26 July 2011

NASI AYAM SLURP SLURP


Memandangkan jangka usia semakin menaik setiap tahun maka dengan itu adalah wajib bagi seorang gadis atau lebih tepat lagi seorang wanita sejati. aicewaahh. harus eh tak wajib belajar memasak. hihihiahi. Memang wajib pun. yala kak teh oi kalau tak pandai nanti hang nak bagi anak laki makan apa kak oi. Takkan hari-hari nak melantak kat kedai jer? Oh no no no. nanti husben hang melekat dengan kak milah yang dok jadi tukang masak tu tidakkah haru satu dunia?? Bermadu?? tidak.tidak.tidak. Bila dah ada kesedaran ini. Umur pun dah 20, kalau tetiba paren kata “Adik, Cik Towwnn pinang hang nak bagi kat anak dia yang manchoo tu” awww sudah mahu berlaki aku. Cena nak masak tetiba menjadi suami isteri someone. Okey sudah verangan. Tak la in case kalau ada situasi yang tak seberapa itu. Tak seberapa hang kata?? Soal kawin jangan main. Cehh tetiba pulak calon pun tak da. Teeettt. Maka dengan itu hari ini ( padahal dari semalam lagi ) dah start masak sendiri. Ala masak untuk 2 orang ja. Mak kerja, ayah di JB. Jadi dapur ini ana yang punya. So hari ini masak nasik ayam. The feberet one. dan bila dah terasa ada sikit keyakinan bila semua menjadi tren tren tren menjadi mari kita kongsi-kongsi sikit.




At first nak prepare ambik la berapa ketul ayam pun yang u all nak then rebus. masuk garam bagi sedap sikit. kira macam ayam tu kalau ambik terus makan pun sedap la. air ayam rebusan ayam tu. simpan sebab nanti nak kena masukkan dalam nasi pulak. then prepare segala bahan yang diperlukan.

NASI
-beras,air rebusan ayam,mentega.kulit kayu manis dan kawan-kawan, daun pandan dan bahan blend (bawang putih+merah+halia) mix up semua benda ne then tekan suis. masak.





Then prepare SUP pulak. ingat lagi kan dengan air rebusan tadi + dengan benda yang di blend??? so masukkan kat dalam periuk mix up dua2 benda ne. Kemudian masukkan ayam mentah, kulit kayu manis dan kawan-kawan. halia yang dah separuh hancur dan juga serbuk sup. Tunggu sampai didih. Eh lupa pulak masukkan garam secukup rasa. Last sekali masukkan daun sup. FINISH.




Sekarang kita bercakap pasal AYAM pulak. Lepas rebus ayam, perap dengan sos2 campuran (sos tiram,sos tomato, cili, kicap, sos tiram, air sotong dan garam gula). Perap lama sikit sebab nak rasa sedap dia sampai ke tulang kan. hehe. Next, asingkan ayam dengan sos perap. Eh tak habis lagi. sos perap tadi tu jangan buang sebab sos tu akan dijadikan kicap. Tambah sikit sup dalam sos perap dan panaskan. So seap la ayam dengan KUAH KICAP. Ayam tu jangan lupa gorengkan yer.






hitam itu menawan

Lastly, prepare kuah CABAI pulak. oh atau lebih terkenal dengan kuah PEDAS hahah. tak tau apa orang panggil but something lika that la. mixed up bawang putih + cili hidup@besar + cili api@melaka,cuka, garam,gula. Blend kan. Bila dah siap blend. Campur sikit sos sebab tak nak pedas sangat. But kali ini aku buat serius pedas. Pengkriti komen. 




Done with the resepi semua. But ya. nak bagitau. Aku buat benda2 ne first then baru masak nasi. Punya la susah hati takut nasi dia tak masak. Yala kan nasi ini macam nightmare sikit. Kalau mood dia tak ok memang sah2 la takkan menjadi. Tak guna jugak lauk berdekoret nala punya cun pun tak jadi jugak. Tapi at last......



and here. the pengkritik tetap. Kalah juri IRON CHEF


DAH BASI DAH NASI AYAM NI KAT DALAM DRAF. L0L

Serius sedap gila. Korang boleh cuba mencuci mata.

Bye

03 July 2011

dia goda akak


Hye all,


so fatherly la kamu

kenapa dan mengapa kamu terlalu muda?? susah akak nak verangan tau. menyampah.

