24 February 2011

bila cakap telabik putar terbelit gelong sana sini

hye dear im here..dia pun jawab hye sayang i always there for you. macam sweet sangat2 la kan. tak tau nak kata apa neyh. ya Allah sukanya. hahaha..marang kerapu ikan keli apa ne wada. ok im feel free sesangat weyh sangat la. 2 test da lepas tinggal lagi 3 ja. ok da lagi 3 ya masih banyak lagi dan tak perlu nak rasa free sangat. cukup2 la tu menggedik.

kenapa mesti ada yang macam tu??
kenapa mesti itu??
kenapa semuanya mesti jadi??

tertusuk juga hati den ne kan bila tiba2 kan..adushh kedebuk kededih ibarat sinchan di tetak oleh hagemaru. takpa2 i tak da la nak ambik kisah sangat.. tapi kadang2 tu macam nak kata jugak la mind your word la k. tak salah pun memang tak salah semua ada hak tapi kadang2 tu kena la baik2 juga.. ok apa aku merepek ne..main cakap ja apa yang dok buat lintas langsung kat dalam benak fikiran ini. tidakkah anda rasa saya layak menjadi seorang guru sastera?? saya terlalu cintakan itu.sangat weyh tapi saya lebih gilakan duit. insyaallah kalau ada rezeki kita jadi dua2 la yer. semua kita jadi kan.syiok sesikit.

dan hati ini tiba2 jadi tak sedap bila dengar nada suram disebalik suaranya. sumpah ganggu study i. dah la nak test ne. hati ingat dia ja. dan asyik nangis ja bila teringat apa nak jadi dengan mereka. supaya ALLAH bagi petunjuk sikit. dan semoga semuanya baik2 belaka. dan apabila semalam setelah beberapa minit bergayut suara cerianya hinggap nyaring di telinga.dah ok sangat2 dah syukur at least takda rasa risau lagi. saya dah boleh study dan jawab test dengan tenangnya walaupun ada yang hentam keromo. tadi bila talian kembali bertaut dan suara cerianya kembali berkumandang. alhamdulilah. sumpah tak suka gila bila tengok dia sedih2. i know she had suffer a lot. i'm here for her even i jauh jugak and i want to be as strong as her. to be as good as her.

i mengeblog kat bilik makti dan tak sedaq diri lagi test masih berbaki lagi 3 bukan lagi 2.

adios amigos semuanya seantero dunia :)



19 February 2011

apabila wada lupa daratan

sebab saya dah hilang ingatan bila kaki ne malangkah megah ke rumah. memang dah tak ingat dunia yang sebelum ne pun. ehh tetiba ja rasa macam diri ne tengah tunggu result spm ja kan. dok rumah yang badan dan goyang kaki seketika dan bersahaja.ok nak kata muda lagi..

owh student lagi ka ne?? dok belajaq lagi weyh.. dok buat lupa ingatan tuh buat apa.. tak pa nak lupa ingatan untuk 3 hari ja. hari2 yang seterusya pasti ingatan kembali pulih dan kembali gila. hahaha

i da nak balik arau dah.. tak suka nak tinggal rumah.hahaha sejak bila ne wada

i balik petang ne yawww..

last mengeblog dari rumahku syurgaku :)

hate but i miss it

entry lepas kan tiba2 ja dok buat gelong miss those part la apa la.. tu adalah kesan sampingan apabila anda terlalu feel tengok movie. haissyyhh tu memang dah jadi habit la setiap kali tengok movie mesti nak macam tu. tambah2 kalau ada part2 yang memang memerlukan paksaan air mata. sumpah boring sebab lepas tu mesti nak nek gelong seketika. dan the worst part kalau ada laki yang tinggai bini.cari popuan lain tak pun bila mak tinggal anak2 yang kecik2 tu. yang tu ok lagi tapi bila bab popuan kena korban perasaan tengok orang yang dia sayang bahagia. yang tu dah tak best dah. langsung tak best. dan secara tak semena2 nya watak dalam drama tu bertukar pihak.. aicewaahh ada niat nak belakon tu.. ada weyh bakat terpendam yang tu. yang tu tak nak cite la nanti da orang nak ambik belakon pulak. mampus mak.nak belajo lagi..cmne tu?? hahah..lantak lu r.

bila semalam tengok julia robert sibuk dok plan macam2 tak mau bagi best friend dia kahwin dengan popuan lain. kecian dia. time dia buat confession tula memerlukan kerahan airmata yang dasyat sekali..haha sumpah huduh time tu (den la yang huduh takkan julia robert pulak). dia mengaku yang dia dah lama cinta kawan dia tu tapi takut nak cintan cintut ja.. adesshh kalau la den berpeluang nak buat segala bagai benda tu mesti sekarang den dah bahagia kan. hahah.. tak da jaminan wada, so better stop merepek

kenapa eh semua benda yang dulu jadi hak milik kekal den sekarang dah jadi orang lain punya hak?? sapa yang tak layak untuk sapa neh?? sedih kot bila tengok orang yang dulu rapat dengan kita tapi sekarang dia lebih bahagia dengan orang lain. susah sangat ka nak rapat dengan semua orang? buat ja semua benda dengan semua. ok too much 'semua'. tengah emo weyh

sumpah rindu gila nak jadi macam tu balik. kenapa mesti ada perpisahan dan juga kerenggangan dalam hubungan dan kebutaan hati perasaan..cant u see?? ok i jadi batu loncatan yang memang susah sangat nak meloncat serata pelusuk alam. ok that why u left me behind the corner? ok i tak paham langsung..i dah mula nak merepek dan rasa nak tutup ja laptop dan tidur sebab i tengah emo.

memang i ne u cari bila u susah dan u terbang entah kemana bila u rasa u dah ada someone yang lagi better dari i dan u langsung tak toleh tengok i kan?? kenapa mata u tiba2 jadi buta eh bila u tengok i?? mulut tu jadi bisu eh bila i depan u?? telinga u tiba2 pekak ke?? dan hidung u pun tersumbat. begitukah?? kejam tu.

sekarang u dah senang u takkan cari i lagi.. i dah paham dah..so takkan ulang lagi cukup setakat dulu2 ja i tolong u. i tolong ikhlas eh bukan sebab kenapa2 pun. nanti u susah lagi datang la cari i lagi k. i tak pe sebab hati i ne terlalu lembut. that why la orang boleh pijak kepala lutut i sesuka hati ja, takpa2 buatla eh lagi. i suka gila.. gila punya suka. hahahahah (muka memang suka habis ne)

ok sekarang dah kurang emo dan niat nak off laptop masih diteruskan. :)

tolong jangan tanya siapakah insan yang dimaksudkan itu k. i tak nak jawab. hahaha. kejam2.

hubungan yang dimaksudkan tak semestinya hubungan cintan cintut keh

byebye dear friend.. dan tadi adik saya tiba2 ja tumpang nak mengeblog. salam semua ;)

hadiah hari jadi saya

Hai kawan2 saya mahirah saya pinjam blog kakak saya sebab saya tak ada blog. Saya nak cerita tentang hadiah yang saya dapat.Pada hari itu hari jadi saya.Banyak saya dapat hadiah dalam tiga ja la tak banyak sangat.Kawan2 nak tahu saya dapat hadiah apa. Saya dapat hadiah dompat,buku dan bunga tapi saya tak buat hari jadi tu dekat rumah nanti saya nak buat dekat jubli emas.Lepastu kakak saya belanja macam 2 untuk saya tahu tak apa hmm kawan2 mesti nak taukan saya dapat apa saya dapat tudung,minyak wangi dan makanan2..ok la saya dad tak larat dah ne. nanti kita jumpa lagi. bubuye kawan2

18 February 2011

i missed all those part

sediakan tisu dan segala bagai kerana saya nampak hingus tu..hahaha. tak dalah

like i just told u at the previous entry was im currently watching my best friend's wedding. ya while watching tetiba je teringat2 kan benda yang lepas2 dulu..

ok tak da mood nak cerito.

to be continued :(

nak feeling movie ne dulu.esok story lain.

10 PETANDA DIA JODOH KITA


Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)


Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.


1.Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.


2.Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.


3.Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.


4.Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.


5.Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.


6.Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?


7.Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.


8.Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.


9.Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.


