24 October 2011

Buang anak adalah hobi aku


Hye semua.

Aku tengah emo ne, semua yang ada tepi sikit. Hati dan perasaan aku tengah membuak-buak ke segala pelusuk darah dan urat saraf ne. Geram betul aku nak tengok kes-kes buang bayi bagai ni. Macam dah tak da hobi lain dah kan nak buat selain kumpul setem , instead nak buang bayi jugak menjadi pilihan hati kan. Eh sedar tak yang hampa dok sakan sangat tauk merata-rata tu anak sendiri? Zuriat sendiri, pernah kongsi nyawa, pernah kongsi makan dan pernah kongsi baju yang sama?? Hampa tak rasa membazir ka sampai 9 bulan dok usung sana sini, pastu dah dia nak kurangkan beban dalam badan sendiri. Kenapa mesti kena buang insan tak berdosa tu, Tak rasa rugi ka weyh?? Rugi ngat!!!


Tak kisah la apa orang nak cakap pasal topik ne dah basi semua, ramai dah yang nak buat entry pasal hal-hal yang tak remeh ok. Bila saban hari asyik dengar benda yang sama ja, aku macam terpanggil nak bagi pendapat sendiri. Dulu-dulu standart buang dekat depan surau@masjid, depan rumah orang kaya tak pun depan balai polis. Sekarang tak lagi, sanggup sediakan tempat paling high class kat baby, dalam kotak flash toilet, dah pandai2 nak buat corak kat badan baby kononya nak tinggal tanda ka apa?? Tinggal tanda dosa besar ada la. Dan yang tebaru ada gambar yang tersebar dekat fesbuk yang perempuan pakai gaun pink, lahirkan  anak dalam toilet then buang terus dalam plastik hitam. Eh yang ni macam trend.

WHAATTT?????

Dia ingat anak tu anak patung or just macam lampin pakai buang. Lepas pakai then buang. Fine la baby tu masih kecil dan dia tak tau apa-apa. But hampa ada pernah terbaca tak artikel pasal rintihan janin dalam kandungan mak dia, dia tanya kenapa mak dia gugurkan dia sebab dia nak jadi doktor one day. Susah lagi ka nak faham?? Aku assume lepas tersebarnya artikel tu tak ada lagi kes buang bayi semua but still ada lagi. Agaknya orang yang sibuk buat hobi baru ne tak da fesbuk kot kan. 

Come on la people, tak rasa bersalah ka bunuh membunuh ne, dah la hampa dah create satu dosa besar then nak proceed dengan dosa lain pulak. Cukup-cukuplah dengan satu hal saja, jangan nak buat pakej perlancongan pulak. Kenapa tak insaf dengan satu dosa yang dah kita buat? At least, cuba slow talk dengan semua pihak, terutamanya bapa baby. Kenapa tak try nak build up hidup berdua, sama-sama jaga baby tu, sama-sama tanggung susah senang. Baru cinta sampai jiwa raga. Setakat nak best-best then biar si ibu tanggung sorang. Tak ka macam kurang hajaq sangat bunyinya tu. Lelaki memang macam tu ke? Ada yang baik jugak kan?




HELLO IBU DAN AYAH. Wake up parent. Masih ada ruang lagi untuk anda semua build up hidup baru. Berkorban demi baby dan trust me, baby tu bakal menjadi someone yang akan buat hampa tersenyum dan berterima kasih padanya kelak.

Aku pernah terfikir if aku kaya satu hari nanti, aku nak buka satu tempat untuk lindungan anak-anak yang macam ne, bukan nak menggalakkan maksiat ka apa, tapi just nak selamatkan nyawa yang boleh banggakan kita one day. 







Tengok gambar baby pun aku dah naik gila apatah lagi nak bunuh2 semua ni. Peringatan untuk semua kaum ADAM dan HAWA dan juga peringatan untuk SAYA.



Please look at their eyes, they also hoping that u won't make  another mistake.BIG MISTAKE


Mereka patut tidur atas tilam BUKAN atas rumput
Mereka patut didodoi dalam buaian  BUKAN dalam plastik sampah
Mereka patut dimandikan dengan air sabun buih wangi2  BUKAN dengan air najis
Mereka patut dibelai BUKAN ditikam hidup hidup




Tahniah untuk my cuzzy, abang D and angah for arrival of a new family member. Hye NUR QISYA IMAN meets makngah.


Assalamualaikum :)

22 October 2011


Hye hampa.

Maca tak ada apa sangat nak bercakap owh i mean menulis, menaip dan menyepak  Kepada sesiapa yang nak tau ataupun yang tak mau tau, dah nak dekat 5 bulan lebih dah aku jadi RAJIN dan dalam tempoh membunuh  menyingkat tu, aku dah belajaq segala macam jenis benda dan seriusly nak habaq hang, bukan gayanya berpraktikal dah ne, memang gaya makan gaji bulan bulan dah. Masa masuk dulu dulu macam budak bodo ja lagi apa pun tak tau nak buat but now, nyatakanlah apa masalah anda, Insyaallah saya akan tunaikan.

Praktikal ni buat hidup aku kosong gila. Pagi-pagi pukui 9 dah kat ofis sampai 5 petang, then balik rumah, terpekak terperap ja dalam rumah, esok start dengan rutin yang sama, pagi masuk ofis pukui 9 then balik pukui 5. Kot kalau tetiba ada yang ajak pi bejalan2 kat tesco ka, pacific ka baru la nak rasa ada stamina takpun rasa macam lembu terlepas dari kandang. Tapi sekarang aku rasa macam pacific tu sama standart dengan ministore (bagitau bagitau bagitau) kat umah aku ja. Macam dah hari2 sangat dah menyepak melepak kat situ, rasa terloya dah tengok segala kedai semua tu. Sampai jiran aku buat kenduri siap pasang khemak ropol2 pun aku tak tau. Memerangkap memerap ja dalam rumah.

Skip skip skip skip

Bukan masalah praktikal yang nak aku cakap malam ne, tapi just aku tengah mencari something yang boleh buat aku puas. Dari kelmarin lagi, sepatutnya aku kena siapkan report nak serah kat PN RUHANA esok pagi, tapi aku mamai tak tentu pasai, aku nak juga buat entry tapi aku tak mampu. Dah 4 entry kot terparking smart ja kat dalam draft mall. Mula-mula semangat kobar-kobar, at last aku terkelu pulak tak tau nak buat apa. 

Eh tetiba sekarang dah rasa puas, seronok betui aku dapat memaki makan buat entry malam ne.Sepatutnya entry ne nak mintak hampa doakan esok semoga semuanya akan berjalan lancar. Eh kenapa nak lancar?? lecture kami nak mai esok. 

Nampak cool je kan aku sekarang? orang lain dengar lecture nak mai pakat kecut perut. HAHAHA. yang pi tengok luar saja sapa suruh, tengok dalam, tengok deep inside. takut ooooo

Mata saku dah kuyu, doakan untuk esok semua. 

Lebih baik begini.

Assalamualaikum

20 October 2011

Spontaneous Thursday # 04


KEDAH UTARA SPACE CAT HONGKONG ELEPHANT NEGERI GAJAH


The way people spell their name.



Byebye from Wednesday Apple Dunia America.

14 October 2011

Doodle # Adeq


One thing I adore kat doodle ne, colour balloon tu.
.
Kan aku dah kata, wadah dan hijau memang sukar dibedahkan


Assalamualaikum :)

Doodle # Farah Nadhirah & Mohd Izudin


Assalamualaikum. Cepat bungakan perasaan anda semua. Doodle versi dilamun.




Farah buat request dengan kejamnya, so aku tunaikan. Sory farah kalau tak cun, aku dah cuba sebaik munkin dah. Komen la banyak2, nanti kalau aku ada ilham banyak2 lagi. aku buat lain.

Teringin pulak nak buat doodle untuk diri sendiri versi dilamun, tapi tak tau nak dengan siapa. 

Assalamualaikum :)

13 October 2011

Doodle # Faseha Najwa


Hye

Aku bangun awal hari ini, tak tau apa yang kena dengan hidup aku. Semenjak dua menjak ne, aku jadi tak tak tentu hala dengan hidup sendiri. Sebab apa wey?? Semuanya sebab hang la.HAHAHA. boley plak nak macam itu. Arini cuti, semangat pulak aku bangun awai. Pelik kan dengan hidup aku sekarang, kan aku da kata sejak praktikal ne, aku dah tak da life. Hidup pun jadi tak tentu hala, konfius. 

Pastu dah bangun awai, blur pulak taktau nak buat apa, sampai ayah pun naik hairan. Then baru aku teringat, aku ada benda yang tak setle lagi, aku dah macam janji kat diri sendiri, nanti dah terror buat doodle, mesti nak kena buat kat dia dulu, walaupun dia dah jadi orang yang keberapa dah.Tapi nak buat jugak.

Jadi, persilakanlah........FASEHA NAJWA aka YUNA



Dua benda yang aku excited nak buat time create doodle ne:-
1. Nak wujudkan juga shawl bijik2 tu
2. Nak doodle tu pakai baju kebaya yang ada shape bagai.

Sebab aku teringin nak tengok tuan punya badan pakai kebaya. 

Untuk kamu seha: Terimalah doodle yang tak seberapa neyh. Jangan nak bubuh aku pulak sebab aku buat hang nampak macam Yuna + pakai kebaya. Comey ja aku tengok hang macam ne. Toooweett ngat.

Ok sudah, aku nak kena jadi bandaran dah. 

Hati aku tengah terseksa.

Assalamualaikum.


Spontaneous Thursday VERSI IKHLAS




I keep thinking of how much I love talking to you..
How good you look when you smile 
How much I love your laugh.
I day-dream about you off and on,
Replaying pieces of our conversation
Laughing at funny things that you said or did..
I've memorized your face and the way that you look at me..
I catch myself smiling again at what I imagine..
I wonder what will happen the next time we are together
and even though nothing will come out of this,
I know one thing for sure, for once ....I dont care,
I cherish every moment I have with you.

p/s Tetiba terbekenan kat ayat ne :)


Hari ini aku lebih ikhlas nak buat spontaneous thursday sebab  hari ne  Khamis, bukan macam kelmarin, muka nak bangga ja padahal silap hari.

Assalamualaikum

10 October 2011

WANITA



Selamat malam dunia :)


Zaman bayi: Baru lahir, merah lagi ne. Mata 20 jam katup. Memang pemalas habis r neyh. Tau nak teqeyak ja. Tapi time ne, 24 jam orang puji comel. Comel la anak sapa ne, mak ayah kembang semangkuk.






Zaman tadika:  Manja nak mampuih, mintak apa semua dapat. Tadika pulak tempat paling mahal. Safety first mak ayah kata, sayang sangat aih time ne. You are my only lonely doter la katakan. Semua nak pink2 ja.





Zaman sekolah rendah: Masa ne, kasih sayang dok berlungguk lagi, pagi2 memang muka masam tak mau p sekolah r. Tau nak teqeyak, keja sekolah tak payah kata la, derect lekat muka surat yang tak siap tu dengan gam. Padahal hari2 galas beg p sekolah, buku tak pernah ikut jadual. Main bawak ja semua, takut cikgu minta, bila cikgu mintak buka, kata tak bawak, heran betoi. Time ne kalau mak ayah @ bas sekolah ambik lambat, memang banjir abih sekolah.




Zaman sekolah menengah: Akai jenuh time ne. Baru mula nak menggatai pegang henpon, boypren pun baru nak adjust2 bag jadi. Time meqenyam(gatai) ne. Keja sekolah tetap maintain tak pernah buat. Buku memang tak pernah bawak langsung, tambah-tambah buku teks math mod yang berkilo tebai tu, jangan harap r. Beg sekolah pun ala gaya2 nak p bersantai window shopping ja. Nak gaduh tarik2 rambut sebab berebut boypren pun time ne la.




Zaman universiti: Vogue abis r time ne. Segala jenis fashion semuanya sapu, semua nak try tak dak hal. Boypren time ne memang jenis setia sampai nak kahwin r, tak da main main tarik rambut macam kat sekolah menengah dulu dah. Buku yang tebai2 pun usung p class jugak. Kat U nak main2 macam kat sekolah menengah memang peluang terbuka luas r, mai keluaq result mulut pun ternganga luas la. HAHAHAHAHA.





Zaman berkerjaya, isteri, ibu: Dah tinggal dah kisah kisah lama. Sekarang membanting tulang nak jaga family, suami, anak lagi. Time ne baru nak rasa apa yang mak ayah kita rasa time kita main2 masa kat sekolah, U dulu. HAHAHAH rasakan. Cakap pun sopan dah time ne,tapi bila anak buat perangai, kalah singa. 





Zaman pencen, isteri, ibu, nenek: Masa untuk menikmati wang pencen. Dah 61 tahun dah sekarang. Dok umah tanam pokok bunga, layan cucu-cucu jala yang mampu. Nak p kerja depa tak bagi dah. Tumpukan sepenuh perhatian kepada amal ibadat.


Time always running fast, make full use of it before we regret.

Assalamualaikum :)

Bila aku sudah tua

Petang :)

SITI MAWADAH bersama SUAMI ketika TUA :)

09 October 2011

doodle pertama saya


Salam Isnin

Disebabkan bos tak da arini, maka kami ditugaskan dengan tugas melukis doodle, sumpah tak da dalam list activity kat office mahupun dalam list activity kat university. Dah dah jom kita tengok first, second, third dan fourth doodle saya.

Yang pertama

KHAS UNTUK LYND

comel kan? comel kan?? Kalau anda rakan-rakan sekeliling saya, bila tengok doodle kat atas ne, mesti boleh trace sapa, tengok tahi lalat r weyh.. Ini Shazleen Nur. My first doodle. Percubaan pertama. Sebabkan harini dia pakai shawl, baju kurung moden kuning dan kain hitam, kasut warna kelabu sparkle jadi inilah hasilnya.

Yang Kedua

KHAS UNTUK SYAHIR
Ini tema lelaki Kpop. Sebab tu rambut gaya menarik gila tu. Kpop kan. Ini pulak diilhamkan dari teman sepraktikal aku, Syahir. Arini Syahir pakai baju pilot dengan seluaq jeans kelabu dan kasut hitam. Mula2 rambut dia macam botak sebelah tu, tapi Lynd tak sampai hati nak biaq Syahir macam tu, dia tambah la sikit bagi nampak sempurna. Kalau aku nak biaq ja sebab nak gaya Kpop weyh.

Yang Ketiga

KHAS UNTUK AZNOR
Ini pulak ilham dari member kat tempat praktikal aku, Aznor namaya. Dia ne lebih kurang macam kontraktor dan dia memang ari-ari mai ofis pakai seluaq oren dia. Kalau ada Aznor mesti ada seluaq oren, kalau ada seluaq oren mesti ada Aznor, begitulah perumpamaannya.

Yang terakhir

KHAS UNTUK WADA DARI LYND
Yang ne pulak lynd buat untuk aku?? Tuweet tak?? Ish teruja sangat ada owang buat doodle untuk titew..HAHAHAAHAH. Thank Lynd buat doodle kat aku. HAHAHAHA. doodle balas dendam ne.

Ne pulak asalnya benda dan kedudukan dooodle doodle neyh



Credit to http://azmeerahmadshahruddin.blogspot.com/ sebab lepas godek blog dia, aku terjumpa tutorial buat doodle. Aku cuba dan menjadi dan 

yeaaaayyyyyyyyyyyy.....akhirnya :)

SALAM SAYANG DARI WARGA RAJIN CONSTRUCTION

08 October 2011

Hik Hik Hik...sedu rupanya.


Salam.

Tau sedu?? Ala yang mengeluarkan bunyi yang seram tu, contohnya seperti apabila anak dara manis comel lotey mengeluarkan suara jantan secara tiba-tiba itu dipanggil sedu. Yang kadang-kadang bunyi "hik"  "hak" "huk". Sapa yang taktau, pause dulu bacaan anda, nanti-nanti bila anda tersedu, play balik bacaan anda kat sini. Hahahaha

Kalau hampa nak tahu, memang aku adalah antara raja sedu, tambah-tambah kalau minum air gas, memang la bertambah galak suara jantan menguasai seluruh ruang mulut aku. Memang kalau tengah dating mau lari bopren saya. Ingat kan dia bercinta dengan pondan. 

