi hak milik kekal SITI MAWADAH. tqvm

walaupun hari isnin ne ada test ais 300. tapi kenapa kau pulang wada?? owh soalan yang tak mampu nak jawab. da parent i paksa i balik dan paksa juga sebab mereka nak ambil i. tula i balik. i sebenarnya tak kisah balik pun tak pa tak balik pun tak apa. ok lepas baca tolong terbalikkan ayat. gantikan parent kepada aku dan sebaliknya.

walaupun perut masih lagi dalam keadaan kekenyangan tapi apabila kaki melangkah kedapur. adehh lapar again and again.

walaupun aku mengantuk dan aku akan tidur. ok takda motif langsung. better stop sebelum ada yang kepala nak kena hentak kat mini cooper. i love mini cooper. tetiba :)

goood nite bebeh. salam semua.

21 March 2011

HAPPY 11TH BIRTHDAY NURUL AISHAH


she was born on 20 MARCH 2000. A cute little girl who always cried and make me cried too. that aishah.

mulut lazernya
kuat mengata kat orangnya
haha dia dah semakin besar macam kakak
she my rapunzel
i love u dear














dear aishah

kamu sudah besar yeah. dah 11 tahun. kurangkan perangai tu ye aishah sayang oi. jangan nak merajuk2 sangat. buat2 perangai sangat. kesian mak ani. kesian kat kami. bila aishah buat perangai. tension neh bila ada yang dok buat perangai tak tentu hala. yeah bakal doktor dah ne. doktor pakar urat yeah. nanti urat kakak gelong kat mana2 aishah tolong bagi betoikan yarh. belajar rajin2. kakak sayang aishah selamanya. aicewaahhh.. i love u dear.
.
love kakak

semoga:
  • panjang umr
  • murah rezeki
  • otak mu sentiasa berfungsi baik seperti sekarang
  • cita2 mu akan tercapai (kakak tumpang senang)
  • biar segalanya yang dirancang dan bakal terjadi akan baik2 saja

ya allah, kau lindungilah permata hati kami ini dengan nur dan hidayah mu ya allah. sesungguhnya dia adalh anugerah yang sangat tak ternilai nilainya kepada kami.
sorry sayang kakak sangat penat malam ne. tak ada mood sangat.

HAPPY 11TH BIRTHDAY NURUL AISHAH BT HILMI

love u sayang :)

14 March 2011

ok adik sabar

Kakak kalau nak pi korea kena tunggu kakak kerja dulu ka kalau macam tu lambat lagi ka nak pi korea.Kakak bila kakak nak balik,adik rindu kakak la kadang2 ada juga tak rindu.Kakak adik sayang kakak,kakak sayang adik tak.

DEAR ADEQ SAYANG

Hey awat tiba2 dok buat emo ne.nak kena tampaq kot. adeq dah buat kakak sedih dah. agaknya camne la kan adeq rasa bila kakak dok story mory pasal adeq.

insyaallah nanti kalau ada rezaki sampai la kita kat bumi korea tu. sabaq banyak banyak sekarang ne..sabaq deq oii..mau kena tembak dengan kakak dok buat perangai gelong camne.

belajar rajin2 if u want to be a stewardess.

sushi tu adeq buat la sendiri. adeq yang belajar nak buat macam mana kan

kakak pun rindu adeq :(

jom kita peluk geram :0

bye2 adeq sayang..

dah pandai mengeblog yer..bahaya sudah :)

nampaknya blog ne bakal menjadi hak milik 2 orang..partnership kah ini??

you read you answer

esok ada class. mau beradu. cakap gaya mandat besaq sangat. ada aku kisah.

tata.may god bless



Kakak adik rindu

Kakak adik rindu kan kakak dan adik sayang kan kakak lagipun adik nak lagi shushi sosej berkeju, sedap juga kakak buat kan tu. Kakak nanti kakak balik pula kita buat tau.Kakak adik dah tak sabar nak pergi korea,adik rasa macam nak pi sekarang ja,nanti adik jadi pramugari nanti adik boleh pi mana2 ja kan kakak adik dah tak larat nak tulis dah ni bye2 kakak I LOVE YOU...........