10.Solat Istikarah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya


Ditulis oleh Hj Abdul Samad: Hj Abdul Samad


artikel ini dipetik dari laman sosial, mukabuku


dan ingatlah wahai manusia setiap adam diciptakan untuk hawanya dan begitu juga sebaliknya. jadi tak payah la dok kalut2 nak cari kecinta.mencinta.tercinta and what so ever kerana ada insan yang memang tercipta untuk anda ya.. jadi dengan itu anda perlu nantikan saja(indon version).


that why i tak couple sampai sekarang tau..sebab i tengah waiting i punya mr.right. huahuah( alasan je tu padahal tak laku)


kalau boley..i tak nak cinta2 tapi nak kahwin terus. semoga apa yang i nak tu menjadi la kan.i nak kahwin je terus kalau boleh sekarang pun tak pe..anda dah start terlebih melebih dah ok..not now yeah..


owh cantiknya itu cincin :)


mengeblog sambil berangan adakah lee min ho..MR.RIGHT den..owh bestnya..yawww

danger-->dont read

jangan baca kalau anda seorang yang sangat baik budi pekertinya. because now im start to say something bad about you. ya tentang anda..sangat buruk..uish start gelong dah.

kadang2 bila nak kata macam harem pun ada juga..haisyyhh sabaq jala wahai hati tapi kan aihh susah la nak describe neh.taktau nak cerita macam mana.

ce cite.ce cite.ce cite

fuuhhh(tarik nafas sikit). ok kite cite yer..hahaha..gelong again.

tersebutlah kisah seorang yang bernama beruk yaw yaw.. aku tak tau nak tulis apa sebenarnya neyh..

bukan la nak cite pe sangat yeop oii..tapi ada la qasa kurang enak dan harum disitu ya..jadi maka dan terseksa..adehh..i have no word..sumpah weyh

ok setat cite ye..orang tengah marah mesti nampak hudoh an?? lazimnya la..tapi tu orang lain r..aku suka kot kalau aku tengah marah..sebab rasa comey tetiba .hahaha. tak dala..tak suka kot marah2 ne..sebab bila den maroh habis segala macam benda keluar. macam ada dulu2 yang aku tengah casting untuk filem lorong gelap dulu tu. memang aku marah sangat. tak kira siapa jua musuh aku tempur dengan berani..hayaakkk ddish..ddishh..gedebukk..oucchhh..macam tula lebih kurang. seram kan?? agak r..

ingat lagi kot time primary school dulu2 tu. at that time i standard 5. punya la marah tahap gila bangang punya degree celciusnya.penah kot pukul belakang member dengan bulu ayam tu. bahagian besi tu dia kena tibai..piaaaq(bunyinya)..memang gaya mantap seorang atlit memukul kayu golf nya di padang..tapi aku guna besi bulu ayam tu untuk pukul my friend.. time tu memang marah gila. ya la kan agak r nak main2 pun. i pun manusia ada hati dan perasaan dan memang wajib nak kena ada persaan marah. haissyyhh. tapi jangan la risau tak mati or koma ka apa budak tu.sihat ja lagi. dia pun jenis badan besi keluli ni. so tak da la dia merasa kesakitan yang amat sangat tapi berjuraian jugalah air matanya. hahahaha.. sorry melea. i didnt mean to hurt you.. main2 ja tu..kalau i marah betui2 i humban ja you kat tingkap classrom kita tu..(saya student SK SULTANAH ASMA dan ketika itu berada di dalam kelas 5 AKTIF) tengok class r tu yang student pun pakat aktif ja semua tu.

tapi tu cerita zaman purba yang nak $%$#^%&^*^ segala bagai tu bab hati dan perasaan neyh. bukan perasaan sayang tapi lebih kepada perasaan tersakitnya hati dan terobeknya hati. kenapa susah sangat orang nak hargai kita ha.. tak nampak lagi ka apa yang dah macam2 kita buat memang shit la.penat da kot. asyik2 mesti macam ne. asyik2 kena terasa hati ja.asyik2 kena macam tu. dan asyik asyik asyik asyik asyik2nya bercinta..dangdut sebentar. hehe..merepek yaww..

aku hanya nak sikit penghargaan sikit ja sikit ja dan tak banyak pun sebab kalau dah ada penghargaan tu sikit taqa mana pun. tanda tu ada ja kat situ. tak lari p mana2 pun. orang kata sikit2 lama2 ada la bukitnya.hahaha.gelong2

habis bab marah now masuk pulak bab hati

nak buat macam mana kan da kalau memang takdir nak jadi macam neh.dari dulu lagi asyik nak terasa hati ja.insan yang memang dulu tersedia rapat sekarang da jadi hak milik kekal dan juga sementara bagi orang lain tak fair kan?? memang tak fair..