Semalam masa nak ready set go nak tidur, tetiba adeq aku sedu. Disebabkan aku lemas tak selesa nak tiduq sebab adeq aku dah jadikan aku bantal peluk rasmi dia tiap2 malam, maka aku pun mengerjakan otak yang sihat ini dengan soalan soalan lazIm budak-budak jawab PMR.  Sepandangnya aku kat atas syiling bilik. Aku terfikir macam mana orang boleh sedu, takkan saja-saja ja perkataan sedu tu nak wujud kan? Aku pun punya la fikir-fikir sampai la aku tertidur. Lupa dah pasal sedu. HAHAHA. Jadi untuk merungkaikan permainan otak aku yang tertangguh semalam ne, aku pun search la mana mai sedu semua ne. Jangan nak tanya la kat mana aku godek segala info ne, kat google la. Boleh ja kalau nak pi cari info kat pejabat kesihatan negara, tapi sekarang kan dunia hujung jari. Cari pakai jari sudah.

Depa kata:
Bahagian yang patut dipersalahkan adalah diafram, otot-otot berbentuk kubah yang terletak di dasar dada. Selalunya, diafram bekerja dengan sempurna. 


Apabila anda menarik nafas, ia tertarik ke bawah untuk membantu menarik udara masuk ke dalam paru-paru. Apabila anda menghembuskan nafas, diafram menolak udara keluar daripada paru-paru.Tetapi, ada ketikanya diafram menjadi terganggu dan apabila ini berlaku, ia membuat pergerakan menarik ke bawah dalam keadaan yang tersentap. Akibatnya, anda menelan udara ke dalam kerongkong secara mengejut. Apabila udara yang berebut-rebut masuk itu melanggar kotak korda suara anda, maka terhasillah bunyi hik, hik.


Dalam satu penyelidikan mengenai sedu yang dianggap munasabah oleh pakar, sekumpulan saintis Perancis mencadangkan wujudnya kaitan di antara sedu dengan evolusi dan fakta yang mengatakan bahawa nenek moyang kita berasal dari laut.Mereka percaya, ia mungkin menunjukkan sifat atau ciri yang wujud zaman dahulukala di mana leluhur terdahulu mempunyai insang untuk membantu mereka bernafas.

Alasan di sebalik kejadian sedu membingungkan kalangan saintis sejak beratus-ratus tahun lampau kerana ia tidak mendatangkan faedah berguna kepada manusia. Imbasan ultrasound turut membuktikan bahawa bayi dua bulan di dalam kandungan juga tersedu, sekalipun sebelum munculnya sebarang pergerakan pernafasan. Teorinya, pengecutan menyediakan otot-otot respiratori bayi belum lahir untuk bernafas selepas dilahirkan.

Teori mengenai sedu yang diterbitkan di dalam jurnal BioEssays itu menyatakan, kunci kepada tindak balas sedu terletak pada sekumpulan ikan primitif yang boleh menghirup udara yang kebanyakannya makhluk dua alam. Pengkaji yang diketuai oleh Christian Straus dari Hospital Pitie-Saltpetriere, Paris itu percaya, litar atau sirkit otak yang mengawal ventilasi/pengudaraan insang telah merentasi dunia mamalia moden, termasuklah manusia.

Mereka turut membariskan banyak persamaan di antara sedu dengan pengudaraan insang di kalangan binatang seperti berudu. Salah satu daripadanya, kedua-duanya menghalang paru-paru daripada mengembung.Straus and rakan-rakan sepasukannya turut mengesyaki tabiat itu telah disesuaikan untuk satu penggunaan baru – membantu mamalia belajar menyusu kerana siri pergerakan semasa menetek mirip tersedu dengan glotis tertutup rapat bagi mengelakkan susu memasuki paru-paru.

