01 August 2011

Bezanya RAMADHAN di Arau dan di Rumah


SALAM RAMADHAN SEMUA :)

Since dah dua tahun berturut2 atau dengan lebih berhemah lagi dah dua kali ramadhan aku berpuasa dekat Arau terchenta maka dengan itu terasa sangat kekok bila masa sahur tadi ada yang kejutkan. Dan tetiba aku dah rindu Arau. Serius saya rindukan Arau.

KRONOLOGI BERPUASA DI ARAU
Esok 1 Ramadhan, petang tu dah sibuk singgah Caka beli segala keperluan nak buat sahur. Kecoh dalam kelas, kecoh dekat kolej, semua dok buat tak boleh nak terima kenyataan puasa ke tak esok. Puasa ka esok?? Comform r kan puasa esok. Bukan apa nak prepare niat seap2. Malam tu sibuk lagi buat assignment tak pun tengah study esok ada quiz kot. Sebelum tidur dah set alarm siap2 takut tak jaga nak bangun sahur. Dan dalam hati rasa sayu tak boleh belah sebab dok feeling mesti best kalau puasa kat rumah. Mak masak apa ntah sahur satgi tak pun sebelum tidur mesti nak call mak dulu tanya masak apa esok. OK sedih dah.

Tidur then alarm pun bunyi, untuk hari yang pertama dan kedua semangat bangun. Tu pun makan roti ikan bilis ja, kalau rajin sikit masak air buat milo. Tapi kalau malas bangun telan air mineral ja satu botol. Ok tipu, setengah botol saja. Then lepas tu terus mandi, subuh dan terus tidur balik sebab rugi time tidur,esok kelas pukul 8. Dalam kelas memang lentok ja. Hati dah ingat rumah. Dah ingat raya dan bila ada lecturer tiba2 melatah nak buat test dekat2 nak raya lagi la susah hati. Macam mana neh nak ponteng class pun memang tak boleh r. Nak skip test?? Memang sakit r. Dan dengar la classmate yang jauh2 dok sibuk kalut cari tiket. sibuk dok tanya cuti start dari bila ni. Nak prepare balik kampung. Tapi aku cool jer, Perlis dah memang kampung apa nak susah hati. 

Balik kelas memang comform membabi membuta la. Tidur pulak boleh lagi nak timing waktu bagi elok. Bangun boleh p bazar terus. Timing baik lagi balik bazar boleh terus berbuka. Tak sopan betullah. Jangan bagitau orang bila bangun p bazar tu adalah muka fresh baru bangun tidur. MEMANG MUKA BARU BANGUN YE. Kawan2 saya pun takkan ada yang muka segar bugar study sebelum tunggu time nak buka puasa. Semuanya serupa dan yang best lagikan bila text tanya nanti petang nak p bazar pukul berapa mesti ada yang tak balas, tak pun yang style balas laju2 dan seap kata goodnite lagi sebab dah tak sabar nak mengembara. Hahahah. lucu betul mereka. SAYA MACAM TU LA

Lepas dah penuh dua2 tangan ditambah dengan duit dalam purse pun dah semakin bersurut. BALIK. Masa tu badan dah serius peluh gila vavi sebab kena jalan kaki. Tak memang kenderaan rasmi dan tak rasmi memang pakai kaki ja. Jalan la berapa km/j pun yang nak sebab minyak bergantung dekat tenaga masing2 ja. Dan selalu saya yang kena tinggal belakang2 jauh2. Sebab minyak nak isi mahal sangat. Sampai ja bilik decide la bilik mana nak berbuka, nak berkumpul dekat bilik sapa dan bukak puasa ramai. Ok masa tu la nak lawan pertandingan makanan paling banyak dan selalunya saya MENANG kalah jugak. Tapi sebelum tu wajib call mak tanya masak apa dan standard la jawapan mak tak masak apa, biasa2 jer. Alah dah tau dah mak tipu sebab sekarang pun bila abang call tanya mak masak apa, mak cakap benda yang sama jugak. Walaupun mak masak sedap. ABANG, MAK SEDANG TIPU ANDA. 

Masa tunggu azan tu la macam lawak gila bila tengok muka sorang2. Sumpah lawak, semua buat muka teruja nak tunggu azan dan semua sibuk parking depan makanan masing2 kononya macam nak tunggu pengadil tiup wisel nak mulakan pertandingan siapa makan paling banyak. Lepas masing2 dah bertungkus lumus mengendalikan makanan masing2. Eh makanan dah habis, macam tak percaya. Dan lepas tu pakat masing2 bersurrai balik bilik masing2, ok tanggungjawab pada bulan ramadhan dah selesai, sekarang tanggungjawab dengan masa depan pulak. STUDY.