ok past to the next entry.. we continue soon macam tak sesuai la pulak kan nak cite kat sini bab2 hati dan perasaan neh..

im now watching my best friend's wedding :)

17 February 2011

lalalalalala

pada tarikh dan jam ini saya dengan ini mengishtiharkan saya berada di rumah.. ya im currently at home kepada sesiapa yang kurang mengerti bahasa melayu.. huihuihui.. gonna start my work tomorrow..arini nak rest dulu..

hantu kak limah balik rumah..semua dah gilakannya.

haisyyhh

good night..:)

16 February 2011

happy 8th birthday mahirah



She was born on 16 February 2003. A cute baby girl named SITI MAHIRAH SHAKIRA was belong to EN. MOHD SHAKIR and PN. JELEHA was born at 5 pm like that. i cant remember. but she was loved by everyone. her brother and her sister was very excited on that time. she only 2 kg something on the day she was born.

dan apabila dia semakin membesar dia menjadi semakin menyusahkan. hanya kepada kakak nya yang pada masa itu masih lagi kurang dapat menerima kenyataan yang dia kini mempunyai adik. tapi semakin besar ini budak dia menjadi sangat disayangi. owh adik kau ratu dihatiku.

dia lah penghibur kami sekeluarga dan dia juga la penghilang sepi bagi kedua orang tuaku dikala anak sulung giat mencari rezeki dan anak kedua tekun menuntut ilmu. si kecil ini ada diantara mereka. menceriakan hidup mereka dan juga mengundang gundah gelana di hati mereka.


SITI MAHIRAH SHAKIRA
she intelligent
she beautiful
she loved JUSTIN BIEBER
she wants to married with JEREMY( lee hong ki )
she dreamed to be at KOREA and PARIS
she learned madarin and arabic
sensitive person
she loved to eat burger
shy
she talked a lot
she wished to be a stewardess
she demanding for something
she want to learn to play piano
she has a good voice
she's funny
she loved her kakak ( kan adik??)
she want something please fulfill or else you will die!!!
she can be a boy and a girl for a certain time because she loved to play everything
she the only sister i loved
and she is my sister

HAPPY 8TH BIRTHDAY MAHIRAH














dear mahirah(awek jeremy),

adik dah besar kan dah 8 tahun. jangan nak buat perangai banyak2 sangat. jangan nak bagi kakak, mak ayah dan abang pening2 sangat. adik ingat lagikan janji abang nak bawa adik p genting highland kalau adik dapat no 1 periksa tahun ne?? so apa lagi dik belajar rajin2. bagi dapat no 1. abang bawak adik p genting kakak boleh tumpang sekaki. nanti kita p korea tau. tunggu kakak kerja dulu. pasti punya kakak bawak adik jumpa gu jun pyo dengan jeremy. lepas tu nanti kita suruh depa bawa kita jumpa dengan go mi nam, shin woo dengan tae kyung. mesti kita best kan. dan lepas kita balik tu. kita singgah la sat kat rumah justin bieber pulak. mesti dia terkejut kita p jumpa dia kan. alamak best la kalau kita dapat peluk geram. mesti best kan. kakak rindu kat adik la. ada lagi tak adik tulis apa2 pasai kakak kat dalam buku rahsia adik? kakak sayang adik tau walaupun kadang2 memang kakak rasa macam nak telan ja. kadang2 ada la jugak meluatnya. hihihihi.. jangan marah ya awek jeremy. nanti dah jadi peramugari, jangan lupa bagi kakak tiket free tau. cari pilot2 yang hensem kat kakak nanti tau. ok la adik kakak dah tak larat dah ne. nanti kita jumpa kat rumah ok. SELAMAT HARI JADI. hadiah tunggu kakak balik rumah kita dulu k. byebye. i love u.


