26 December 2012

cendawan goreng suka hati

Assalamualaikum

Semakin ligat pulak update entry. Biasalah sindrom nak final memang macam gini. Hey hari ni i oll nak kongsikan resepi cendawan goreng tepung. Bangun pagi mesti lapar bukan? HAHAHA. Breakfast itu penting.



Ayuh kita mula memasak

  1. Cendawan
  2. Tepung ubi + tepung beras (aku pakai tepung gandum dengan tepung beras sebab tu ja yang ada dekat dapur)
  3. Serbuk kurma (Makchaq kata nak bagi ada rasa KFC sikit)
  4. Serbuk cili @ cabai serbuk
  5. Garam + gula

Gaul-gaul segala bahan-bahan di atas. Masukkan mengikut sesuka hati anda. Jangan tanya berapa kuantiti sukatan. Aku tak tahu, aku main megah lempar cakera saja. 


Seteleh itu, pecahkan sebiji telur berasingan kemudian kasi celup sama dia (macam buat ayam goreng tepung tu), masukkan dalam bekas gaulan tepung tadi dan goncang-goncang supaya tepung tu adil dan saksama terhadap cendawan-cendawan tersebut. 


Panaskan minyak dan lempar lagi ke dalam kuali minyak panas itu. 



Tadaaaaa!!!! siap pun. Cepat dan sangat mudah Semudah 1 2 3

Kelemahan : Manis sikit sebab aku genggam bara api biar sampai abunya gula banyak sangat, dah kata main lempar-lempar kan, mana nak perasan.

Kelebihan: HABISSSS dimakan :D

Credit: Beloved makchaq sebab ni resepi dia. KAHKAHKAH.

Boleh cuba sekiranya cendawan tumbuh meliar dia kawassan rumah anda.

Bye.

25 December 2012

Kononya study week.

Assalamualaikum

Setelah menjadi pemegang kehormat lesen class D yang orang lain dah ambik berkurun-kurun aku baru nak over sana sini maka separuh dari segala hal-hal rumah dah jatuh bawah tanggungjawab den. Sebenarnya excited nak balik rumah pun sebab nak drive. Drive dan drive.

So pulang ke taman halaman kali ini lebih kepada menghabiskan masa bermalas-malasan berlenang-lenangan. Jadual padat kalah PM. Ngeh ngeh ngeh. 

Pagi Sabtu rumah bising pom pang pom pang dengan suara anak-anak kecil. Bangun pagi gosok-gosok mata terus cari Najhan. Dia selalu sangat hilang. Ada rumah ibu la, rumah tok Bedah la tok Perak la. So now masa Najhan dengan kakak. :D

Najhan pun menangis nak susu, kakak pun susah hati. Kahkahkah, Then attend kenduri dekat dewan sekolah. Apa yang menarik pengatin lelaki import mai dari Iran sana. Handsome!! Protokol meja makan yang sangat awesome sebab mereka asingkan tempat makan wanita dengan lelaki. Standard bukan?? Tapi ada langsir yang memisahkan kawasan muslimin dan muslimat. Macam dalam masjid @ surau tu. Standard bukan? Pengantin lelaki dan pengantin perempuan makan asing-asing. Lelaki di muslimin dan wanita di muslimat. Unik bukan? Makanan yang superb sedap + dengan souvenior apple. Dalam kereta pun boleh makan. Malam ke Pacific beli barang sekolah Adeq. Baju dengan neck tie sahaja. Kasut tak ada size. Maka dengan itu maksud dia apa? Haruslah sang kakak mencari sebelum pulang ke Merbok.

That day we having dinner dekat Nurha Tomyam. Keesokannya kedai tu terbakar. sigh!!

Ahad pagi bangun tidur dengar suara mak Najhan, ingatkan Najhan yang nak say good morning dekat kakak, rupanya abang-abang Najhan. Okey masuklah, Tapi mana Najhan????????

Najhan dekat rumah ibu la Kakak. Kakak sedih.