KRONOLOGI BERPUASA DI RUMAH
Esok 1 Ramadhan, petang tu sibuk singgah ministore beli barang nak buka puasa esok. Kordial, kurma dan 
sebagainya. Malam excited gila nak tunggu pengumuman esok puasa ke tak. Kalau puasa  malam ne dah kena sahur, terawih kalau tak, esok boleh lunch lagi. Tapi kalendar betul ja selalunya. Tak pernah lagi jadi hal2 yang boleh buat sesak nafas kenapa tak puasa esok. Kalau tak pun mungkin salah tengok kalendar ja, tahun lain mungkin. Ok saya sudah boleh tidur, tak payah nak susah hati esok sahur nak makan apa, alarm pun tak payah sibuk nak set. Muka tengah sombong sekarang.

Tidur then ada bau haruman tumisan tumisan. Ok mak dah bangun, guna alarm masakan mak sudah tak payah nak guna khidmat handphone lagi dah. Bangun tengok kat atas meja dah ada macam2. Ok sedap gila. holiawww punya. Then makan. Air mineral satu setengah botol masih menjadi keutamaan. Lepas tu layan tv seketika tengok apa yang patut boleh tengok dan kemudian tidur balik semetara nak tunggu bangun balik p kerja.

Sepanjang hari kat ofis. OK saja. Tapi tak boleh tidur siang. Itu sangat leceh.

Ke bazar pun muka suci lagi, ayu dengan baju kurung lagi. Jalan2 dan balik rumah. Sampai saja mak dah sedia makanan. Lepak sat. Dah azan. Berbuka. Sembang2 sikit. Kemudian TIDUR.

Kesimpulanya aktiviti lagi menebal kalau kat Arau sebab semuanya kena usaha sendiri, semua nak kena decide sendiri apa nak makan apa nak buat bagaimana dan kenapa. Tapi bila dekat rumah semua dah ada. Dah siap tinggal tunggu nak makan ja. Sumpah rindu gila nak macam tu. Kalau kat rumah pulak memang aktiviti dia kurang gila sebab semuanya dah ada, tak payah nak pikiaq teruk2 pun. Cuma tunggu nak telan ja.

Puasa kat rumah best sebab mak masak, boleh berbuka dengan family, tak payah nak sedih2 kena berbuka sorang2 dan semuanya tersedia

Puasa kat Arau best sebab ada nasi mamak dengan ayam percik, boleh berbuka dengan kawan2 boleh nak decide sendiri hari ini nak makan apa.

Farah,Lynd,Atie,Ila,Lin,Pini,Mira,Zana. Rindunya nak berbuka sama2 lagi. 

Tapi akan berjuta kali sedih kalau kena raya dekat Arau. Itu memang sampai bila2 takkan nak ada entry gaya beraya kat rumah dengan Arau. Memang nak kena bom serta merta.

Manusia memang tak pernah bersyukur. Bila kat rumah rindu Arau, bila kat Arau nak balik rumah. Bersyukur cepat. ALHAMDULILLAH. 

Assalamualaikum semua :)

7 comments:

  1. bc nie brtambah2 la ku engat kat arau.terengat tme bka posa sma2.p bzar sma2.shur ja xsma2.haha.besnya kn.lpas nie xmrasa dah posa kat arau.hmmm..camtu la kta kn.dok arau.engat umh.dok umh engat arau.xtaw la pa nk jd.huhu.

    ReplyDelete
  2. mana nama nad ?? asal tk de ?? emo la mcm ni,ahaha.kita penah buka puasa sama sama tak ? ohh tk penah.ptt la tk de nama nad.HAHA !! nad tk rindu arau.rindu kawan kawan arau je..hehehe :D

    ReplyDelete
  3. Farah: hahaha kan sebab tingat la tiba2 nak buat macam ne. hehehe..nanti kita p camping blakang msroom. nak merasa posa punya psai noh.

    Nad: hye la rindunya kat kamu. hahah. mana kita penah bukak puasa skali. tu la yang tak da. nad ne kan..memang nak kena. ala nad tu memang dari dulu lagi tak penah nak rindu arau.. ",)

    ReplyDelete
  4. blkg mushrum?kt mna 2?hehe.bla la nk p arau xtaw.huhu.

    ReplyDelete
  5. ala.. kat belakang bazar tu..kita berkhemah. boleh tlg depa juai skali.hahah

    ReplyDelete
  6. haha.bole2.bole cuci mta skali dok situ.haha

    ReplyDelete
  7. gatai hang noh.. repot kat bang din baru tau

    ReplyDelete