12 March 2011

sedapnya shushi ini


hai kawan2, kawan2 tengok tak lagi shushi sosej mieyah tu sedap kut. kawan2 cuba tak lagi di rumah saya rasa macam nak buat lagi la tapi kakak saya dah tak larat jadi kawan2 cuba lah di rumah selamat mencuba tau.


bye2

11 March 2011

hasil nukilan adeq

sambil si kakak sibuk melayan fb tiba2 si adeq datang

"kak tengok ne. ne gambar go mi nam yang ne rumah depa yang tu masa kat swimming pool"
"apa ne.ang ne la macam2..eh adik nak scan tak??"
"nak2 " dia gedik la tu

penangan you are beautiful tak habis lagi rupanya sedangkan kakak pun dah lupa adeq oii

dan inilah hasilnya.nak kata wow cantiknya adik macam pelukis terkenal dunia tu tak da la sangat. cukup sekadar budak 8 tahun nak express kan minat dia kat atas kertas. banyak lagi sebenarnya yang dia nak lukis tapi ayah dah awal2 lagi warning. jangan nak guna A4 banyak sangat na dan dia pun berhati2..


go mi nam enjoy mandi manda dalam tab while tae kyung sepak2 baju go mi nam-ep 3


ne katanya rumah anjell. boleh la nak kata ada juga mirip tu


ne pula time semua ahli ANJELL dok sedap tidur kat ruang tamu rumah episod ke2 kot kalau tak silap


shooting video klip kat swimming pool

go mi nam bawa alat elektrik masuk dalam bilik tae kyung dan tetiba alatb 2 terkena tae kyung tengah tidur.

malam tae kyung dan go minam tengok movie kat cinema tu. lepas da habis movie mereka lepak kat koridor yang banyak bintang tu


hope enjoy. cuba review balik drama tu dan cuba check balik dengan lukisan ne betul2 nampak sama.

tataaa..

ada apa dengan FACEBLOG??

yeah i has discover benda baru neyh. terima kekasih kepada sesapa yang dengan niat baik memperkenalkannya kepada gue. owh saya sangatlah teruja. ya weyh teruja sesangat. banyak lagi yang nak kena chek it out kat sini. ehh fren2 i jangan lupa join this community. you all gonna have fun here. and you all also can tambah2 kenalan.

you all nampak tak banner kat page i yang sangat cantik itu. terima kasih kepada faceblog kerana anda telah create banner warna hijau. saya sangatla suka. lagi bersemangat nak tulis2 menulis ne.

anyway i love to make a friends. if ada apa2 nak tau dengan lebih lanjut you all boleh ja baca kat bawah ne or you all are welcome to clik banner faceblog i yang sangat cantik itu kat page i. terima kasih

i love green :)

SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTIFACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMAFACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.
TERIMA KASIH Edit

sushi sosej mieyah

salam rindu buat semua. agak lama rasanya kita tak bersua muka..eh sejak bila plek blog neh bleyh dok sua2 muka macam kat tingkap tuh. tak dak eh bese2 jer. lama kot tak mngeblog sebab menyebebnya adinda sangatlah sibuk tak hengat kat u all semua. biasalah kan dah nama pun budak yang masih lagi terkedek2 belajar nak ke langit tu macam ne lah. dok buat tension kadang2 tak tentu pasai tu yang dok buat lupa daratan seketika kat lappy dan sebagainya. jadi hari ini memang sangatlah free sebab ante dirumah la. sampai juga aku dirumah ya.

bila sampai rumah ja adeq dah kalut2 bagitau nak ajak kakak beli barang buat sushi dia tu. pengaruh dari majalah lane. dan kakak ne pun baik hati kan bawakla adeq p beli segala macam barang. sepatutnya sushi ne buat kelmarin tapi disebabkan semalam perut kami sangatlah full jadi kami postpone buat pagi ne.