Sedu boleh terjadi disebabkan oleh pelbagai punca seperti menelan terlalu banyak udara, makan secara lahap, berasa bimbang atau teruja, merokok dan mengambil alkohol secara berlebihan. Mujurlah ia lazimnya berakhir dalam masa beberapa minit sahaja. Adalah tidak benar tanggapan yang mengatakan sedu boleh dihentikan dengan cara menakutkan atau mengejutkan seseorang.

Aku selalu tersedu bila lepas minum air gas takpun makan dengan rakusnya. Memang ciri-ciri aku ada ja kat atas tu.

Mak aku ada cakap kalau sedu minum air banyak-banyak. Selalu jugak aku buat tapi tak berjaya. Kadang-kadang aku try letak tisu yang basah dekat dahi macam baby. Kadang-kadang menjadi, kadang-kadang tak pun. Jadi kalau tanya aku ubat yang paling cun nak rawat sedu ne ialah menikmati keseduan tu dalam beberapa saat dan trust me, anda takkan sedar bila sedu tu dah hilang. Sedar-sedar ja "Ehhh!! dah tak sedu la".

Kawan-kawan aku selalu gelak bila aku sedu, memang weyh keluaq abih suara jantan pondan aku. 

Assalamualaikum.

Salah aku apa??



Salam Sabtu

Hye tayang tayang.. HAHAHA

AMARAN keras, anda akan disajikan dengan babak seram yang memang tak patut ditonton oleh kanak-kanak dan ibu mengandung, pengidap sakit jantung dan gatal-gatal belakang. Eh apakah? 

Akak kecik hati dek non boleh pulak akak nak buat comel-comel benda lain pulak yang akak dapat. Mari kita tacing secara berjemaah.

Filem 1

Lokasi: Diantara ruang tamu dengan bilik tengah rumah aku
Pelakon: Ayah, anak ayah yang cute(aku). Muntahla, muntahlah.

Ayah baru lepas mandi, kemudian menuju ke bilik, malahan, aku pulak nak menuju ke toilet. Tetiba aku disapa mesra oleh si ayah.

Ayah: Adik, mai sat. (menyapa aku sambil tangan mencapai seluar treksut biru)
Aku: Berhenti dengan sopan, lalu memarking badan aku kat depan pintu bilik.
Ayah: Ne adik dapat bayang dak apa ayah cerita tadi. Nanti bla bla bla bla bla bla bla bla (ayah mengulangi dialognya 8 minit sebelum dia mandi kat aku sekali lagi)
Aku: Owh adik paham dah. Nanti jadi macam ne bla bla bla bla bla bla bla..............paham dah paham dah. 
Ayah: Laaaa, masuk buat apa ne?? pi keluaq orang nak pakai seluaq. Nak tengok orang pakai seluaq la tu. Tak malu.

Lorrhhhhh, sapa yang panggil tadi??? Panas ja aku.

Ulasan peminat cerita seram: Ayah dia nak pakai seluaq, mau seram kalau dia stay kat situ lagi. Ala, cita ne macam nak tiru hantu bonceng je??? Bogel je depan hantu tu. Ahakksss.. 



FILEM 2

Lokasi: Dapur rumah aku
Pelakon: Mak, anak mak yang comel ne(aku).

Pada jam 7.45 petang ketika ingin menuju puncak impian dihati bersama janji azam sejati pasti berjaua dia akademi fantasia toilet, aku singgah seketika di dapur sebab tengok mak aku dasyat sangat kawadnya mengalahkan askar jepun. Jadi dengan sopan aku pun menyapa ibunda.

Aku: Mak buat apa? (sambil menari balet bersama dengan tuala dijadikan sari kembang kembang)
Mak: Nak masak nasi goreng. (sambil tangan memegang lesung batu tumbuk sambal tumis petai dengan udang)
Aku: Yeaaahhhhhhhhhhhh!!!!!!! Mak masak nasi goreng. (kalah orang menang kereta mini cooper 10 lori 2 tingkat)
Mak: Ehhhhhh! Katok dengan batu ne kot. (sambil menunjukkan batu lesung ditangan kanan mungkin)


Untuk beberapa saat aku tersentap hebat.