Lepastu terus siap-siap nak ke sekolah adeq beli buku. Angkut sekali si abang-abang berdua tu. Bising sana sini. Pakcik guard sekolah Convent tengok semacam ja mesti dia ingat ibu muda ini dah ada anak 3. Chehhh!!! Tak patut pakcik. Budak jual buku punyalah sombong, Union dah maju kedepan, Mana ada lagi mesin nak kira duit yang bunyi krek krek krek tu. Lepas tu pekerja kena cek satu-satu tick situ lepas tu tick sini balik. Dah tak ada okey, sekarang ada dengan komputer print resit ja. Tapi orang yang CASHIER tu sombong sangat, Aku pantang kalau orang cakap tapi tak tengok muka. Kalau kes macam ni takpa " wey hang ceqita tau. tapi aku tak tengok hang, tapi aku dengar". kahkahkahkah. 

Ajim laling kwda.Adeq sebelum kena marah.Ijat kenapa?? nak nampak macho?


Budak ni kena marah sebab tertinggal salah satu buku, mana tak marah, duit kakak tu

Brek kereta ayah kureng sikit tapi aku redah ja ambik mak. Ajim sampai tertidur. Dia memang habit dari kecil lagi macam tu. Petang tu bawak adeq beli semua semua semua barang-barang mana yang tertinggal dan haruslah dia pau sakan sakan.

"Adik macam lapaq mcd. tapi adik nak minum ayaq dengan kentang ja."

Pandai psycho kakak budak ni, Boleh ke tidak nak mintak air dengan kentang saja?? Aku malas nak susahkan cashier aku order satu set. Boleh ke??


prosperity. tapi kakak nak samurai.

Balik rumah masing-masing terbongkang. tapi percayalah shopping barang sekolah yang namanya Mahirah ni dari Melaka sampai ke Kedah, Ada jugak benda yang tertinggal. Skaf tudung. Dasar.

Isnin malam ke Giant, kononya nak beli sabun. Eh sabun apa entah Ayah ni, satu sabun pun tak ada. Benda lain yang beli. Kamu kamu kalau membeli dekat Giant tu, please check price tag dengan apa yang cashier scan. untuk elakkan benda yang tak sepatutnya. Yang dekat price tag lain, yang di scan lain. Kurang atau terlebih bayar, please amanah. Cheyyyy!! nasihat.

Hari Selasa kan sepatutnya balik Merbok. Sepatutnya la, tapi kita hanya mampu merancang Allah yang menentukan. Okey tetap tak balik lagi. Dah set dengan Mila sepatutnya hari Selasa. Tapi terbabas. Biasalah manusia kan. Mana ada yang sempurna. Lepastu boleh pulak date dengan Makchaq. Lamanya tak jumpaaaaa!!!! Rindu makchaq. Hehehe. Kali ni beli barang sekolah Aishah pulak. Haisyhh.. adik-adik dulu kakak beli barang sekolah tak payah pakai penasihat pun.

Dekat mana terselit kisah bukak buku, buat note chapter berapa dah? ehh. tak faham chapter ni. Study sampai hilang mata dengan telinga. Mana? mana? Mana? Study week????. Langsung tak gentar. Feeling ibu sibuk siapkan persiapan anak sekolah ada. Challenged accepted. KAHKAHKAH.

Insyaallah Rabu pulang ke Merbok. Jadikan ia kenyataan.

Cepatnya adik balik, tak dan kakak nak gomoi-gomoi.


Doakan untuk FINAL. Tiba-tiba dada gua goncang.

Bye.

Graduate 77 :)

Assalamualaikum.

Kita bersua lagi bukan? tidak tipu bukan? Biasalah bila nak menjelang final memang selalu begini. Ada saja benda yang tiba-tiba nak buat. Tiba-tiba terajin dan terazam dan saksama.

Ini cerita graduasi saya. Graduasi pada 28 November 2012.

Sebelum ni tak pernah langsung dekat mana-mana buat penghargaan sebab tahan diri  nak ekspresi segalanya dekat blog. Tapi lihatlah, atas dasar kedegilan yang tegar itu. Ia ditangguh selama berhari-hari. Nasib tak jadi bertahun-tahun. Lepas tu memang fikir sejuta kali, "Eh, perlu lagi ke update?"

