06 August 2011

Saya bukanlah penggemar tegar warna PINK!!!



"Hye pinky lady"
"Hye si cantik hari hari nak pink saja"

Tak pernah lagi dalam khamus hidup aku tetiba nak ada gelar aku dengan panggilan manja macam tu. Awww manja ke?? Tak boleh belah punya perasan. Seperti yang sedia maklum aku bukanlah penggemar pink yang ketegaq tegar. Yang obses tak tentu hala dekat warna pink, oleh bagaimanapun aku bukan juga peng-anti terhadap warna pink. Yang macam tengok warna pink pun tak boleh. Nak ja geli geli. Tak2 aku bukan macam tu masih lagi boleh hidup dengan warna pink tapi aku tak la penggemar tetap. Mintak maaf sekiranya penulisan saya berbelit belit seperti mana sindrom yang dialami perut saya ketika ini. Pusing2 mencari makanan. 



Kadang kadang aku rasa tak tentu hala bila tengok benda yang macam ini. Maka dengan itu pada hari perkahwinan gilang gemilang aku yang bakal berlangsung tak lama lagi, kehadapan suamiku, I nak U pakai tie warna ne ok. tiada sebarang bantahan lagi. Keputusan muktamad.


Tetapi sekiranya aku melihat seorang lelaki memakai tie sebegini rupa pada hari bahagia aku, maaflah bakal suamiku, I dah jumpa someone else yang layak I gelar suami. Nampak tak betapa obses nya aku dengan warna hijau. Aku layak dipanggil pencinta hijau yang sangat tegar. sehinggakan hampir 70% benda dalam hidup aku warna hijau contohnya seperti gunung, rumput dan sawah padi. Hahaha rasa tertipu tak.

Aku sangat sukakan hijau tidak termasuk hijau2 yang semulajadi, jika kamu tengah selsema ada yang terhasil melalui hidung yang juga berwarna hijau. Aku suka yang sendirian berhad sahaja yang bukan make by own aku tetiba jadi geli. Hahahaha. Selain dari benda seperti cendol itu, aku adalah penggemar cendol nombor satu di abad ini. Tetiba ja kan. Pernah tau member secondary aku, dia pernah cakap yang orang suka hijau ini suka buat baik dengan dengan orang tapi orang tak pernah nak appreciate apa dia berbakti. Tetiba rasa bangga. Walaupun kadang2 rasa macam tak relate langsung tapi kadang kadang rasa macam eh betullah.

Hampir keseluruhan hidup aku dipengaruhi dengan warna hijau dan sampai satu hari. Roomate aku tegur

"Eh baru perasan barang wadah banyak yang hijau la"

Hahah aku bangga sekurang kurangnya ada juga yang perasan. Aku pun tak pernah perasan. Lagi bertambah bangga haku.

Kurusnya aku dulu. Tetiba















Please spot the green by your own.

Dan aku terlalu mengimpikan dan teringin sangat sangat sangat sangat sangat


Perkara wajib buat bila dah dapat beli rumah.


Cepatlah kurus nak pakai gaun macam ni jugak.


Agak agak kalau kulit aku tetiba jadi macam ini ada yang nak kawan tak??

Bila aku nak beli apa2 barang sekalipun, kalau dah rasa konfius tak tau nak pilih yang mana aku. Aku akan spot green. Misalnya seperti losyen mustajab ini. Kakak tu kata semua sama saja cuma yang merah panas sikit la. Jadi aku keliru dalam membuat percaturan. Then aku pilih mustajab yang warna hitam..


Rasa tertipu tak? Tetiba rasa buta warna. Almaklumla tengah puasa. 

Jadi butakan lah aku dengan warna hijau sebab aku terlalu gilakan kau HIJAU.

Assalamualaikum. :)

5 comments:

  1. peliknya gmbaq ku.gmbaq kta 2 tu.haha.

    ReplyDelete
  2. hahaha..tapi aku suka tengok muka budak2 kita time tu. hahaha..

    ReplyDelete
  3. aishhh ada pa ja ngn hijau ni..hehe taun depan leh daftar ngundi..jgn hijau plak hahahah...

    ReplyDelete
  4. hahaha.. tak main politik2 politik ne.. kanak2 lagi seha oii..

    ReplyDelete
  5. haha.bnyk la ang ska tngk.mcam pa g.haha

    ReplyDelete