Janggal la. Ehem ehem. Malu
Assalamualaikum :)
Sebenarnya lupa macam mana nak tulis entry sebab dah lama tak menaip, main game tau la. It has been a month kot jadi jangan nak ketawa mengejek eh. Sabaq sat tengah nak godek balik entry yang lama lama.
Ok dah.
I've done with diploma. Tu pun kalau awan sentiasa cerah la kalau tak ada yang nak kena repeat bagai. Bila orang tanya bila entah nak grad?? Owh saya pun tak tau. Makchaq yang kalut tanya, ada la tu benda dia nak merancang tu. So sekarang dah officially 1 hari kat rumah. So far okey lagi tak ada pulak rasa boring.
Bercuti dalam masa sebulan sebab dah 3 tahun belajar.Kononya.
Dan bila dah habis ne, banyak sebenarnya planning dalam kepala otak yang salah satunya nak bercuti. Yeah bangga ja nak taip bercuti tapi duit dalam bank ada 100000 saja. Kononya sebab dah belajar 3 tahun dan wajib bercuti 1 bulan pun jadi la. Tapi tak tau nak kemana pulak. Plan plan dulu ada tapi tak tau kenapa secara tiba tiba plan tu hilang berkecai sudah. Ahaks! hilang sudah.
Nak ambik lesen kereta.
Oooo well, tak payah nak buat muka tekejut sangat la. Memang tak ada lesen kereta lagi pun. And sekarang ayah tengah force aku laju laju suruh p daftar nama dekat KV. Hari ini bagi alasan hujan sebab tu tak boleh p, padahal naik kereta ja pn. Ok I admit tak pandai bawak kereta. Dulu pun time test mini cooper maksu, yang tu terror sikit sebab dia auto + mini cooper kan, kalau sekarang tiba tiba ayah kata, cepat p belajar kereta ayah dah order mini cooper kat hang, huiisssyhh yang tu tak payah suruh hari ini jugak aku force orang orang JPJ bagi aku lulus. Tapi nak order kereta bukan macam nak order oblong depan rumah.Call then siap. Berangan. Tak ada lesen kereta tak bermakna tak ada lesen moto. Sebab dulu tak cukup umur lagi sebab tu tak layak nak ambik lesen kereta. Sedih :(
Nak belajar memasak
Ok secara rawaknya, stakat nak masak nasi + ayaq tu terror dah la. Boleh la lauk bodo bodo nak masak. Tapi kadang kadang bila tengok mak masak yang gaya macam kenduri tu rasa teringin pulak nak join club. Yala at least nampak la sikit bakat tu mai dari mak. Nasi ayam alhamdulilah dah pandai buat, sekarang nak belajar buat laksa pulak. Tapi tak tau bilakah niat ini dapat diteruskan.
Cekgu.
Menjadi tanggungjawab kot kalau nak buat adik adik berjaya. Aishah UPSR this year dan wajibly kena tolong tengok tengokkan dia. Bak nudak tu usaha ada, azam pun kuat nak 5A saja. Tapi hasilnya tak nampak lagi sebab mungkin yang sedia ada kat rumah sekarang semua macam busy. Ayah, mak , makchaq semua pakat sibuk kalau setakat nak tegur sikit sikit tu boleh la. So apa gunanya ada kakak kat rumah kalau tak boleh nak bimbing adik adik. Mieyah pun sama, walaupun tak ada exam besar lagi but still need to struggle, sekarang exam biasa pun dah nampak luar biasa sebab makin ramai budak budak yang cerdik.
Nak sambung degree
Application dah pun buat. Meqoyan jugak la masa nak apply tu sebab tak tau nak pilih yang mana. Buntu, at last lepas dah dapat green light from abang baru la rasa much2 better. Abang tak bagi apply International business sebab
"Nantu kalau hang kena p London la kan, hang mesti nangis2 rindu mak ayah. Sapa nak p jenguk hang selalu. Tak payah apply yang tu tak ada tukang nak buat milo kat aku nanti. Takkan nak suruh aku p London semata mata nak suruh hang buat milo"
LOL. tetiba ja dia, Bajet London ja kan. Kalau ada rezeki bulan 9 ne sambung la, Tu pun kalau dapat. Doakan yang terbaik.
Khawenn
Hahaha. Niat tu ada. Usaha dengan jodoh yang tak ada lagi. -.-
Dah start rindu budak budak rumah, Atie. Mata dah jadi panda. :(
kbai.
aku xrndu?
ReplyDeleteahakkss!! kak siti. of course i rindu u. u bukan budak2 rumah ka?
ReplyDelete