Graduate hari Rabu, tapi hari Isnin dah menapak ke Arau. Tahu tak betapa menggunungnya rindu dekat Arau, hanya Allah yang tahu.Pernah dengar bukan cinta pertama sukar dilupakan? Arau cinta pertama aku, memang rindu. Bila dah sampai Arau, walaupun tak sampai UiTM tapi cukuplah sekadar trafic light pengikat segalanya, dah cukup timbul rasa teruja.

Sampai UiTM tu atau lebih selesa dengan panggilan Arau. Eh biarlah seluruh Arau tu UiTM, seluruh UiTM tu ada Arau ke apa, apa aku peduli. Cinta pertama ada panggilan manja bukan? Arau tu UiTM. Kena Q panjang-panjang. Masuk bilik satu, heading ke bilik dua. Periksa itu ini, then dapat jubah. Yeayyyy!!! teruja tu tak payah cakap. Jangan bayang jugak. Menggunung sangat.


3 tahun membanting otak dan usaha.

AYAH
MAK
ABANG
MAMA ABAH
BOTH LONG
PENSYARAH
BEKAS-BEKAS ROOMATE
CLASSMATE
COURSEMATE
JIRAN-JIRAN
ADIK-ADIK
ANDA SEMUA

TERIMA KASIH YANG TAK TERHINGGA

haruslah ada pre-graduate









Ayah 

Mak
           
   Shaukhi :D

Usah dihitung airmata dan gelak ketawa. Tiada nilai nak dibandingkan dengan Ringgit Malaysia. 

Walaupun tiada anugerah itu, aku tahu mereka bangga. MakAyah.

Bye

p/s sepatutnya gambar haruslah banyak tapi malas nak tunggu upload. Malas. Malas.

Apa yang terjadi setelah 5 bulan berlalu?

Assalamualaikum w.b.t

Lama sangat dah ni tak menulis dan blur macam mana nak mula.

Bismillahirahmanirohim

Ayuh kita mulakan

  1. Tengah sibuk menggapai bintang untuk degree. Yeaayy!!!! degree sudah. Doakan semoga segalanya berjalan lancar. 
  2. Dulu emo bukan bila abang kata dia nak kahwin? sekarang sudah selamat semuanya. Alhamdulilah.
  3. Officially gradute. Masih dalam tempoh "peqak" sampai dp facebook masih lagi kekal gambar sarung jubah topi ada rambut.
  4. Lesen D dalam genggaman. Penat satu hal la nak habiskan semua tu. Pelajar bermasaalah sampai auntie tarik muka lega aku dah lulus. Syukur. Syukur
  5. I am 21 years old. Excited.
  6. Berjaya travel tanpa mak ayah ( Tanpa mak ayah ja tapi ada abang, tapi nak jugak kata travel. suka hatilah!!!)
  7. Adeq semakin tembam. Aishah? Dah boleh bersaing dengan aku dah sekarang.
  8. Masih belum berpunya
  9. Masih belum berkahwin
  10. Masih belum beranak pinak. Tak payah nak tekejut sangat. 


nampak peqak bukan??? 

Insyaallah kita bakal jumpa lagi. Ya BAKAL.

Bye.

06 July 2012

bon anniversaire sayang



Assalamulaikum. 

Fuh bersawang. Update jugak sebab nak jadikan entry ni sebagai medium nak sampaikan mandat nasihat dan juga kata-kata tehormat pada hari kejadian seseorang.

Jangan ingat aku tak jadi yang pertama wish birthday kamu, aku lupa. Tapi bukankah yang terakhir itu lebih sweet. Aku nak sweet macam gula tu jugak.

Here NORHAYATI (nama given by her arwah abah sebab doktor cantik tu nama Norhayati) kita start jumpa kira macam cinta pandang pertama masa dekat modul part one. Masa tu gaya skema nak kena panggil YATI. Masa tu la, sekarang even dengar orang panggil macam tu pun aku dah meremang. Pelik. Aku tertarik sebab masa tu aku tengok hang macam extra over hyper aktif tapi tak tahu pulak yang time menari poco-poco hang boleh menangis. Then start eratkan lagi silaturahim yang ada. 