you all semua boleh try k.. tak susah mana pun memang budak2 pun bleh ja nak jadi chefnya tapi kena ada yang guide la sebab ada acara potong memotong dan juga masak memasak ne. bahaya kan :)

jom kita terjah menerjah camne nak buat tuh

meet the chef

bahan2= roti,sosej,timun,carrot,keju(tapi we all dah gantikan keju ne dengan mayonis sebab adeq tak suka keju)

sosej ne sepatutnya direbus tapi we all buat sikit kelainan we all hangitkan dia @ gorengkan

gunting tepi roti2 tu yang warna coklat tu sebabnya nak nampak cantik kot dan lepastu penyekkan sikit roti 2 biar jadi nipis

sapu roti dengan mayonis. kalau u all letak keju just letakkan ja keju tu atas roti dan susunla sosej, carrot dan timun mengikut citarasa anda. carrot dan timun tadi tu potongla nipis2 dan memanjang biar senang nak susun. pastikan carrot dan timun tu fresh yer.

next, gulung la bahan2 yang kat atas tadi. sepatunya roti tu boleh ja pakai 1 keping tapi we all guna 2 keping sebab nak bagi betul2 kejap bahan2 dengan roti

gulung sampai jadi macam gini. lepas tu potong la guna pisau.1keping roti boleh ptong 3 bahagian. biarla nampak besar sikit dan yang pastinya puas untuk dimakan

tadaaa.. dah seap pun sushi sosej mieyah

sedap sebenarnya. bukan nak puji diri tapi tula hakikatnya

the sushi is ready to eat. memandangkan ini adalah sushi malaysia jadi kami telah gantikan wasabee dengan sos cili. alah nampak lebih kurang sajer.


senang sangat2 nak buatnya dan boleh ja nak tambah apa2 lagi or nak gantikan segala bahan sayuran tu degan sayuran lain. ikut citarasa masing2 k.

selamat mencuba.

ok tata i nak p tanak nasi pulek..

PLEASE TRY THIS AT HOME OR ANYWHERE

01 March 2011

suddenly.. i terlike him!!

aku harus berusaha seusaha sedaya yang mungkin. dan bermulanya acara serang menyerang antara aku dan kononnya makcik yang mengatakan bahawa dia penah rapat dengan that guy dulu?? owg statement mintak mati ka apa. ada aku kisah. setakat cerita dulu yang basi basi tu. tak da la nak ambik port sangat. katanya dah diikat.. ikat apa tu?? ikat rambut ke ikat kaki?? basket saja semua tu. takpa insyaalah kalau jodoh jadilah saya seorang isteri kepada suami seorang perantau.atas laut ja selalu. aiceceh rasa macam sweet la sangat. tak pa nanti u bawa i pegi JEPUN eh.. i teman u. yawww.. aku dah gila..gila..gila..

saya suka warna biru
saya suka laut
saya suka kapal
saya suka insan yang selalu berada di atas kapal
saya suka dia
saya suka dia yang kat snow tu
I LIKE HIM!!!

p/s kepada norhayati baharudin terima kasih kerana menemukan kami. terima kasih kerana membuka pintu hati aku. terima kasih sangat2. ang la kawan aku dunia akhirat.. weeekkkkk

DAN CERITA INI HANYALAH ANGAN2 MAK JENIN YANG SANGAT KUAT. YA ALLAH KALAU BAB2 NAK BERANGAN NE SERAHLAH KEPADA HAMBA.MEMAnG SAMPAI LUBANG CACING JADINYA HARU BIRU HIDUp DEN. I DO LOVE HIM. IF ADA JODOH ADA LA TAK ADA YANG MUSTAHIL DALAM HIDUP NE WALAUPUN TAK PENAH KENAL ANTARA SATU SAMA LAIN. acewah ayat pasrah habis tu.