09 June 2011

orang susah, peminta sedekah dan pendatang asing


Hye anda-anda. Hai semua semua. hahah terover la pulak. 


Oh yeah pejam celik celik pejam almost 1 week dah start praktikal dan secara langsung dan tak langsungnya bergelarlah saya sebagai salah seorang staff RAJIN CONSTRUCTION. Memang tersangat rajin la kan aku kat situ. But sekarang gatal2 tangan nak mengetaip bukan nak buat entry pasal hal praktikal yang nak cita2 pasal praktikal semua tu tak patut WAJIB tulis dalam buku LOG yang masih blank tanpa apa2 catatan atau nukilan. pedulikan dia. 

Tolong ubah mood anda, sebab selepas ne terjamin 100% akan ada kerahan air mata. Tak perlu sampai nak buat kerahan but just show your keikhlasan yang hakiki. 

Kamu kamu sedih tak bila tengah bawak moto then berhenti kat trafik light, tetiba ada makcik bawak basikal then ada anak kecik kat depan berhenti kat sebelah??? 

OK ini bukan soalan kuiz atau pun apa2 saja, tapi ini realiti. Bohongla kalau ada yang cakap tak pernah nampak kan?? Mesti ada yang nampak. Pernah tak anda2 semua ada keinginan nak rasa apa yang makcik tu tengah rasa?? Tak2 aku tak rasa ada yang sanggup nak ganti tempat makcik tu nak bawak basikal tu jauh2 jalan sana sini dengan anak lagi. Aku pun surrender. Tapi anda2 penah tak fikir makcik tu pernah tak rasa fed up tak mau mengayuh jauh2 lagi? Memang kalau dia fedup tak bergerak la periuk nasi dia. Takla anak tu boleh minum susu dan tak la makcik tu boleh senang hati tengok anak2 tidur bukan dalam keadaan kelaparan. Sumpah aku selut dengan makcik2 yang berjiwa kental macam ne yang memang nak tengok anak dia gembira walaupun hakikatnya dalam hati ada lagi benda yang dia tak puas hati. Buat kerja tak tau banyak mana dah. Segala jenis kerja semua dia sanggup walaupun badan dia dah kata "STOP AKU DAH PENAT" tak2 makcik2 ne tak endah langsung. Yang dia tahu kerja. dapat duit bagi anak makan and that it. 

Mana suami??? ada kat rumah tunggu isteri bawak balik makanan. Lepas tu keluar sembang2 dengan kawan balik rumah makan then tidur. Kepada insan yang bergelar lelaki. Please jangan biar isteri2 anda suffer teruk macam ne. Tolong. Biar sama-sama cari rezeki then share.

Next, bila jejak pasar malam ataupun market mesti ada kan orang2 minta sedekah sampai kadang2 nak terpijak kaki tak pun  tangan mereka? Banyak kan? Yang ada gendong anak sakit lepas tu tulis atas kertas manila kad then cakap anak dia sakit apa and what so ever. Yang ne aku rasa kurang bijak idea tu sebabnya bukan kat tempat pasar2 macam tu dorang nak minta simpati orang ramai. Tempat tu tak sesuai. Kesian tau tengok anak2 dorang panas2 tengah2 pasar tu. Silap2 orang boleh tersepak. Cari tempat yang lebih sesuai. Bukan apa kesian anak2 kecik tu. Kadang2 orang cakap people yang kat pasar malam tu ada orang yang hantar mereka. Lebih kurang macam ada agen la, mereka kena cecah beberapa kutipan or else tak dapat makan or apa saja kena pukul dan sebagainya. So tak perlu nak tolong mereka la sebab bukan duit tu untuk mereka? But kamu2 penah tak fikir yang if kalau tak ada siapa2 yang bagi sumbangan mereka tak boleh makan, kena pukul? Tak kisahla duit tu untuk sapa janji untuk mereka biar kurang sikit derita tu.

Bila tadi jeling-jeling kat tb cerita apa tak pasti tapi yang tangkap orang bagai tu, part yang pendatang asing kena tangkap lari macam tak cukup kaki tu. Dan sekali lagi aku stuck. Eh, perlu ke nak treat depa macam gitu??  

Ya ya aku faham dorang tu pendatang asing kan datang Malaysia secara haram tapi mereka cari rezeki kot, rezeki dorang halal. Memang ada pendatang asing yang kurang ajar tak sedar diri bagai tapi lupa kah kita baki yang datang dengan niat dan nawaitu yang betul. Nak cari rezeki. Susah ka kita nak appreciate kerja2 yang mereka buat? Yang mana tak da passport dan segala bagai tu. Bukan mereka yang mintak tau nak jadi macam tu. Tu semua hal orang yang uruskan mereka. Apa yang aku tau. Betulkan aku kalau salah yer, macam orang indon nak datang Malaysia, mereka kena bayar certain amount sebagai tiket untuk mereka datang sini cari kerja termasuk urusan lain2 yang menghalalkan mereka kat sini tapi orang yang uruskan tu bangang bodoh sonlap duit then masuk perut sendiri, bawak mereka datang Malaysia secara haram, guna khidmat dan bila dah tak perlu buang macam tu biar mereka kena tangkap lepas tu cari mangsa lain?? Penderitaan mereka tu kamu fikir tak wahai manusia tamak?? Dulu ada kes pendatang dari bangla yang tinggal bawah jambatan. Siapa punya salah tu?? Tolongla layan pendatang2 ne dengan cara baik, itu melambangkan peribadi Negara kita tu. Mereka cari rezeki, kita pun cari rezeki, so sama2 cari rezeki dan kadang2 cuba renung macam mana kalau kita kat tempat mereka? Sedih kan kena layan teruk macam tu. So please behave. Pendatang asing pun jangan nak besar kepala pulak bila dah orang bagi muka.

Cuba nak selami apa yang makcik2 tu rasa macam mana susahnya kayuh basikal laju2 bawak anak pulak tu, macam mana makcik tu tahan hidung nak cuci tandas, macam mana orang gaji kena tahan telinga dengar majikan maki, kena pukul tak dapat makan bagai, macam mana bangla kat tempat pembinaan bangunan besar2 tu kerja berat2 angkat segala batu konkrit semua,macam mana budak2 kecik yang jadi peminta sedekah, makan tak cukup, baju tak cantik. Susah nak selami tapi itulah realiti hidup. Ada yang kat atas ada yang kat bawah. Lumrah.

Bila ayah kata time tengok pendatang asing kena tangkap kat tb tu
“ Kesian kat hampa, tak pasai2 kena lari sana sini. Tu aku tak boleh jadi penguatkuasa tu sebab aku kesian nak tangkap hampa”.

Baru la tahu anak ayah rupanya aku neyh.

Kepada mereka2 tabahlah hati. Pasti ada sinar kebahagiaan menanti kelak.

Emosi tamat.


1 comment: