30 August 2011

karangan untuk suami via berbery biri



yang pertama SELAMAT HARI RAYA.


karangan untuk suami via berbery biri




Dear LOVE,

Did  you knOw how much I love and care about you darling?? Do you care enough about me? you tahu tak hari ini hari raya? hari I raya. Ok sebab bukan hari raya you you buat tak tahu, you buat tak kisah tak da hal. tak balik pun tak pa. Hello love love raya I should be raya you juga. Raya you pun I excited melebih ja nak dengan you nak raya besar2 jugak. Kenapa bila I nak raya dengan you, you kata you busy tak ada tiket apa apa apa lah. You kan ada jet? yang ayah I hadiahkan time kita kahwin tu you simpan buat belacan kenapa? Balik 5 minit setengah pun I dah besar hati dan kembang badan2 at least I dapat tengok you berbaju melayu yang macam mana I dok idam panjang2 bila hari raya. Sayang hari ini kan hari raya yang pertama kita. Raya kita as a married couple kan? Sebelum ne bila tak kahwin lagi mengada2 pulak you nak balik sini jumpa I. Nak raya I la apa apa apa lah. I nak stop kejap membebel sebab I macam penat setengah hidup dah ni.

Ok sekarang i dah baham satu ketul bahulu, I dah kembali tenang. Sayang, you busy apa lagi ini? Cerita yang you belakon hari tu pun I tengok tak habis habis lagi, sekarang you nak cast cerita apa pulak. Bagi la I habis tengok dulu drama yang sebelum ini then you cast drama lain pulak. I penat la banyak2 sangat nak tengok. Awat you ingat I suka tengok you dok tenung2 orang lain lama2. Dok cium orang lain sakan sangat. Eleh you ni bila I nak tengok orang lain you marah sangat. Bila I nak cium dengan orang lain you mula buat muka comel garang you tu. Bukannya salah pun I cium sekali saja anak makcik Senah yang 3 tahun tu. You bukan main lagi kalau dapat cium dengan heroin comey puteh sikit you mulalah nak buat2 tak jadi, nak ulang lagi, nak repeat balik scene tu la semua you tau. You jangan nak buat muka handsome heran you tu, I tau la sebab lepas you cast satu cerita mesti I akan search kat youtube nak tengok apa yang you buat sebenar benarnya.

Sayang you ne memang telupa ka?? You kan ada bini yang comey lotey gila kat Malaysia ini. I bukannya tak mau ikut you balik negara you tapi I takut nanti ada pulak yang nak ajak I belakon. Nanti you jealous pulak kan? Tak pa la I dah rasa hilang semua dah perasaan marah I kat you sebab I baru tahu jet yang ayah I hadiahkan sempena hari kahwin kita dulu tu, ayah I dah ambik balik dari you sebab tu you tak boleh balik raya kan. Sampai hati ayah I ne. ada pulak dia sebagai hadiah kat kita dia boleh mintak balik nak trade in dia punya nokia 3310?? apa la ayah I ini buat malu company ja. Tak pa la sayang, I nak you tahu yang I baru ja beli helicoptar guna duit belakon you tu, nanti I terbang p kat you na. I bawak baju melayu sekali biaq you nampak melayu sikit. 

Yang sebenarnya, seminit yang lalu I lupa pulak macam mana muka you. Takut nanti I sampai Korea I silap peluk orang, satgi you jugak nak bebai tengah2 jalan. Satu lagi you jangan nak buat muka beruk buruk nak buat tanya pulak siapa yang tengah peluk you satgi. I tau la you nak buat2 romantik tapi romantik you tu la nak buat I malu tersipu2. Ok la sayang I nak packing makanan baju ini. 15 minit lagi kita bersua muka. 










I excited sangat ini.
























Sebab nak jumpa you :)













Dah 15 minit berlalu










Saya sudah bersama suami. Bagus hebat betul la teknologi zaman sekarang. Kepada anda semua gunalah perkhidmatan telekomunikasi ini dalam beberapa saat anda dah ada kat sebelah kekasih hati :)














Nak tahu tak apa reaction laki aku lepas dia baca karangan aku ini. 






















Dia tak paham sepatah haram :)




bosan.




SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN

25 August 2011

Spontaneous Thursday



Entry kali ni tak sepatutnya jadi macam ini sebab aku bajet nak mencaci menulis panjang2 dan tajuk entry pun tak sepatutnya macam tu (rujuk di atas) Tapi disebabkan kelembapan beruk2 ku bekerja maka ini saja yang mampu aku lahirkan.

p/s: credit to lynd yang susah payah buat pengisyhtiharan apa maksud wordless wednesday + spontaneous thursday ini. Maka dengan itu saya sudah maju satu tapak :)

Assalamualaikum :)

16 August 2011

mucho grasias


Terima kasih SEHA for the cutest doodle ever. Tak kisah tak da kaler pun. Janji hang buat untuk aku SORANG saja. Hahaha.

IKLAN TAK BERBAYAR : Best friend saya sorang ini tengah gian nak buat doodle. Masih dalam proses pembelajaran. To those yang meme terror bab2 doodle ne boleh la menyumbang sedikit keTERRORan anda untuk membantu best friend saya supaya dia berjaya menjadikan impian dia kenyataan dan supaya dia boleh buat doodle banyak2 lagi untuk saya :)

Dia boleh dihubungi di :-


Kalau nak tengok entry dia yang di KHASkan untuk saya 



Setakat sekarang I sayang seha jer. Bermuka-muka kamu wahai wada
TAPI sayang semua jugak :)

Jangan ngorat dia tau sebab dia tak da number phone pun. Ada no faks jer. Susah nak gayut nanti "____"


Assalamualaikum :)

06 August 2011

Saya bukanlah penggemar tegar warna PINK!!!



"Hye pinky lady"
"Hye si cantik hari hari nak pink saja"

Tak pernah lagi dalam khamus hidup aku tetiba nak ada gelar aku dengan panggilan manja macam tu. Awww manja ke?? Tak boleh belah punya perasan. Seperti yang sedia maklum aku bukanlah penggemar pink yang ketegaq tegar. Yang obses tak tentu hala dekat warna pink, oleh bagaimanapun aku bukan juga peng-anti terhadap warna pink. Yang macam tengok warna pink pun tak boleh. Nak ja geli geli. Tak2 aku bukan macam tu masih lagi boleh hidup dengan warna pink tapi aku tak la penggemar tetap. Mintak maaf sekiranya penulisan saya berbelit belit seperti mana sindrom yang dialami perut saya ketika ini. Pusing2 mencari makanan. 



Kadang kadang aku rasa tak tentu hala bila tengok benda yang macam ini. Maka dengan itu pada hari perkahwinan gilang gemilang aku yang bakal berlangsung tak lama lagi, kehadapan suamiku, I nak U pakai tie warna ne ok. tiada sebarang bantahan lagi. Keputusan muktamad.


Tetapi sekiranya aku melihat seorang lelaki memakai tie sebegini rupa pada hari bahagia aku, maaflah bakal suamiku, I dah jumpa someone else yang layak I gelar suami. Nampak tak betapa obses nya aku dengan warna hijau. Aku layak dipanggil pencinta hijau yang sangat tegar. sehinggakan hampir 70% benda dalam hidup aku warna hijau contohnya seperti gunung, rumput dan sawah padi. Hahaha rasa tertipu tak.

Aku sangat sukakan hijau tidak termasuk hijau2 yang semulajadi, jika kamu tengah selsema ada yang terhasil melalui hidung yang juga berwarna hijau. Aku suka yang sendirian berhad sahaja yang bukan make by own aku tetiba jadi geli. Hahahaha. Selain dari benda seperti cendol itu, aku adalah penggemar cendol nombor satu di abad ini. Tetiba ja kan. Pernah tau member secondary aku, dia pernah cakap yang orang suka hijau ini suka buat baik dengan dengan orang tapi orang tak pernah nak appreciate apa dia berbakti. Tetiba rasa bangga. Walaupun kadang2 rasa macam tak relate langsung tapi kadang kadang rasa macam eh betullah.

Hampir keseluruhan hidup aku dipengaruhi dengan warna hijau dan sampai satu hari. Roomate aku tegur

"Eh baru perasan barang wadah banyak yang hijau la"

Hahah aku bangga sekurang kurangnya ada juga yang perasan. Aku pun tak pernah perasan. Lagi bertambah bangga haku.

Kurusnya aku dulu. Tetiba















Please spot the green by your own.

Dan aku terlalu mengimpikan dan teringin sangat sangat sangat sangat sangat


Perkara wajib buat bila dah dapat beli rumah.


Cepatlah kurus nak pakai gaun macam ni jugak.


Agak agak kalau kulit aku tetiba jadi macam ini ada yang nak kawan tak??

Bila aku nak beli apa2 barang sekalipun, kalau dah rasa konfius tak tau nak pilih yang mana aku. Aku akan spot green. Misalnya seperti losyen mustajab ini. Kakak tu kata semua sama saja cuma yang merah panas sikit la. Jadi aku keliru dalam membuat percaturan. Then aku pilih mustajab yang warna hitam..


Rasa tertipu tak? Tetiba rasa buta warna. Almaklumla tengah puasa. 

Jadi butakan lah aku dengan warna hijau sebab aku terlalu gilakan kau HIJAU.

Assalamualaikum. :)

05 August 2011

VACATION



"Kamu mabuk lauk dak?? LAUKKU CUKUP MASIN LAUKNYA SANGAT MASIN.

Ok itu antara pertanyaan yang boleh membunuh. Pertanyaan dari seorang BOS kepada pekerjanya. Aku dah gabra tak tau nak buat apa. Senyum dalam seminit dua sebab muka Bos kurang kejelasan. Cakap dengan aku ka bos ne lepastu pusing dalam 120 darjah macam tu dekat lynd. Apa bos nak sebenarnya neyh tetiba tanya aku soalan cepumas macam tu nak bawak aku lari p siam ka. Ok yang tu akak takut. Akak nak kahwin but bukan dengan bos akak. Kalau dia baru 26 akak setuju muju saja tapi ne dah 64. Akak surrender, jadi anak pun akak kena pikir 1000 kali yeah.

Lepas adegan yang mencemaskan tu berlalu dalam beberapa saat, tiba-tiba

"Hari khamis ne ikut saya, kita p pulau. dalam pukul 11 macam tu "

Disebabkan aku yang merima arahan jadi aku bagaikan menjadi kaunter pertanyaan. Nak p mana pulak bos ne. Kenapakah? Mengapakah?? dan Apakah???? Dan semuanya menjadi tanda tanya sampai la petang Rabu. Arahan diterima hari Selasa. Fuh punya lah susah hati nak pikir. Benda apa yang patut aku bawak ne. Bikini nak kena tempah. Makanan lagi nak kena perap. Nak bawak apa lagi?? Cukup ka luggage biru yang dah tecabut tu. Sumpah susah hati. Bab bikini tu lagi la cemas. Tak rasa kepulauan kalau tak da bikini. Mati aku.


Jam 10.30 macam tu bertolak lah kami wahai anak2 kesayangan bos ke Sg. Udang,Yan. Perjalanan biasa mengambil masa 1 jam dari Alor Setar tetapi dengan gaya pemanduan yang luar biasa oleh bos kami maka setengah jam pun dah nampak segala udang2 dok menari atas jalan. Satu benda yang aku confius bos dok risau ayaq pasang apa tak tau. Tapi aku buat muka relax ja, ala kejadah apa pun aku taktau yang penting aku dok seronok tegedik2 nak sampai pulau dan naik boat khususnya dengan perasaan cuak bikini tak dan siap. Mampus aku nak pakai apa sampai satgi. 