02 July 2011

PENGORBANAN



Hai readers, kembali menayang muka dan hidung.

Entry kedua untuk hari ini, tetiba rasa macam semangat datang berkobar-kobar nak menaip. sungguh aku rindukan zaman kegemilangan menaip which is dulu2 suka sangat nak buat entry dalam beberapa hari tak pun beberapa jam sekali. Tapi disebabkan saya telah menjadi seorang manusia yang berkerjaya oh separuh bekerjaya sebenarnya, saya jadi malas. Malas semalas malasnya, satu entry setiap minggu ataupun tiada entry untuk berminggu2. 

Entry ketika ini menjelma disebabkan pengorbanan masa dan tenaga menaip dan memerah otak untuk menghasilkan idea. 



Yeah kalau nak cakap pasal pengorbanan kan banyak tuh, banyak sangat kot tak cukup satu entry kena ada sambungan sambungan dan sambungan lagi. tapi tak payah nak susah2 kita pendekkan kereta cerita. Terpulang la kepada semua2 macam mana nak define pengorbanan tu macam mana tapi untuk saya, macam ne caranya..

1. PENGORBANAN IBU TERHADAP ANAK.
Of course time si ibu nak melahirkan anak before that time mengandung tu, penat dan macam2 lagi kena faced, anak tendang la, sakit pinggang la and all sindrom yang bakal menyerang ibu2 ketika mengandung dan sakit ketika melahirkan. Penat nak didik anak, bagi makan dan segala benda yang memang tip top complete. Totally perfect. Pengorbanan mereka dahsyat kalau nak compare dengan yang lain, cuba think if mak kita tak sanggup nak faced semua benda tu, tak da la saya nak create entry and you, readers.

Pengorbanan anak pulak kat mak?? apakah itu? wujudkah?? certain people memang dia sanjung mak dia laju2 tinggi2. Macam kalau tetiba mak cakap sebelum keluar pergi kerja 

"nanti balik kerja kita keluar p kedai, mak nak beli barang nak buat kuih"

Mak tak tau pun aku ada agenda lain lepas balik kerja, dan si anak bila dengar mak ada hajat, permintaan nak ajak ke kedai, si anak terus kata OK. Apa la sangat nak cancel melepak dengan member dari nak katakan TIDAK kepada mak. 





2. PENGORBANAN AYAH TERHADAP ANAK
Randomly, banyak orang yang bersua say hye hye dengan situasi ni. Example mudah saja, if ayah kata jangan kahwin dengan si polan itu, maka dengan itu, anak pun cancel hajat tinggal kekasih hati dan happy SEDIH. Itu pengorbanan, pengorbanan hati dan perasaan demi ayah. Dia ketua, so we need to follow mana la nak tau ayah ada sebab musabab yang sah, kukuh untuk kita tinggalkan si polan itu. Untuk si polan, sorry. i loved my dad 1000 times more than you. 



Pengorbanan ayah??? Tak payah cakap panjang2 la, yang bagi makan, yang bagi tempat tinggal dan segala bagai lagi, ayah nak tu, ayah nak ini, ayah nak yang sinun, ayah nak yang sinin. Dan selalunya orang akan cakap perhubungan ayah dengan anak perempuan lagi rapat nak compare dengan anak lelaki. and i said YESSS.. dan apa salahnya si anak cancel nak hangout dengan kawan sebab nak jaga Ayah demam. because saya, daddy's daughter.

3.PENGORBANAN SUAMI ISTERI
Ala tetiba rasa macam menggedik la pulak nak cakap untuk point ini. Banyak kot rsanya pengorbanan dalam rumah tangga.. teeeeeeetttt, i tak tau. skip.skip. NEXT NEXT

p/s. nanti bila dah berstatus PUAN. aku akan kembali mengisi apa yang patut dia ruangan ini. Terima kasih.




4. PENGORBANAN ANTARA SIBLINGS
Yang ini rasanya banyak la kot point point point. because i'm her and his siblings. Korang pernah tak korban perasaan dan matawang sebab nak tengok sibling korang happy. Yes ramai yang akan berkata benar dan setuju angkat tangan macam saya. Sebab those feeling comes when they loved their siblings more than everything. 