yang benar,
kakak(awek gu jun pyo)


semoga:
  • panjang umr
  • murah rezeki
  • otak mu sentiasa berfungsi baik seperti sekarang
  • cita2 mu akan tercapai (kakak tumpang senang)
  • biar segalanya yang dirancang dan bakal terjadi akan baik2 saja
ya allah, kau lindungilah permata hati kami ini dengan nur dan hidayah mu ya allah. sesungguhnya dia adalh anugerah yang sangat tak ternilai nilainya kepada kami.

your hadiah is coming soon dear. so wait for your kakak. ok.

i love u and happy birthday again :)

mood senang hati esok(17/02/11) akan pulang ke rumah. yehaaa.. :)

13 February 2011

journey

saya terlalu cintakan semester break kali ini.. i do love it dan rasa macam masa tolonglah berhenti saya nak berada di sana dalam tempoh yang lebih lama sehingga saya rindukan arau dan rumah kembali. pendek kata sehingga saya rasa bosan dengan semua itu. tapi apakan daya dalam masa 5 hari kami sekeluarga terpaksa berpuas hati dengan apa yang ada. cukup2 makan sahaja. dan setelah itu( tak puas lansung) kami terpaksa bergegas pulang ke alor star seterusnya ke arau. sumpah tak puas..saya nak lebih lama disana disamping mereka.berfoya2 dan sebagainya. :(


dan perjalanan kami ke karak, pahang bermula pada jam 5.30 petang. meninggalkan my uncle kat rumah disebabkan jadual perjalanan bus ke KL pada jam 11 malam jadi dia melepak di rumah kami beberapa ketika. dan di saat uncle mengatakan selamat jalan dan byebye.sumpah terasa yang rumah kami di KL dan sangatlah janggal apabila selalunya we all yang say goodbye to uncle but this time terbalik pulak kan.


first picture snapped in car
time dah dekat gurun rasanya. sister2 semua da selamat buat taik mata tapi saya masih lagi menikmati pemandangan alam. ahh kualiti handphone ku sangatlah tidak baik..malas nak setting sangat..layan jala.

r&r
our first r&r. semua dah menggelabah lapar.dan berbekalkan sambal sardin +telur goreng+daging masak kicap dan juga papadom.dinner kami sangatlah menarik bertemankan angin sepoi-sepoi bahasa dan juga teriakkan kucing2 gatal..sumpah terganggu.

 dan akhirnya tiba juga kami sekeluarga kat Karak. untuk malam pertama kami stay kat rumah my brother.




brother's car. our transport

 bila bercakap soal rumah bujang mesti anda2 bakal terbayangkan keadaan rumah seperti keadaan caca marba, baju mesti berbakul2 tak basuh, pinggan mangkuk mesti penuh dalam sinki, rumah mesti berdebu2 tak bersapu, sampah berhari2 tak buang dan macam2 benda dalam peti ais yang memang boleh mengheppy kan perut ini. dan itulah yang terjadi kat rumah my brother. dan apabila bangun pagi saya dikerah untuk melakukan kerja2 pembersihan. dan the worst thing happened apabila mereka2 di dalam rumah langsung tak sedar bahawa anak kucing mati dalam keadaan mengerikan di mana perutnya telah pun pecah. mereka tak bau dan terperasankan itu sehingga mak mengesannya. dan anggota CSI on that day selamatkan kes kematian ini adalah ayah manakala mak di bahagian cuci menyuci dan saya di bahagian laundry.tak patut itu kan.kami datang nak cuti cuti bukan nak buat cuci cuci


sangat menghairankan apabila mereka langsung tidak ada bau pun itu anak kucing. sedangkan habis 1 botol febreze aku semburkan untuk menhirup udara yang lebih wangi..


dan dalam rumah tu tak da la semua benda yang teruk2. ada la juga benda yang best seperti peti ais mereka mengandungi berkotak2 air milo dan juga old town coffee. puji di situ. dan pancuran air di rumah mereka sangatlah laju dan sejuk.dan bilik tidur my brother + angah yang sangat kreatif


akuarium itu sangatlah cantik pada waktu malam
keluarga itik yang sangat menarik perhatian 
gaya kreatif wujud apabila sarang telur dijadikan hiasan di dinding.. superb
tempat kerja. sangatlah simple dan sangatlah padan dengan jiwa mereka..pemandangan ini akan lebih indah pada waktu malam.ya semuanya bertemakan malam
thermometer + apple i that this one. boys using hair dryer
akhirnya puas sudah hati ini apabila melihat rumah kembali dalam keadaan yang sangat mengagumkan. terasa bagaikan nak pusing berkali2 dan nak bangga  diri seketika. eh kenapa da cantik. hahaha. setelah selasai melakukan kerja2 pembersihan kami sekeluarga melawat tapak projek my brother. awesomed and im totally impressed with his worked. segala bagai la benda yang bila tengok saja wow. wow dan wow dan OMG..superb la. but loved (tapi sayangnya) hahaha..bengong..gambar yang dirakamkan tak bley nak publish kepada umum diatas sebab dan musabab yang tak dapat dielakkan. harap maaf.