Bebekalkan Life jacket yang baru koyak plastik. Kami pun diarahkan dengan tegas sekali untuk memakainya. Dan selepas itu berangkatlah kami ke PULAU SONGSONG dengan menaiki speed boat bos. One word dari Bos yang buat kamu semua rasa teruja dalam2 bila dia berkata :-

Ini semua boat KITA jugak ne.


Nampak tak kita yang dah di Bold Italic underline dengan megahnya bila bos tunjuk semua tu. Hoyehh kayanya kami.

Setengah jam perjalanan dari Sg.Udang dan macam tak percaya aku kat atas boat ka sekarang ne. Di tengah lautan dan buat gaya berani sakan la berenang pun tak pandai ada gaya mutu keunggulan nak bermegah megah atas boat. Hapuskan sekarang. Bagaimana luar biasanya bos bawak kereta macam tu jugakla luar alam bila bos bawak speed boat. Ok sangat gayat.



Menarik di tengah tengah pelayaran bila nampak boat nelayan tengah angkat ikan dari pukat. Mereka kata pakcik tu kaya. Saya nak jadi nelayan jugak la. Sekarang sedang mengadakan latihan dengan EN. SAM di Go fishing. Mudah mudahan saya bakal kaya seperti pakcik di tengah laut tu.


Bikini tak sempat siap. Hampa.

Ok dah sampai dah kat pulau. Kami dihiburkan oleh ikan. Susah nak cerita macam mana ikan tu hiburkan kami. Seperti acara gimrama berirama mungkin. Sungguh dahsyat. Mari kita berkenalan ataupun bersua muka dengan gambar2 yeah.





Cepat mengaku yang pulau tu sangat cantik :)

Dan setelah itu marilah berkenalan dan bersua mata dan hati anda semua dengan saya punya member.






Selepas itu mari kita lakukan aktiviti wajib 







Kemudian..














Sesi penangkapan ketam bermula. Semua buat muka teruja tak percaya. Aku lagi lah tapi pura2 cool. Over.






Lepas ketam dah berjaya di pengsankan MAKA 

Kakak ini terikut ingin pengsan bersama2 ketam. Nampak tak perbuatan baik di balas baik. Renung2 kan lah. HAHAHa.


Tetapi bila ada yang tak dapat ketam


Dia punya la mengamuk sampai aku naik penat. Tambahan pulak tak ada orang yang nak rescue. Tapi alhamdulilah setelah beberapa minit dia kembali normal.


Dia nak kata dia dah normal la tu. Muka nak bangga ja :)

Banyak sebenarnya aktiviti yang dijalankan kat pulau tu misalnya


Gimnastik berirama bersama Makcik Bedah. Ataupun


Mendulang bijih timah. Kakak ini seorang pendulang yang sangat tersohor di abad ini. Ataupun


Masuk ke kelas seni contengan muka bersama Adik Syahir. Inilah balasan akibat NAKAL.  

Sehari suntuk kat sana. Air dia yang tahap maksima punya masin dan kadang2 terasa muka dah bau macam ikan yang hanyir. Ewww sangat busuk. Walaubagaimanapun kami bertiga telah menanamkan badan kami secara berjemaah ke dalam pasir tapi malangnya time tu p lepak tak bawak camera pulak. Jadi tiadalah rakam masuk dalam memori sendiri2 jala. Dan percutian ne sangatlah awesome. Sangat best dan lagi best kalau lagi ramai yang boleh ikut. 

Sepastinya kita bertiga terextreme punya happy. kan kan kan

Terima kasih kepada semua yang banyak membantu, terhalal seketika apa yang haram demi keselamatan.



Dan akhir kata Terima Kasih Bos.



terima kasih daun keladi ada masa bawak lagi :)


Sehingga bercuti bertemu lagi.