Then masa part 2 kita dah jadi roomate. Tiba-tiba baldi hilang, bantal hilang. Ehh!! apa tu. HAHAHA. Hey Atie jangan ingat time tu muka aku penuh bongkak belagak yang gaya macam nak mintak penampaq tu tak pernah kisah bila hang nak balik tau. Susah aku nak tidur sebab tengok katil hang kosong. Then part 3, kita jadi neighbour pulak. Wajib sembang bukak pintu sebab bilik depan-depan lepastu rasa bilik masing-masing luas. Part 4 peristiwa baldi berlaku lagi. Tapi kali ni dah tak kisah nak angkut baldi apa dah. Sebab lepastu masing-masing balik hometown angkut dengan beg-beg sekali sebab nak praktikal. 

Ingat lagi tak tarikh hari ini, tapi tahun lepas apa yang terjadi?? You better shut up dan tak payah nak gelak-gelak macam tu. Aku nampak. 

                                        -----------------------------------------------------



HAPPY 21st BIRTHDAY SAYANG


Thanks sebab sudi jadi kawan aku. Thanks sebab sudi layan perangai aku. Thanks sebab selalu ada bila aku susah. Thanks sebab selalu jadi crying shoulder aku. Thanks sebab sudi layan gedik aku. Thanks sebab selalu ada bila aku need someone. Thanks sebab selalu bagi aku nasihat, jangan buat tu jangan buat ni. Thanks sebab selalu buat impian aku jadi kenyataan. Thanks sebab banyak tolong aku. Thanks sebab selalu ada bila aku rasa nak buat kerja gila. Thanks sebab selalu gelak dengan aku. Thanks sebab selalu menangis dengan aku. Thanks sebab selalu menderita dengan aku. Thanks sebab selalu bahagia dengan aku (yeke??)

Semoga hang panjang umur murah rezeki dan semoga satu hari nanti aku boleh panggil hang Puan Norhayati macam mana hang nak selama ni even masa tu tak kahwin lagi pun. Atie, semoga hang bertemu jodoh. Tolong doakan aku sekali kalau bab-bab jodoh ni. Lastly, semoga persahabatan kita kekal sampai akhir hayat untuk mengelakkan terwujudnya entry untuk dia lagi. 



Part 1. Masing-masing muka suci lagi.



Part 2 - Kem Kesatria Gua Kerbau


Part 3 - Kononya jogging



Part 4 - Meet Pak Usop and Mak Yam


Part 6 - Wada Shakir is in relationship with Norhayati Baharudin


Dah macam gila vespa tak boleh nak sabar tunggu next week. Please baby time, make it fast.


Again and again Selamat hari jadi. I <3 U 






afro circus afro circus. polkadot polkadot. Rindunya saat-saat macam ni.



Amboi, celebrate awai. 

Lastly, terima kasih sebab berani ambik risiko jadi sahabat aku. :)

BON ANNIVERSAIRE SAYANG.

Don't let a bad day make u feel like you have a bad life. HAHAHAHA.

Bye.

17 May 2012

update juga akhirnya


Semangat nak update blog ni.

Tunggu tunggu.

Almost sebulan dah aku kembali mnjadi warga RAJIN. Macam penah dengar? Tempat praktikal dulu. sekarang kerja kan susah jadi anda jangan nak jadi manusia yang berdemand tinggi sangat. apa yang ada depan mata please grab fast sebelum hilang dengan fast. Tudia. Tudia. Biasala dah kalau kata otak ni sakan pulak nak demand nak buat wishlist yang gayat gayat lepastu nak expect abang nak penuhi semua? Mana usaha titik peluh sendiri ha? semoga wishlist aku yang satu itu dapat dimiliki dengan usaha peluh busuk sendiri. Tapi kalau abang tak pun sapa-sapa nak tolong penuhi. pun boleh. Eh!! kata nak usaha sendiri. Okey jom berusaha.