Mak: Orang buat nasi goreng pun qheyoh(bising)..............................................

Salah ka nak bersuka ria dapat dinner nasi goreng malam ne???? Adik tak salah pun. 

Ulasan penyanyi seram: Memang seram FILEM 2 ne, mana taknya kalau la mak dia dengan suka ria betul2 ketuk dengan lesung batu tu, tak ka meyeramkan seluruh penghuni rumah. Tak pasal-pasal wujud pulak hantu lesung batu bata.

Kalau hampa terror math sangat, CUBA
a) Kira berapa meter perjalanan aku dari ruang tamu, singgah di bilik dan kemudian ke dapur?
b) Kira pada jam berapakah aku bersoal jawab dengan ayah aku sebelum ayah aku mandi?

Jangan tanya aku jawapannya sebab aku sendiri pun tak da jawapan. 

Assalamualaikum.

05 October 2011

DIA buat saya senyum tergedik-gedik


Dah lama dah pendam tapi aku malu nak bagitau. Takut nanti malu sendiri. Tapi hari ini, aku nekad senekadnya, nak jugak orang tau. Selain dari mencintai my only husband, aku jugak ada memasang niat kurang sopan terhadap lelaki tempatan. Ala takkan semua benda nak bajet Korea ja, nak jugak sekali berkala kala pijak kat negara sendiri. Ok lelaki tempatan tu dulu dia jahat, siap masuk juvana lagi. HAHAHAH. Teka la weyh, takkan baca ja kot. Dia ada pesan, jangan nak show off sangat nanti susah. Eh tak bukan macam tu, tapi orang kata jangan nak perasan sangat nanti merana jiwa lara. Lepas tu aku relax relax jala, tapi serius tak boleh.

Nak tau tak macam mana bila gengster + budak juvana + bengis + kaki pukul senyum??? 


Bila dia senyum sikit boleh buat permusuhan kaum. Eh tak tak tak. Bukan macam tu. Bila dia senyum, boleh buat AKU jadi bengis tetiba dengan perasaan sendiri. Tiba tiba pulak terfikir nak jadi kaki pukul lepas tu senyum, mesti ada orang lentok macam Fasha Sandha tengah buat neyh. Kan senang kalau awal2 lagi aku terima nak berlakon drama neyh, mesti dah lenguh bahu samseng kampung ne bila aku lentok lama2 kat bahu dia.

Geram betui aku dengan Fasha ne, agak2 r nak lentok pun, nak crop gambar botak nak buat DP kat fesbuk pun susah. 

"samseng memang macam ne puan, bukan takat cawan je dia berani pecahkan, kepala pun dia sanggup"
"kau dah giler ke panggil aku abang?"

I adore your word bebeh.

Oh lelaki idaman, memang macam ne aku nak cari. Patut la sampai sekarang menjanda, memang takkan ada yang datang. (sila ulang rangkap ini mengikut rentak lagu lelaki idaman-melly goeslow)

Bila excited tunggu hari Selasa nak tengok CINTA ELYSA, teringat kenangan dulu2 time excited gila gila nak tunggu hari Isnin dengan Selasa, sebab ada CITY HUNTER.

Tak minat Fasha pun, tapi sebab BOTAK, I gagahkan jua.

Jatuh chenta dengan senyuman JOHAN ARIFF dan aku admirer lelaki berkarakter macam ARIL.

Sebagai penutup, terimalah pantun empat kerat ne:-

dari BOTAK menuju terus guna jalan lama ke ARIL
dari TAK DA RAMBUT menuju terus guna toll ke ADA RAMBUT
dari BENGIS menuju terus guna touch n go ke SENYUM COMEL
 dari hati SITI MAWADAH menuju terus guna smart tag ke hati JOHAN ARIFF

Sweet tak pantun aku?? Sweet kan??? HAHAHAHAHA


JOHAN ARIFF <3

Assalamualaikum :)

wardrobe wednesday # 01



adeq saya kata : Gambar ne macam kakak dengan bakar bakal anak kakak la. Sebab dia gemuk dan pakai spek. tapi anak dengan mak comel


HAHAHAHAHAHA.... jujurnya dia.