23 June 2011

ENTRY UNTUK 'DIA'


Hai semua.

Dah macam jadi satu kebiasaan pulak nak buat entry bila esok cuti. Oleh itu aku tak payah nak kunci alarm nak bangun pagi. Terpulang dan sesuka hati nak bangun pukul berapa pun. Esok tak kerja tapi Sabtu, masih.

Ok kembali kepada landasan yang sepatutnya sekarang, buat pengetahuan semua semenjak menjak ni otak aku kurang berfungsi dengan baik. Misalnya seperti:

                Bila ada yang panggil aku dengan gaya yang macam dia panggil aku,aku ingat dia

                Bila aku dengar lagu yang selalu kami layan sesama wajiblah ingatkan dia

                Bila parent aku tetiba ja tanya pasal dia dan wajibla ingat dia lagi

Maka dengan itu ada tak sapa2 yang boleh cari jalan segala pelusuk mana lagi aku nak lupakan dia? Segala celah dunia mana lagi aku nak elak dari tengok dia? Sebab kat mana2 pun akan ada benda yang akan buat aku ingat dia. Serius aku tak suka macam ne. Kalau boleh memang aku nak lupa dia ja macam mana dia tengah buat nak hapuskan aku terus dari hidup dia (I guess).

GELAK SAMA2
GOSIP SAMA2
JALAN KAKI SAMA2
LAUNDRY SAMA2
MAIN SAMA2
MAKAN SAMA2
MANDI SAMA2
MENANGIS SAMA2
TENGOK MOVIE SAMA2
TIDUR SAMA2

Pernah tak anda2 buat sesuatu benda2 macam gini dalam erti kata BERSAMA2??  Kepada sesipa yang berada di situasi seperti di atas mesti faham bila tiba2 anda2 hilang orang yang sentiasa BERSAMA tak kira dalam hal apa sekalipun. Dan bila orang tu hilang macam tu saja, bayangkan la. Sebulan pertama aku masih kebal tapi tidak untuk seterusnya.

Nak describe macam mana pun aku dah buntu. Macam mana ne???? aku dah penat macam ne.

Mulut aku macam longkang, hipokrit, dulu cakap lain sekarang jadi macam lain

Anda wajib gelak dalam nada mengejek atau menangis dalam nada mengejek, tak pa buat ja, aku ok sebab aku admit tula salah satu perangai buruk aku yang susah nak hakis. Mula2 memang aku akan benci membenci sekeras keras nya, tapi bukan kah BENCI ITU TANDA SAYANG.  Memang aku ada kata takkan nak buat baik dah sebab dah banyak kali aku mengalah. Tapi aku KALAH.

Dan bila dah 2 hari berturut2, bila kepala mula melekat dekat bantal, macam magnet terus ingat masa depan yang masing2 dah plan. Dan boleh nak realitikan plan tu bila salah sorang hilang?? Bila pelengkap plan itu lenyap.  Serius aku mengangis sebab selama ne segala apa yang orang lain tak patut tau dia tau. Benda apa yang aku terasa nak luah dia mesti ada. Bila aku nangis dia mesti gelak.  Bila aku tengah tanggung masalah berkilo2 dia ada nak jayakan misi. Dan bila aku rasa yang aku ne bukan yang pertama untuk dia. Aku dah start putus asa, aku dah start rasa dia cari aku bila dia susah. Dia akan ingat aku bila tak da orang lain lagi keliling dia. Dan bila aku start teluka aku akan terluka untuk beberapa ketika dan jauh dari orang beberapa ketika.

KENAPA AKU JADI YANG TERAKHIR BILA DIA SELALU JADI YANG PERTAMA UNTUK AKU

Itu alasan yang kukuh untuk aku kecik hati. Alasan yang konkrit untuk aku kurang bercakap dan alasan yang sangat kukuh untuk aku jauh sementara waktu dari dia. Dan sebab tu jugak permulaan untuk calar menjadi luka dan luka menjadi nanah seterusnya buruk.

Cukup setakat itu. Rasanya susah nak teruskan lagi sebab aku rasa seperti kurang siuman dah.

Entry ini bukan untuk insan yang bergelar LELAKI. Please take note.

Entry untuk orang yang pernah bergelar sahabat dan masih kekal sebagai sahabat.

Entry perantaraan.

Aku mintak maaf.

Bye.


7 comments:

  1. sgt2 mnyentuh sanubariku.haha.xpa2.sbq wadah.kalaula DIA bc nie.mngkin DIA akn trsntuh. xkn la dia lngsg xengat ang kn.mmg tpu la. tnggu la tgk nnti cena.

    ReplyDelete
  2. hahahahaha..comey la ayat ang farah..ntah la wey macam dah tak dak harapan ja.. bila dia dah block aku..aku dah jadi lain..nampak macam dah tak da harapan.

    ReplyDelete
  3. haha.comey ka?xpa2.msa tu dia tgh mrh.skrg kta xtaw.kot sjuk mcam ais dh ka.hehe.

    ReplyDelete
  4. hahaha..qasanya yang sejuk macam ais aku..dia takkan la kot.haha

    ReplyDelete
  5. haha.ntah la wei.dia da geng bru skrg.ngn kak tu.kt fb dok post rndu2 kt depa.mna engat kta dh.

    ReplyDelete
  6. hahaha..yaka..i tak tau pun. beaq la wey.. lepas dah bahagian kita

    ReplyDelete
  7. haha.mmg pon.biaq la kat dia.tgk la sem dpn cena.

    ReplyDelete