18 June 2011

SELAMAT HARI AYAH..BOYFREN KU

Jangan nak kesah sangat kenapa aku nak cakap selamat hari ayah bukan selamat hari bapa. Because I call him AYAH dan bukan sesiapa. Sebab dia ayah saya. Ok selamat hari ayah kepada ayah saya dan semua ayah2 di seluruh pelusuk dunia but special and only dedicated this entry to my beloved awesome fantastic mengancam terdahsyat terhangit dan ter segala2 galanya to my only one AYAH.  Ok2 tak perlu nak puji lebih2 aku tahu aku anak ayah walaupun warna kulit aku lebih mengikut emak but I know ayah sayang aku jer. Hahaha bajet.

Kenapa entah tetiba aku rasa aku anak ayah?? Sebabnya kami banyak kongsi persamaan contohnya seperti di bawah

1.      Bila kami layan drama@reliti tv@program tv@movie yang sedih2 dan sangat memerlukan kerahan air mata, heheh cuba tengok kiri kanan sapa yang meleleh?? Mestila…

2.      Sekarang kan kat tv ada cerita telenovela kan?? Yang Filipina tu. Kat tv3 tu. Cuba teka sapa yang memang terpacak kat depan tv bila jam dah start pukul 3 petang?? Mestila….

3.      Hakikatnya kami suka melalak. Cuba teka kalau dalam rumah bising ada orang dok nyanyi tu. Mestila….

4.      Bila malam2 kena angin lebih2 sikit. Dan2 tu jugak la resdung mai. Pastu dok bersin piang piang. Cuba teka siapa?? Mestila….

5.      Bila sedang makan nasi or lebih tertib lagi apabila sedang menjamu selera, cuba tengok kedudukan tangan kiri aku. Yarh dan selepas itu lihat tangan kiri dia ketika menjamu selera juga. Sama sejibik. Keadaan tangan seperti ‘thump up’. Siapa dia?? Mestila…

Banyak lagi kalau nak ikutkan persamaan kami berdua tapi yang paling ketara nak compare kan mana anak ayah dan mana anak mak. Tengokla juraian airmata siapa yang paling murah dan itulah anak ayah. Tapi habit sama macam mana sekali pun kami 3 beradik tetap anak mereka walau apa pun.

Kamu semua harus tahu bagaimana cara ayah saya merewardkan anak2 .

1.      Macam aku dulu. Ingat lagi masa tu form 5. Nak ambik spm. Then dalam sebulan sebelum spm tetiba ayah tukarkan handphone baru. Owh yeah memang kembang semangkuk la dapat handphome baru menggantikan 3310 yang memang megah gagah pada zaman itu. Kemudian aku dapat moto baru pulak. Memang lagi kembang la kan.

2.      Adik aku pulak, baru2 ne saja dia tengah exam pertengahan dekat sekolah maka dengan itu ayah aku telah membelikan sebuah handphone model csl yang memang bersesuaian dengan kanak2 berusia 8 tahun. Dan kemudian sebuah basikal bmx. Reward dari ayah jugak. Memang kembang la adik aku. Tertonggek tonggek mengayuh basikal tu.

3.      Untuk abang pula. Untung sekali hobi mereka sama. Disebabkan dia anak lelaki sorang  dalam keluarga maka dia telah menjadi harapan ayah yang gitu. Mungkin ramai tak tahu sukan lasak motocross menjadi gemaran abang dan ayah aku. So ayah banyak sacrifie macam2 sebab nak buat abang jadi the best motocross rider dekat Malaysia dan ayah dan abang successfully make it.

Mungkin anda2 tertanya apakah ini? Mengapah aku tidak faham? Ok berbalik kepada cerita mereward itu atau lebih kebahasa melayuannya adalah menghadiahkan, ayah kami (mewakili mahirah dan shaukhi) selalu buat something sebelum kami achived something. Contohnya ayah belikan aku handphone sebelum aku menghadapi SPM. So dari perspektif ayah, kami anak2 beliau akan lebih teruja atau lebih bersemangat untuk dapat yang terbaik jika dihadiahkan sesuatu sebelum dia nak face dengan situasi itu. Dan hasilnya sangat membanggakan.  Untuk adeq pulak, handphone tu dia dapat masa dia tengah exam pertengahan tahun, jadi dengan itu dia lebih bersemangat nak hadapi exam, macam kakaknya jugak. Jadi nampak tak anda semua bagaimana keunikan ayah kami dalam merewardkan anak2 dia seterusnya menyemarakkan kan lagi semangat kami. Percaya atau tidak dari kecik sampai la abang aku dah umur 24 tahun, bila dia balik training@race  motocrosss. Tak ada setitik atau secalit pun keringat atau kudrat abang aku perah untuk mencuci segala keperluan bermotonya. Semua ayah yang buat. Tak percaya tanya lah Shaukhi. Dia balik ja mesti relax tengok tb goyang kaki, ayah la yang sibuk basuh moto dan etc.

Boleh tak aku nak sambung contoh2 persamaan ayah aku dengan aku. Tak nak sambung sikit ja. Untuk semua2 semua di atas tu MESTILAH AYAH DENGAN AKU.

TERIMA KASIH AYAH KERANA DAH BANYAK KERINGAT AYAH KELUARKAN UNTUK KAMI. 

TERIMA KASIH MENCURAHKAN KASIH SAYANG YANG TAK TERHINGGA UNTUK KAMI SEMUA.

 LOVE U SO MUCH. SO SO MUCH

SELAMAT HARI BAPA UNTUK ENCIK MOHD SHAKIR BIN ALI

Terima kasih kerana menjadi kedai handphone untuk adik

p/s hadiah untuk hari ayah. 3 pasang stokin. Satu daripada Aishah, satu daripada Mahirah dan lagi satu daripada aku. Dan duit daripada emak.

No comments:

Post a Comment