26 December 2012

cendawan goreng suka hati

Assalamualaikum

Semakin ligat pulak update entry. Biasalah sindrom nak final memang macam gini. Hey hari ni i oll nak kongsikan resepi cendawan goreng tepung. Bangun pagi mesti lapar bukan? HAHAHA. Breakfast itu penting.



Ayuh kita mula memasak

  1. Cendawan
  2. Tepung ubi + tepung beras (aku pakai tepung gandum dengan tepung beras sebab tu ja yang ada dekat dapur)
  3. Serbuk kurma (Makchaq kata nak bagi ada rasa KFC sikit)
  4. Serbuk cili @ cabai serbuk
  5. Garam + gula

Gaul-gaul segala bahan-bahan di atas. Masukkan mengikut sesuka hati anda. Jangan tanya berapa kuantiti sukatan. Aku tak tahu, aku main megah lempar cakera saja. 


Seteleh itu, pecahkan sebiji telur berasingan kemudian kasi celup sama dia (macam buat ayam goreng tepung tu), masukkan dalam bekas gaulan tepung tadi dan goncang-goncang supaya tepung tu adil dan saksama terhadap cendawan-cendawan tersebut. 


Panaskan minyak dan lempar lagi ke dalam kuali minyak panas itu. 



Tadaaaaa!!!! siap pun. Cepat dan sangat mudah Semudah 1 2 3

Kelemahan : Manis sikit sebab aku genggam bara api biar sampai abunya gula banyak sangat, dah kata main lempar-lempar kan, mana nak perasan.

Kelebihan: HABISSSS dimakan :D

Credit: Beloved makchaq sebab ni resepi dia. KAHKAHKAH.

Boleh cuba sekiranya cendawan tumbuh meliar dia kawassan rumah anda.

Bye.

No comments:

Post a Comment