Saya dilahirkan untuk menghargai abang dan adik. Banyak sebenarnya pengorbanan yang boleh dikategorikan. Example, bila kakak dan adik cintakan lelaki yang sama. of course salah sorang kena korban feeling dan selalunya adik akan mengalah. kakak jalan dulu. Next, bila abang tak da duit, adik sanggup korbankan masa, duit dan nyawa demi abang. Janji abang makan. Janji abang okey. Finally, bila adik mintak belikan something sedangkan kakak tengah save duit sebab dah nampak baju yang WAJIB dibeli. Dari wajib tukarlah HARAM sebab nak tengok adik senyum besaq2 dah dapat benda yang dia nak. Tak pa kakak boleh beli next time, yang penting adik happy, kakak sejuta kali happy. 



5.PENGORBANAN SESAMA SAHABAT


Derr. yang ini memang banyak kot pengorbanan antara sahabat2 sejati sekalian. Bila sahabat stop buat kerja sendiri sebab nak tolong kawan, pengorbanan tu. Bila sahabat pendamkan perasaan sebab member dia suka lelaki yang sama and lelaki tu pun suka member tu, so tunggu apa lagi, korbankan perasaan anda. Bila bestfriend anda bukan lagi bestfriend untuk selama lamanya seperti mana yang pernah janji dulu, again korbankan perasaan sedih anda. 

Bila member balun aku punya awekss, gila vavi, tak pe r, member kan. ambik r, aku boleyh jer cool korbankan perasaan. Bila kita nampak member mamang dah macam lentok nak beli something but dia tak da duit which is kurang duit sikit, so dengan tangan besaq gedabak plus banyak lemak ini la datang dengan bantuan.Tak pa. invest dulu. Aku pun bukan banyak duit sangat, tapi demi member ku korbankan seglanya, janji dia tak putih mata.

So banyak sebenarnya pengorbanan yang boleh kita buat dan secara tak sengaja kita pun selalu jugak buat dan kadang2 tak buat pun. Memang la lumrah semua tu, dan kadang2 pengobanan tu orang pandang macam sampah ja. Langsung tak appreciate. Nak kata apa lagi kan, perangai manusia berjenis2. Susah kalau nak terjah satu2. 



Pengorbanan cikgu yang tak berbelah bagi. 

Assalamualaikum :)

01 July 2011

dear ena



KEHADAPAN SAHABATKU, DIANA


susahnya aku nak ucapkan dengan kata2 bila terpaksa nak lepaskan hang pergi. betui ena korek lah bijik mata aku kalau hang tak percaya aku sedang menagisi kepulangan hang ke Jitra. korek lah weyh. korek la

Tengok la lepas ne. hang mesti sombong tak tentu pasal. (tacing tak weyh?) yala kan dah balik Jitra kembali kepada kekasih hati pujaan tersayang, mana nak ingat aku dah lepas neyh.   

Kalaun nak p tasik,(NAK DATE) jangan lupa inform aku k. boleh la aku p jadi perisik termasyur. Jangan nak buat benda pelik2 tau. dan aku HARAMKAN hang naik buggy ride tu tanpa aku. Naik dengan abang yus pun tak boleh ye. aku murka satgi. mesti naik dengan aku. 

Balik leklok na, jaga diri belajar rajin-rajin. kalau ang dapat AJK(betoi tak tau) lagi. tak payah la nak kena belanja pizza, KFC pun jadi la kan ena kan. Orang comey ja yang boleh belanja kawan2 dia makan pizza. Hang kan kurang comey sikit. KFC pun jadilah.

Memandangkan aku masih lagi melekat kat rumah aku untuk tempoh yang panjang. jadi WAJIB untuk hang infom aku teap kali hang balik. Jangan dok buat hilang ingatan yang aku sudah kembali ke Arau, aku cekik hang nanti. Aku nak ronda2 naik skuter virago + ndoi hang lagi.

Aku rasa skut hang buat perangai sebab dia tak mau ikut hang p Jitra la. Dia berat hati tu nak p Jitra, sama la macam aku berat hati nak bagi hang balik. SEDIH la.

Kalau boleh balik tiap2 minggu tau, nanti cari aku kita p melantak kat mana2.

ENAAAAA..jangan jeles tau nanti aku boleh melepak lagi dengan Seha. Kami boleh naik buggy ride lagi, TANPA HANG.


LOVEE U ENA.. BELAJAQ LEKLOK. MUAAHHHHH :)

SAYANG SAMPAI MATI.
                                                                                                                  YANG BENAR.
                                                                                                              yang AKAN merindukanmu