Tamat diploma. Oh itu yang macam penting sekarang. terasa nak buat karangan penghargaan yang panjang panjang. tenganga mata bila tengok  ada  member member dah grad. Oh my graduation day. Tolong la nampak aku paling berseri hari tu. Okey wajibly start berangan. Penat study tiga tahun. jadi izinkan saya nak over.

Counting the days for my brother engagement day. Triple excited. And me the wedding planner. 

If I missed that means I missed you fullstop


Kbai.

05 April 2012

Yang sudah tu sudahkan sudah


Assalamualaikum :)

Sudah sudah nak ludah apa kejadah dah ne 

Owh yeah, lagu untuk minggu ini. Kalau orang yang rapat dengan aku pasti semua dah faham dan seap ada yang tanya


"Lagu untuk minggu ne ka weyh"

"Perhatian kepada semua untuk minggu ini kita akan dengar lagu ni ok'

"Sampai dah boleh hapai dah aku lagu hang dengaq ne"

"Hang ulang kali yang ke 49 dah ka weyh"

Ok itu adalah ayat ayat standard yang akan terpacul kat mulut mereka. Sebab memang jenis aku, kalau lagu tu baru, best pulak pastu lirik macam bermakna gila, terus akan ulang sampai berkali kali. Tak kisah la orang nak kata apa, janji aku suka. Telinga aku yang nak hadap. Biasanya kalau lagu melayu + Indon 2 kali dengar pun dah boleh hafal. Tapi kalau lagu Inggeris ambik masa 3 4 kali denar jugak la baru boleh ulang. Dan jenisnya Siti Mawadah yang tak payah nak pandang genre lagu dengan siapa yang menyayi sebab tak ada specific singer dan genre lagu yang duduk dekat carta hati pun asalkan lirik dia meaningful. Layan sudah.

Orang kalau tengah frust + happy + sedih + teluka, bila dengar lagu dan dan nak kata lagu tu macam diciptakan untuk kita. Tau dah aih sebab aku pun macam tu. 

HAHAHAHA

Jadi untuk minggu ini, Terima lah lagu dari Nirwana band. Konfius pulak dengan kumpulan nasyid Mirwana.

Bestie saya yang nama diberi Maria Mansor perkenalkan. 

Komen sikit pasal lagu : Owh well, ia diibaratkan liriknya kedebuk kena batang hidung. Auucchhh!!! terus bersin. Jauhkan saya dari Anis dan Farah. Nanti kena paksa makan ubat resdung lagi :(


Mari kita karokk!!!



Inikah caramu membalas cintaku
Kau nodai cinta yang ku beri
Inikah caramu membalas sayangku
Kau lukai sayangku untukmu

Teganya kau menari diatas tangisanku
Kau permainkan ku sesuka hatimu

Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada hati gelisah
Cintaku kau balas dengan dusta

Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada batin terseksa
Lebih baik ku pergi saja

T’lah berulangkali ku coba mengalah
Ternyata sabarku tak berarti untukmu

Teganya kau menari diatas tangisanku
Kau permainkan ku sesuka hatimu

Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada hati gelisah
Cintaku kau balas dengan dusta

Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada batin terseksa
Lebih baik ku pergi saja

Teganya kau menari diatas tangisanku
Kau permainkan ku sesuka hatimu

Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada batin terseksa
Lebih baik ku pergi saja

Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada hati gelisah
Cintaku kau balas dengan dusta

Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada batin terseksa
Lebih baik ku pergi saja


Aku manusia. Yang tahu dan faham erti terasa hati dan tawar hati. 


Kbai 

04 April 2012

Happy Birthday 21st Farah


Hello (bajet mak seleh sikit)

Masih ingat tarikh yang sama pada tahun yang berlainan?

Happy birthday my dear friend. Tak tau sebenaqnya nak plan apa. Nak buat suprise gaya macam mana. Sebab kita jauh, I mean bukan jauh yang boleh memisahkan dua benua tapi kita dah tak officially jadi roomate. Kita dah tak kat Arau jadi chances nak jadikan ang manusia goreng tepung tu tipis (geli pulak aku dengar).