Assalamualaikum :)

01 August 2011

Bezanya RAMADHAN di Arau dan di Rumah


SALAM RAMADHAN SEMUA :)

Since dah dua tahun berturut2 atau dengan lebih berhemah lagi dah dua kali ramadhan aku berpuasa dekat Arau terchenta maka dengan itu terasa sangat kekok bila masa sahur tadi ada yang kejutkan. Dan tetiba aku dah rindu Arau. Serius saya rindukan Arau.

KRONOLOGI BERPUASA DI ARAU
Esok 1 Ramadhan, petang tu dah sibuk singgah Caka beli segala keperluan nak buat sahur. Kecoh dalam kelas, kecoh dekat kolej, semua dok buat tak boleh nak terima kenyataan puasa ke tak esok. Puasa ka esok?? Comform r kan puasa esok. Bukan apa nak prepare niat seap2. Malam tu sibuk lagi buat assignment tak pun tengah study esok ada quiz kot. Sebelum tidur dah set alarm siap2 takut tak jaga nak bangun sahur. Dan dalam hati rasa sayu tak boleh belah sebab dok feeling mesti best kalau puasa kat rumah. Mak masak apa ntah sahur satgi tak pun sebelum tidur mesti nak call mak dulu tanya masak apa esok. OK sedih dah.

Tidur then alarm pun bunyi, untuk hari yang pertama dan kedua semangat bangun. Tu pun makan roti ikan bilis ja, kalau rajin sikit masak air buat milo. Tapi kalau malas bangun telan air mineral ja satu botol. Ok tipu, setengah botol saja. Then lepas tu terus mandi, subuh dan terus tidur balik sebab rugi time tidur,esok kelas pukul 8. Dalam kelas memang lentok ja. Hati dah ingat rumah. Dah ingat raya dan bila ada lecturer tiba2 melatah nak buat test dekat2 nak raya lagi la susah hati. Macam mana neh nak ponteng class pun memang tak boleh r. Nak skip test?? Memang sakit r. Dan dengar la classmate yang jauh2 dok sibuk kalut cari tiket. sibuk dok tanya cuti start dari bila ni. Nak prepare balik kampung. Tapi aku cool jer, Perlis dah memang kampung apa nak susah hati. 

Balik kelas memang comform membabi membuta la. Tidur pulak boleh lagi nak timing waktu bagi elok. Bangun boleh p bazar terus. Timing baik lagi balik bazar boleh terus berbuka. Tak sopan betullah. Jangan bagitau orang bila bangun p bazar tu adalah muka fresh baru bangun tidur. MEMANG MUKA BARU BANGUN YE. Kawan2 saya pun takkan ada yang muka segar bugar study sebelum tunggu time nak buka puasa. Semuanya serupa dan yang best lagikan bila text tanya nanti petang nak p bazar pukul berapa mesti ada yang tak balas, tak pun yang style balas laju2 dan seap kata goodnite lagi sebab dah tak sabar nak mengembara. Hahahah. lucu betul mereka. SAYA MACAM TU LA

Lepas dah penuh dua2 tangan ditambah dengan duit dalam purse pun dah semakin bersurut. BALIK. Masa tu badan dah serius peluh gila vavi sebab kena jalan kaki. Tak memang kenderaan rasmi dan tak rasmi memang pakai kaki ja. Jalan la berapa km/j pun yang nak sebab minyak bergantung dekat tenaga masing2 ja. Dan selalu saya yang kena tinggal belakang2 jauh2. Sebab minyak nak isi mahal sangat. Sampai ja bilik decide la bilik mana nak berbuka, nak berkumpul dekat bilik sapa dan bukak puasa ramai. Ok masa tu la nak lawan pertandingan makanan paling banyak dan selalunya saya MENANG kalah jugak. Tapi sebelum tu wajib call mak tanya masak apa dan standard la jawapan mak tak masak apa, biasa2 jer. Alah dah tau dah mak tipu sebab sekarang pun bila abang call tanya mak masak apa, mak cakap benda yang sama jugak. Walaupun mak masak sedap. ABANG, MAK SEDANG TIPU ANDA. 

