Kita bersua lagi bukan? tidak tipu bukan? Biasalah bila nak menjelang final memang selalu begini. Ada saja benda yang tiba-tiba nak buat. Tiba-tiba terajin dan terazam dan saksama.
Ini cerita graduasi saya. Graduasi pada 28 November 2012.
Sebelum ni tak pernah langsung dekat mana-mana buat penghargaan sebab tahan diri nak ekspresi segalanya dekat blog. Tapi lihatlah, atas dasar kedegilan yang tegar itu. Ia ditangguh selama berhari-hari. Nasib tak jadi bertahun-tahun. Lepas tu memang fikir sejuta kali, "Eh, perlu lagi ke update?"
Graduate hari Rabu, tapi hari Isnin dah menapak ke Arau. Tahu tak betapa menggunungnya rindu dekat Arau, hanya Allah yang tahu.Pernah dengar bukan cinta pertama sukar dilupakan? Arau cinta pertama aku, memang rindu. Bila dah sampai Arau, walaupun tak sampai UiTM tapi cukuplah sekadar trafic light pengikat segalanya, dah cukup timbul rasa teruja.
Sampai UiTM tu atau lebih selesa dengan panggilan Arau. Eh biarlah seluruh Arau tu UiTM, seluruh UiTM tu ada Arau ke apa, apa aku peduli. Cinta pertama ada panggilan manja bukan? Arau tu UiTM. Kena Q panjang-panjang. Masuk bilik satu, heading ke bilik dua. Periksa itu ini, then dapat jubah. Yeayyyy!!! teruja tu tak payah cakap. Jangan bayang jugak. Menggunung sangat.
3 tahun membanting otak dan usaha.
AYAH
MAK
ABANG
MAMA ABAH
BOTH LONG
PENSYARAH
BEKAS-BEKAS ROOMATE
CLASSMATE
COURSEMATE
JIRAN-JIRAN
ADIK-ADIK
ANDA SEMUA
TERIMA KASIH YANG TAK TERHINGGA
Ayah
Shaukhi :D
Usah dihitung airmata dan gelak ketawa. Tiada nilai nak dibandingkan dengan Ringgit Malaysia.
Walaupun tiada anugerah itu, aku tahu mereka bangga. MakAyah.
Bye
No comments:
Post a Comment