Jadi anda masih didalam zon selamat. Zon sangat selamat. Mangsa no 32 Taman Sri Arau baru 2 orang. Dulu lepas aku terkena semangat jugak aku cek kalender ingat kan hang dan nak join sekaki. Takpa Farah, anggaplah ne hadiah hari jadi hang sebab lepas dari zon kuning.


Beza birthday tahun ne dengan tahun lepas, tahun ne kita roomate, ada panglima, hang mak tiri aku. hang dah boleh drive dan dan dan kita dah habis Diploma. wink wink.

                             ------------------------------------------------------------------------


Dear Farah Nadhirah Abdullah,


Aku tak ada emas permata nak taburkan kat hang setiap kali hari hidup hang kat dunia ini. Apa yang aku mampu doakan yang terbaik kat hang. Kalau ada dalam wishlist hang hadiah dari aku. Jangan tuntut dulu hold dulu. Nanti agak2 aku dah kerja mai tuntut balik. Kalau agak hadiah tu dah tak sesuai dengan umur hang, aku akan pastikan anak hang dapat. Farah, thanks sebab sudi jadi kawan aku. Jadi kawan aku almost 7 tahun. Kalau kahwin anak mau dah ada sorang. Walaupun kadang-kadang kita punya ikatan pasang surut, standart la tak semua benda kita boleh adapt dengan masing2. Aku nak mintak maaf kalau tragedi malam kita buat sesi luahan perasaan tu ada buat hang terasa. Tapi hang jangan nak terasa lebih lebih sebab hang sendiri nak aku jujur.

Memang aku tau kejujuran kadang kadang menyakitkan.

Hey dah TUA :)

Semoga panjang umur dan murah rezeki selalu
Sentiasa bahagia di samping family, kawan kawan dan him ( xmau panda2 lg)
Apa yang dirancang untuk masa depan jadi kenyataan (Insyaallah)
Farah aku nak tengok hang kahwin (sebab aku tau hang takkan mai wedding aku) HAHAHA

Nothing much yang aku boleh bagi. Aku compilekan balik gambaq2 kita dari sem satu sampai sekarang. Nasib dulu time sekolah tak pakai handset kamera lagi. Kalau tak dari sekolah menengah, takpun nasib kita tak pandai pegang kamera masa dalam perut mak kita kalau tak aku masukkan jugak.



Part 1 - Minggu MMS. Baju Batik (haaa.. rindu sudah)


Part 2 - First time pakai baju korporat


Part 3 - Balik dari kesat. Owhh yang 50 sen. Yang 50 sen


Part 4 - sebelum presentation first Bel 311


Praktikal (Part 5) - owhhh yadeeyyy.. Langkawi


Part 6 - Tasik Tasoh. Sumpah berat muka tahan taik ja tu


Part 6 - Jimba lepas abis test


Current - Sedih nak lepaskan Atie :(


Once you think you are sad and lonely, just think that you are with me. Once you think that you are alone, think that I am free for you to lean on. Once you think that nobody loves you, think again, I exist. Once hang rasa gatal belakang tak da orang nak letak bedak aikeen kat belakang. Think yang aku akan selalu masuk dalam mimpi ang dan sapu bedak tu. Sumpah sweet. Ahakkss!!!



Again. Happy birthday. I love u. Sekian

02 April 2012

saya kembali

Janggal la. Ehem ehem. Malu

Assalamualaikum :)

Sebenarnya lupa macam mana nak tulis entry sebab dah lama tak menaip, main game tau la. It has been a month kot jadi jangan nak ketawa mengejek eh. Sabaq sat tengah nak godek balik entry yang lama lama. 

Ok dah.

I've done with diploma. Tu pun kalau awan sentiasa cerah la kalau tak ada yang nak kena repeat bagai. Bila orang tanya bila entah nak grad?? Owh saya pun tak tau. Makchaq yang kalut tanya, ada la tu benda dia nak merancang tu. So sekarang dah officially 1 hari kat rumah. So far okey lagi tak ada pulak rasa boring.

