25 December 2012

Kononya study week.

Assalamualaikum

Setelah menjadi pemegang kehormat lesen class D yang orang lain dah ambik berkurun-kurun aku baru nak over sana sini maka separuh dari segala hal-hal rumah dah jatuh bawah tanggungjawab den. Sebenarnya excited nak balik rumah pun sebab nak drive. Drive dan drive.

So pulang ke taman halaman kali ini lebih kepada menghabiskan masa bermalas-malasan berlenang-lenangan. Jadual padat kalah PM. Ngeh ngeh ngeh. 

Pagi Sabtu rumah bising pom pang pom pang dengan suara anak-anak kecil. Bangun pagi gosok-gosok mata terus cari Najhan. Dia selalu sangat hilang. Ada rumah ibu la, rumah tok Bedah la tok Perak la. So now masa Najhan dengan kakak. :D

Najhan pun menangis nak susu, kakak pun susah hati. Kahkahkah, Then attend kenduri dekat dewan sekolah. Apa yang menarik pengatin lelaki import mai dari Iran sana. Handsome!! Protokol meja makan yang sangat awesome sebab mereka asingkan tempat makan wanita dengan lelaki. Standard bukan?? Tapi ada langsir yang memisahkan kawasan muslimin dan muslimat. Macam dalam masjid @ surau tu. Standard bukan? Pengantin lelaki dan pengantin perempuan makan asing-asing. Lelaki di muslimin dan wanita di muslimat. Unik bukan? Makanan yang superb sedap + dengan souvenior apple. Dalam kereta pun boleh makan. Malam ke Pacific beli barang sekolah Adeq. Baju dengan neck tie sahaja. Kasut tak ada size. Maka dengan itu maksud dia apa? Haruslah sang kakak mencari sebelum pulang ke Merbok.

That day we having dinner dekat Nurha Tomyam. Keesokannya kedai tu terbakar. sigh!!

Ahad pagi bangun tidur dengar suara mak Najhan, ingatkan Najhan yang nak say good morning dekat kakak, rupanya abang-abang Najhan. Okey masuklah, Tapi mana Najhan????????

Najhan dekat rumah ibu la Kakak. Kakak sedih.

Lepastu terus siap-siap nak ke sekolah adeq beli buku. Angkut sekali si abang-abang berdua tu. Bising sana sini. Pakcik guard sekolah Convent tengok semacam ja mesti dia ingat ibu muda ini dah ada anak 3. Chehhh!!! Tak patut pakcik. Budak jual buku punyalah sombong, Union dah maju kedepan, Mana ada lagi mesin nak kira duit yang bunyi krek krek krek tu. Lepas tu pekerja kena cek satu-satu tick situ lepas tu tick sini balik. Dah tak ada okey, sekarang ada dengan komputer print resit ja. Tapi orang yang CASHIER tu sombong sangat, Aku pantang kalau orang cakap tapi tak tengok muka. Kalau kes macam ni takpa " wey hang ceqita tau. tapi aku tak tengok hang, tapi aku dengar". kahkahkahkah. 

Ajim laling kwda.Adeq sebelum kena marah.Ijat kenapa?? nak nampak macho?


Budak ni kena marah sebab tertinggal salah satu buku, mana tak marah, duit kakak tu

Brek kereta ayah kureng sikit tapi aku redah ja ambik mak. Ajim sampai tertidur. Dia memang habit dari kecil lagi macam tu. Petang tu bawak adeq beli semua semua semua barang-barang mana yang tertinggal dan haruslah dia pau sakan sakan.

"Adik macam lapaq mcd. tapi adik nak minum ayaq dengan kentang ja."

Pandai psycho kakak budak ni, Boleh ke tidak nak mintak air dengan kentang saja?? Aku malas nak susahkan cashier aku order satu set. Boleh ke??


prosperity. tapi kakak nak samurai.

Balik rumah masing-masing terbongkang. tapi percayalah shopping barang sekolah yang namanya Mahirah ni dari Melaka sampai ke Kedah, Ada jugak benda yang tertinggal. Skaf tudung. Dasar.

Isnin malam ke Giant, kononya nak beli sabun. Eh sabun apa entah Ayah ni, satu sabun pun tak ada. Benda lain yang beli. Kamu kamu kalau membeli dekat Giant tu, please check price tag dengan apa yang cashier scan. untuk elakkan benda yang tak sepatutnya. Yang dekat price tag lain, yang di scan lain. Kurang atau terlebih bayar, please amanah. Cheyyyy!! nasihat.

Hari Selasa kan sepatutnya balik Merbok. Sepatutnya la, tapi kita hanya mampu merancang Allah yang menentukan. Okey tetap tak balik lagi. Dah set dengan Mila sepatutnya hari Selasa. Tapi terbabas. Biasalah manusia kan. Mana ada yang sempurna. Lepastu boleh pulak date dengan Makchaq. Lamanya tak jumpaaaaa!!!! Rindu makchaq. Hehehe. Kali ni beli barang sekolah Aishah pulak. Haisyhh.. adik-adik dulu kakak beli barang sekolah tak payah pakai penasihat pun.

Dekat mana terselit kisah bukak buku, buat note chapter berapa dah? ehh. tak faham chapter ni. Study sampai hilang mata dengan telinga. Mana? mana? Mana? Study week????. Langsung tak gentar. Feeling ibu sibuk siapkan persiapan anak sekolah ada. Challenged accepted. KAHKAHKAH.

Insyaallah Rabu pulang ke Merbok. Jadikan ia kenyataan.

Cepatnya adik balik, tak dan kakak nak gomoi-gomoi.


Doakan untuk FINAL. Tiba-tiba dada gua goncang.

Bye.

No comments:

Post a Comment