05 August 2011

VACATION



"Kamu mabuk lauk dak?? LAUKKU CUKUP MASIN LAUKNYA SANGAT MASIN.

Ok itu antara pertanyaan yang boleh membunuh. Pertanyaan dari seorang BOS kepada pekerjanya. Aku dah gabra tak tau nak buat apa. Senyum dalam seminit dua sebab muka Bos kurang kejelasan. Cakap dengan aku ka bos ne lepastu pusing dalam 120 darjah macam tu dekat lynd. Apa bos nak sebenarnya neyh tetiba tanya aku soalan cepumas macam tu nak bawak aku lari p siam ka. Ok yang tu akak takut. Akak nak kahwin but bukan dengan bos akak. Kalau dia baru 26 akak setuju muju saja tapi ne dah 64. Akak surrender, jadi anak pun akak kena pikir 1000 kali yeah.

Lepas adegan yang mencemaskan tu berlalu dalam beberapa saat, tiba-tiba

"Hari khamis ne ikut saya, kita p pulau. dalam pukul 11 macam tu "

Disebabkan aku yang merima arahan jadi aku bagaikan menjadi kaunter pertanyaan. Nak p mana pulak bos ne. Kenapakah? Mengapakah?? dan Apakah???? Dan semuanya menjadi tanda tanya sampai la petang Rabu. Arahan diterima hari Selasa. Fuh punya lah susah hati nak pikir. Benda apa yang patut aku bawak ne. Bikini nak kena tempah. Makanan lagi nak kena perap. Nak bawak apa lagi?? Cukup ka luggage biru yang dah tecabut tu. Sumpah susah hati. Bab bikini tu lagi la cemas. Tak rasa kepulauan kalau tak da bikini. Mati aku.


Jam 10.30 macam tu bertolak lah kami wahai anak2 kesayangan bos ke Sg. Udang,Yan. Perjalanan biasa mengambil masa 1 jam dari Alor Setar tetapi dengan gaya pemanduan yang luar biasa oleh bos kami maka setengah jam pun dah nampak segala udang2 dok menari atas jalan. Satu benda yang aku confius bos dok risau ayaq pasang apa tak tau. Tapi aku buat muka relax ja, ala kejadah apa pun aku taktau yang penting aku dok seronok tegedik2 nak sampai pulau dan naik boat khususnya dengan perasaan cuak bikini tak dan siap. Mampus aku nak pakai apa sampai satgi. 

Bebekalkan Life jacket yang baru koyak plastik. Kami pun diarahkan dengan tegas sekali untuk memakainya. Dan selepas itu berangkatlah kami ke PULAU SONGSONG dengan menaiki speed boat bos. One word dari Bos yang buat kamu semua rasa teruja dalam2 bila dia berkata :-

Ini semua boat KITA jugak ne.


Nampak tak kita yang dah di Bold Italic underline dengan megahnya bila bos tunjuk semua tu. Hoyehh kayanya kami.

Setengah jam perjalanan dari Sg.Udang dan macam tak percaya aku kat atas boat ka sekarang ne. Di tengah lautan dan buat gaya berani sakan la berenang pun tak pandai ada gaya mutu keunggulan nak bermegah megah atas boat. Hapuskan sekarang. Bagaimana luar biasanya bos bawak kereta macam tu jugakla luar alam bila bos bawak speed boat. Ok sangat gayat.



Menarik di tengah tengah pelayaran bila nampak boat nelayan tengah angkat ikan dari pukat. Mereka kata pakcik tu kaya. Saya nak jadi nelayan jugak la. Sekarang sedang mengadakan latihan dengan EN. SAM di Go fishing. Mudah mudahan saya bakal kaya seperti pakcik di tengah laut tu.


Bikini tak sempat siap. Hampa.

Ok dah sampai dah kat pulau. Kami dihiburkan oleh ikan. Susah nak cerita macam mana ikan tu hiburkan kami. Seperti acara gimrama berirama mungkin. Sungguh dahsyat. Mari kita berkenalan ataupun bersua muka dengan gambar2 yeah.





Cepat mengaku yang pulau tu sangat cantik :)

Dan setelah itu marilah berkenalan dan bersua mata dan hati anda semua dengan saya punya member.






Selepas itu mari kita lakukan aktiviti wajib 







Kemudian..














Sesi penangkapan ketam bermula. Semua buat muka teruja tak percaya. Aku lagi lah tapi pura2 cool. Over.






Lepas ketam dah berjaya di pengsankan MAKA 

Kakak ini terikut ingin pengsan bersama2 ketam. Nampak tak perbuatan baik di balas baik. Renung2 kan lah. HAHAHa.


Tetapi bila ada yang tak dapat ketam


Dia punya la mengamuk sampai aku naik penat. Tambahan pulak tak ada orang yang nak rescue. Tapi alhamdulilah setelah beberapa minit dia kembali normal.


Dia nak kata dia dah normal la tu. Muka nak bangga ja :)

Banyak sebenarnya aktiviti yang dijalankan kat pulau tu misalnya


Gimnastik berirama bersama Makcik Bedah. Ataupun


Mendulang bijih timah. Kakak ini seorang pendulang yang sangat tersohor di abad ini. Ataupun


Masuk ke kelas seni contengan muka bersama Adik Syahir. Inilah balasan akibat NAKAL.  

Sehari suntuk kat sana. Air dia yang tahap maksima punya masin dan kadang2 terasa muka dah bau macam ikan yang hanyir. Ewww sangat busuk. Walaubagaimanapun kami bertiga telah menanamkan badan kami secara berjemaah ke dalam pasir tapi malangnya time tu p lepak tak bawak camera pulak. Jadi tiadalah rakam masuk dalam memori sendiri2 jala. Dan percutian ne sangatlah awesome. Sangat best dan lagi best kalau lagi ramai yang boleh ikut. 

Sepastinya kita bertiga terextreme punya happy. kan kan kan

Terima kasih kepada semua yang banyak membantu, terhalal seketika apa yang haram demi keselamatan.



Dan akhir kata Terima Kasih Bos.



terima kasih daun keladi ada masa bawak lagi :)


Sehingga bercuti bertemu lagi.

Assalamualaikum :)

7 comments:

  1. Terima kasih kepada semua yang banyak membantu, terhalal seketika apa yang haram demi keselamatan.
    aku suka ayat tu,haha..

    ReplyDelete
  2. xska ku bca entry nie.jeles sgt3.hahaha

    ReplyDelete
  3. lynd: ala takkan nak bagitau detail kot an. kena ada kias sikit2 la. hahaha..

    farah: orang ajak tak mau p. tak pa nanti kita p tau. hahah

    ReplyDelete
  4. haha.nk wt cena.xleh p.ku dh lam tringin nk p men ayq camtu.nk p pulau lngkawi xda rzeki g.haha.

    ReplyDelete
  5. hahaha. kan2 kita nak p pulau langkawi tak boleh g. nanti kita p weyh. langkawi insyaallah. Aku pun nasib la ada yang bawak p kalau dak dok kempunan macam ang jugak la.

    ReplyDelete
  6. haha.untung la x kempunan macam ku dh.satu hari nnti kta msti p gak lngkwi sma2.xkira.wajib p.haha.

    ReplyDelete