Masa tunggu azan tu la macam lawak gila bila tengok muka sorang2. Sumpah lawak, semua buat muka teruja nak tunggu azan dan semua sibuk parking depan makanan masing2 kononya macam nak tunggu pengadil tiup wisel nak mulakan pertandingan siapa makan paling banyak. Lepas masing2 dah bertungkus lumus mengendalikan makanan masing2. Eh makanan dah habis, macam tak percaya. Dan lepas tu pakat masing2 bersurrai balik bilik masing2, ok tanggungjawab pada bulan ramadhan dah selesai, sekarang tanggungjawab dengan masa depan pulak. STUDY.

KRONOLOGI BERPUASA DI RUMAH
Esok 1 Ramadhan, petang tu sibuk singgah ministore beli barang nak buka puasa esok. Kordial, kurma dan 
sebagainya. Malam excited gila nak tunggu pengumuman esok puasa ke tak. Kalau puasa  malam ne dah kena sahur, terawih kalau tak, esok boleh lunch lagi. Tapi kalendar betul ja selalunya. Tak pernah lagi jadi hal2 yang boleh buat sesak nafas kenapa tak puasa esok. Kalau tak pun mungkin salah tengok kalendar ja, tahun lain mungkin. Ok saya sudah boleh tidur, tak payah nak susah hati esok sahur nak makan apa, alarm pun tak payah sibuk nak set. Muka tengah sombong sekarang.

Tidur then ada bau haruman tumisan tumisan. Ok mak dah bangun, guna alarm masakan mak sudah tak payah nak guna khidmat handphone lagi dah. Bangun tengok kat atas meja dah ada macam2. Ok sedap gila. holiawww punya. Then makan. Air mineral satu setengah botol masih menjadi keutamaan. Lepas tu layan tv seketika tengok apa yang patut boleh tengok dan kemudian tidur balik semetara nak tunggu bangun balik p kerja.

Sepanjang hari kat ofis. OK saja. Tapi tak boleh tidur siang. Itu sangat leceh.

Ke bazar pun muka suci lagi, ayu dengan baju kurung lagi. Jalan2 dan balik rumah. Sampai saja mak dah sedia makanan. Lepak sat. Dah azan. Berbuka. Sembang2 sikit. Kemudian TIDUR.

Kesimpulanya aktiviti lagi menebal kalau kat Arau sebab semuanya kena usaha sendiri, semua nak kena decide sendiri apa nak makan apa nak buat bagaimana dan kenapa. Tapi bila dekat rumah semua dah ada. Dah siap tinggal tunggu nak makan ja. Sumpah rindu gila nak macam tu. Kalau kat rumah pulak memang aktiviti dia kurang gila sebab semuanya dah ada, tak payah nak pikiaq teruk2 pun. Cuma tunggu nak telan ja.

Puasa kat rumah best sebab mak masak, boleh berbuka dengan family, tak payah nak sedih2 kena berbuka sorang2 dan semuanya tersedia

Puasa kat Arau best sebab ada nasi mamak dengan ayam percik, boleh berbuka dengan kawan2 boleh nak decide sendiri hari ini nak makan apa.

Farah,Lynd,Atie,Ila,Lin,Pini,Mira,Zana. Rindunya nak berbuka sama2 lagi. 

Tapi akan berjuta kali sedih kalau kena raya dekat Arau. Itu memang sampai bila2 takkan nak ada entry gaya beraya kat rumah dengan Arau. Memang nak kena bom serta merta.

Manusia memang tak pernah bersyukur. Bila kat rumah rindu Arau, bila kat Arau nak balik rumah. Bersyukur cepat. ALHAMDULILLAH. 

Assalamualaikum semua :)