actually suka sangat dengan kubu itu.bercakap pasal kubu pasti anda dapat menaka apa jenis pekerjaan my brother. tapi dia bukan army yeah.jauh menyimpang dah tu. dan gambar ini lebih kepada mempromote my cuzzy.
bakal pilot dan juga pak lawak. dia cuzzy i yeah bukan my brother. jadi apakah pekerjaan my brother sebenarnya?
yeah.inilah dia my brother with my dad. hahaha..ada sikit penerangan itu. tak tau apa depa dok cerita.my kerja is just tangkap gambar
my uncle + angah( brothers kamching friend)
 tamatlah journey kami untuk hari itu. seterusnya bergegas ke ampang di mana rumah my uncle + cik. bermalam kami disitu dan sedih kerana my brother tak boleh turut serta. kerja kan.walaupun raya cina.dia sangat berdedikasi. haiissyyhh

malam itu kami disajikan chicken chop untuk kanak2 termasuk saya dan jugak all the nasi goreng to all the parents. superb kot bukan my aunt or my mum yang cooked all those thing but we just bought it at kedai bawah( my cuzzy called that )dan kedai tu boleh nampak KLCC..cantik sangat pemandangan atas bukit itu. rumah my uncle actually atas bukit dan pagi2 memang darjah celciusnya boleh mencecah negative something. sumpah tipu.hahahaha

pada hari ke2 kami di KL. kami dibawa melawat ke IKEA.bukan melawat sebenarnya tapi lebih kepada mengahabiskan duit. dan saya sangatlah teruja. ayah jugak.hahaha


mereka tersangatlah excited
nice
model of the day
kegedikan melanda
big boss






konon ulat buku la tu
welcome to our space
.dream kitchen.
cantikkan??
uncle kata dia kat new york tu
just nice
ayah
aiman + uncle
bajet ulat buku.kapla tetap mau senget
i like it u know
comelnya mereka
saya sukakan ini
miyah's dream room
mereng skeper equal to mereng dan merapu
mak ayah sibuk shopping.kami dah naik pening
budak ne penat atas dasar berpenyakit.
 dan segalanya sangat mengujakan dan tersangatlah penat tapi ayah sangatlah steady..tak nampak penat langsung dan sebagai tanda penghargaan IKEA telah hadiahkan kami blanket.hah sapa nak buat macam tu.kecoh kalut sangat. tak da la my uncle yang bagi actually..souvenier we all visit KL. i like and i choose green. tau tau dah kan.

dan seterusnya kami ke leha kelfood untuk menjamu selera. makanan yang sangat best tapi gulai ikan dia tak best pun. rasa pelik ja. and i prefer makan ayam bakar + sup tulang jer. benda2 yang berbakar2 semuanya mengujakan.

mengikut perancangan awal kami akan ke sunway lagoon. tapi disebabkan cuaca tidak berapa baik kami terpaksa batalkan saja niat itu. cuaca manusia sebenarnya yang tak berapa nak baik. jadi banyaklah wajah kehampaan yang terserlah termasuklah saya. tak pa next time visit lagi. tanpa membuang masa yang masih berbaki kami menuju ke wangsa maju walk. memang kena dengan nama tempatnya kami hanyalah walk sahaja di situ. walk dan walk.


si comel ini saja yang sempat berposing while yang lain sibuk walk
seterusnya kami pulang semula ke ampang dimana rumah makcik den sambil layan cite hantu kak limah balik rumah. cbe cite.cbe cite. kite bako.kite bako. memang best la cite nya walaupun unsur seram kak limah tu masih ada.haissyyhh..cerita hantu pertama yang i tengok tanpa menutup mata sampai habis. bagi award weyh.