Bercuti dalam masa sebulan sebab dah 3 tahun belajar.Kononya.
Dan bila dah habis ne, banyak sebenarnya planning dalam kepala otak  yang salah satunya nak bercuti. Yeah bangga ja nak taip bercuti tapi duit dalam bank ada 100000 saja. Kononya sebab dah belajar 3 tahun dan wajib bercuti 1 bulan pun jadi la. Tapi tak tau nak kemana pulak. Plan plan dulu ada tapi tak tau kenapa secara tiba tiba plan tu hilang berkecai sudah. Ahaks! hilang sudah. 

Nak ambik lesen kereta.
Oooo well, tak payah nak buat muka tekejut sangat la. Memang tak ada lesen kereta lagi pun. And sekarang ayah tengah force aku laju laju suruh p daftar nama dekat KV. Hari ini bagi alasan hujan sebab tu tak boleh p, padahal naik kereta ja pn. Ok I admit tak pandai bawak kereta. Dulu pun time test mini cooper maksu, yang tu terror sikit sebab dia auto + mini cooper kan, kalau sekarang tiba tiba ayah kata, cepat p belajar kereta ayah dah order mini cooper kat hang, huiisssyhh yang tu tak payah suruh hari ini jugak aku force orang orang JPJ bagi aku lulus. Tapi nak order kereta bukan macam nak order oblong depan rumah.Call then siap. Berangan. Tak ada lesen kereta tak bermakna tak ada lesen moto. Sebab dulu tak cukup umur lagi sebab tu tak layak nak ambik lesen kereta. Sedih :(

Nak belajar memasak
Ok secara rawaknya, stakat nak masak nasi + ayaq tu terror dah la. Boleh la lauk bodo bodo nak masak. Tapi kadang kadang bila tengok mak masak yang gaya macam kenduri tu rasa teringin pulak nak join club. Yala at least nampak la sikit bakat tu mai dari mak. Nasi ayam alhamdulilah dah pandai buat, sekarang nak belajar buat laksa pulak. Tapi tak tau bilakah niat ini dapat diteruskan.

Cekgu.
Menjadi tanggungjawab kot kalau nak buat adik adik berjaya. Aishah UPSR this year dan wajibly kena tolong tengok tengokkan dia. Bak nudak tu usaha ada, azam pun kuat nak 5A saja. Tapi hasilnya tak nampak lagi sebab mungkin yang sedia ada kat rumah sekarang semua macam busy. Ayah, mak , makchaq semua pakat sibuk kalau setakat nak tegur sikit sikit tu boleh la. So apa gunanya ada kakak kat rumah kalau tak boleh nak bimbing adik adik. Mieyah pun sama, walaupun tak ada exam besar lagi but still need to struggle, sekarang exam biasa pun dah nampak luar biasa sebab makin ramai budak budak yang cerdik.

Nak sambung degree
Application dah pun buat. Meqoyan jugak la masa nak apply tu sebab tak tau nak pilih yang mana. Buntu, at last lepas dah dapat green light from abang baru la rasa much2 better. Abang tak bagi apply International business sebab 

"Nantu kalau hang kena p London la kan, hang mesti nangis2 rindu mak ayah. Sapa nak p jenguk hang selalu. Tak payah apply yang tu tak ada tukang nak buat milo kat aku nanti. Takkan nak suruh aku p London semata mata nak suruh hang buat milo"

LOL. tetiba ja dia, Bajet London ja kan. Kalau ada rezeki bulan 9 ne sambung la, Tu pun kalau dapat. Doakan yang terbaik.

Khawenn
Hahaha. Niat tu ada. Usaha dengan jodoh yang tak ada lagi. -.-

Dah start rindu budak budak rumah, Atie. Mata dah jadi panda. :(

kbai.

21 January 2012

Master Chef Musim Depan

Assalamualaikum.

Demam master chef masih tinggal sisa-sisa lagi. Ada lagi yang dok say congrate Dr Gigi (tak tau nama sebenarnya but tau dia adalah doktor gigi). Maka dengan itu, kami penghuni 32 Taman Sri Arau langsung tak ketinggalan nak memastikan kami adalah bakal-bakal peserta Master Chef Akan Datang. Memandangkan kami "banyak" sangat masa lapang sampai nak study pun dah jemu jadi kami masak. Masak???

What masak?? Masak?? Well anak perempuan gitu.


So bermulalah proses masak mop lantai. Ahli rumah ada 8 orang dan kalau bila dah masak memang akan nampak macam makan kenduri. Yes faham tak sebab kami ramai. Jadi kalau sekali masak akan jadi macam kenduri, nasi standart masak 3 port setengah, ikan mesti nak 7 ekor, kalau ayam pun nak macam tu. Sebab ramai. So those yang tengok gambar kami tangkap memang gayat, nampak macam MELANTAK tapi itula hakikat. Sebab kami ramai. Kadang-kadang memang kami ajak jiran belakang depan tepi makan sekali sebab kadang-kadang tak terhabis. HAHAHAHAHA.

Mula-mula yang buat kami gian nak masak tu bila Mimi nak buat kek batik tanda maaf kat yang tersayang. Pastu semua dok buat gian nak buat. Gian Gian Gian. Macam mat gian dah aku tengok sorang2



Lepas tu. Lepas tu, Lepas tu. Mari kita tengok pakej menu yang disediakan.


Dinner

Dari kiri : Sup sayur campur, timun, somtam(beli dekat pasar malam), air asam, ikan siakap stim, sambal tumis telur mata kerebau. Nasi putih.



Lunch
Nasi Ayam :)

Makan untuk 10 orang.

Ada kisah disebalik nasi ayam. Tetiba dapat call dari ayah.

Ayah: ne tak payah dok belajaq dah la, behenti. Kita buka kedai juai nasi ayam.
Aku: HAHAHAHAAHA.. Ok ayah p cari tapak menega. Kita menega.
Ayah: Jerat cina banyak kosong.
Aku: Cehhh!!!!!!!

* sungguh rendah kredibiliti aku.


Brunch

Nasi Lemak + pancake blueberry + cucur jagung

EEEkkkkkkk!!!!!! kenyang sampai nak pengsan.


Dinner

Dari kiri : ayam masak kicap + ubi kentang, asam pedas shedaap + ikan goreng + sup sayur campur.

Asam pedas ne farah yang masak. Mula-mula tak jadi sampai farah naik bebai nak buang bagai. Macam-macam benda tambah nak bagi rasa sedap jugak, segala gula, garam, secukup rasa semua tambah. Tinggai tak masuk tisu ja. HAHAHAHA. Lepas Farah call her mom, macam magic tetiba asam pedas ne jadi sedap. So kami budak-budak rumah buat conclusion.

Kalau nak masak mesti kena mintak restu dekat mak

Lepas tu, sapa-sapa yang nak masak, call mak dulu. Konon-konon nak tanya resipi. Sekali dengan restu la tu.


Dinner

Dari atas : Ikan goreng apa tak tau, kurma ayam, kerabu tembikai, sup sayur, bendi goreng. Nasi putih

Dinner ni kami invite Kak Iera jiran sebelah rumah makan sekali sebab dia dah say good bye forever dekat Arau. Dah habis degree. Sumpah syoq. Masa masak hari tu jadi betul-betul manfaat sebab dapat full support and advice dari dia macam mana degree semua. Baru la nampak masa depan sikit. Cerah sikit. 



Dinner
Soto Mimi sendu

Mimi suka buat terharu p cari barang sampai tak p quiz.

Dengan itu, tamatla sesi menu memenu sekalian. 

Nak kenal dengan ahli rumah????? Nak lettew..




Roomate + Classmate + Ridemate + Soulmate + Eatmate and all the Mate


Mimi - Penumpang terhormat saya

Qd - Partner nak buat romantic saya.

Anis - Patient setia saya

Ross - Partner gelak

Ayu - Buli!!!!!!

Dan saya >.<


well. gambaq mesti nak besaq :)


Gambar tuan rumah tak dan nak upload lagi :)

Untuk sebarang tempahan sila hubungi.................................................
Anda akan dilayan setelah kami tamat pengajian ijazah sarjana muda. 

Ijazah??? nightmare.

Sapa nak makan free, mai jadi jiran kami.

K bai