pada sebelah petang pada hari yang sama kami telah bertolak ke bangi. dimana terletaknya rumah paksu and maksu den. owh sangat teruja untuk jumpa cuzzy i. ahmad and his brother akmal.

dan apabila masuk.kami disajikan oleh makhluk ini

katak besar yang telah dijadikan penyendal pintu rumah ye kawan2.bukan putra katak pun
mieyah with putra katak. haisyyhh dia nak camtu.beaq p
selepas itu kami diperkenalkan pula sejenis permainan yang memang memerlukan tenaga. wii play. sangat memenatkan. sejenis permainan yang hanya memerlukan sensor. i love to play bowling sebabnya dapat strike senang ja..kalau main betul2 jangan harap la kan





dan inilah pencabar saya. ahmad hazman. kakak miss u larh
malam itu kami bermalam di bangi pula. dinner kami pada malam itu adalah nasi ayam buatn maksu.sedap sangat. i love the chicken. u all tau kan i penggemar ayam.malam tu juga kami menerima kunjungan my brother with angah. berlebam2 tangan den disebabkan my brother paksa suruh timbang berat. ahh benda tu memang nightmare la..takkan punya


keesokan harinya. yes i drove maksu's mini cooper. best kot. dan sangat lah best itu kereta.



pada petangnya nya pula kami bercadang nak ke rumah cik mus, rumah kenduri kan. tapi disebabkan hujan yang sangat lebat kami membatalkan niat dan terus menuju ke rumah cik semula di ampang.

mieyah kata itu jeremy. maksu hadiahkan
bermalam semula di rumah cik. malam tu ke carefour with my cuzzy membeli hadiah kahwin. foya2 sebentar sambil membeli belah sebuah selendang.layakkah digelar sebuah. takpa nak nampak besar sikit.


hari terakhir kami disana. bersiap2 menuju ke rumah kenduri.


dalam kereta. gaya tudung tu baru belajar weyh
apabila kami tiba di rumah kendur. satu jejak kasih yang singkat telah berlaku. ya kami adalah dua buah keluarga yang sudah lama tidak ketemu.
the bride of the day. ayah with along
another bride. kak jue and me. kak jue da kawin. saya bila lagi. stop gataling wada
tengah boring2 kat dalam rumah. tekala siapa juru kamera kalau camne punya gaya model dan kualitinya. haisyyhh.
dan inilah budan tak tahwan punca dan juru kamera yang senget2 seperti dia juga
kak jue with husband
cik mus.ayah.cik nah.mieyah.mak.aishah
the last one was the pictre of me with ami. dulu dia kecik tau sekarang dia dah tinggi dari saya, haissyh terimalah hakikat yang aku sangat pendek.
dengan berakhirnya gambar ini maka berakhirla journey kami sekeluarga. kak jue dah pun kahwin. dulu2 kami selalu berdua. kemana saja mesti kami berdua tapi sayangnya kami tak la pula kahwin berdua. owh maksud saya bukan kahwin dengannya tapi lebih kepada kahwin dengan pasangan masing2 pada hari yang sama atau pun apa2 saja. ok stop mengedik wada. cukuplah dengan kenangan tengok orang kahwin dan snap picture orang kahwin ok.bab nak kahwin tu. hold on dulu.

banyak juga benda yang mengundang sedih di hati ini apabila tengok cuzzy2 ada yang tunjuk emo melihat kepulangan kami. ahmad dan ainnur. nanti kita jumpa lagi yer. dont be sad. kakak lagi sedih

ada juga yang mengundang debar di hati apabila keesokannya ada presentation BEL. tapi alhamdulilah semuanya berjalan lancar. mungkin berkat saya gatai nak kahwin kot. haissyyhhh.. tak baik tu.

selamat tiba di arau pada jam 11.30 malam.nasibla pak guard bagi masuk kan. kalau tak berkemah luar pagar jala jawabnya.

bestnya bercuti dan nak lagi nak lagi nak lagi. dan apabila masuk ja pintu uitm da otak mula serabut nak fikir pasal study pulak. adesshh.. fitrah kan

terima kasih kepada my brother uncle and auntie and all my cuzzy for your good services towars us. i do love u and miss all of u

tata. mengeblog sambil makan yong tau fu :)