08 October 2011

Hik Hik Hik...sedu rupanya.


Salam.

Tau sedu?? Ala yang mengeluarkan bunyi yang seram tu, contohnya seperti apabila anak dara manis comel lotey mengeluarkan suara jantan secara tiba-tiba itu dipanggil sedu. Yang kadang-kadang bunyi "hik"  "hak" "huk". Sapa yang taktau, pause dulu bacaan anda, nanti-nanti bila anda tersedu, play balik bacaan anda kat sini. Hahahaha

Kalau hampa nak tahu, memang aku adalah antara raja sedu, tambah-tambah kalau minum air gas, memang la bertambah galak suara jantan menguasai seluruh ruang mulut aku. Memang kalau tengah dating mau lari bopren saya. Ingat kan dia bercinta dengan pondan. 

Semalam masa nak ready set go nak tidur, tetiba adeq aku sedu. Disebabkan aku lemas tak selesa nak tiduq sebab adeq aku dah jadikan aku bantal peluk rasmi dia tiap2 malam, maka aku pun mengerjakan otak yang sihat ini dengan soalan soalan lazIm budak-budak jawab PMR.  Sepandangnya aku kat atas syiling bilik. Aku terfikir macam mana orang boleh sedu, takkan saja-saja ja perkataan sedu tu nak wujud kan? Aku pun punya la fikir-fikir sampai la aku tertidur. Lupa dah pasal sedu. HAHAHA. Jadi untuk merungkaikan permainan otak aku yang tertangguh semalam ne, aku pun search la mana mai sedu semua ne. Jangan nak tanya la kat mana aku godek segala info ne, kat google la. Boleh ja kalau nak pi cari info kat pejabat kesihatan negara, tapi sekarang kan dunia hujung jari. Cari pakai jari sudah.

Depa kata:
Bahagian yang patut dipersalahkan adalah diafram, otot-otot berbentuk kubah yang terletak di dasar dada. Selalunya, diafram bekerja dengan sempurna. 


Apabila anda menarik nafas, ia tertarik ke bawah untuk membantu menarik udara masuk ke dalam paru-paru. Apabila anda menghembuskan nafas, diafram menolak udara keluar daripada paru-paru.Tetapi, ada ketikanya diafram menjadi terganggu dan apabila ini berlaku, ia membuat pergerakan menarik ke bawah dalam keadaan yang tersentap. Akibatnya, anda menelan udara ke dalam kerongkong secara mengejut. Apabila udara yang berebut-rebut masuk itu melanggar kotak korda suara anda, maka terhasillah bunyi hik, hik.


Dalam satu penyelidikan mengenai sedu yang dianggap munasabah oleh pakar, sekumpulan saintis Perancis mencadangkan wujudnya kaitan di antara sedu dengan evolusi dan fakta yang mengatakan bahawa nenek moyang kita berasal dari laut.Mereka percaya, ia mungkin menunjukkan sifat atau ciri yang wujud zaman dahulukala di mana leluhur terdahulu mempunyai insang untuk membantu mereka bernafas.

Alasan di sebalik kejadian sedu membingungkan kalangan saintis sejak beratus-ratus tahun lampau kerana ia tidak mendatangkan faedah berguna kepada manusia. Imbasan ultrasound turut membuktikan bahawa bayi dua bulan di dalam kandungan juga tersedu, sekalipun sebelum munculnya sebarang pergerakan pernafasan. Teorinya, pengecutan menyediakan otot-otot respiratori bayi belum lahir untuk bernafas selepas dilahirkan.

Teori mengenai sedu yang diterbitkan di dalam jurnal BioEssays itu menyatakan, kunci kepada tindak balas sedu terletak pada sekumpulan ikan primitif yang boleh menghirup udara yang kebanyakannya makhluk dua alam. Pengkaji yang diketuai oleh Christian Straus dari Hospital Pitie-Saltpetriere, Paris itu percaya, litar atau sirkit otak yang mengawal ventilasi/pengudaraan insang telah merentasi dunia mamalia moden, termasuklah manusia.

Mereka turut membariskan banyak persamaan di antara sedu dengan pengudaraan insang di kalangan binatang seperti berudu. Salah satu daripadanya, kedua-duanya menghalang paru-paru daripada mengembung.Straus and rakan-rakan sepasukannya turut mengesyaki tabiat itu telah disesuaikan untuk satu penggunaan baru – membantu mamalia belajar menyusu kerana siri pergerakan semasa menetek mirip tersedu dengan glotis tertutup rapat bagi mengelakkan susu memasuki paru-paru.

Sedu boleh terjadi disebabkan oleh pelbagai punca seperti menelan terlalu banyak udara, makan secara lahap, berasa bimbang atau teruja, merokok dan mengambil alkohol secara berlebihan. Mujurlah ia lazimnya berakhir dalam masa beberapa minit sahaja. Adalah tidak benar tanggapan yang mengatakan sedu boleh dihentikan dengan cara menakutkan atau mengejutkan seseorang.

Aku selalu tersedu bila lepas minum air gas takpun makan dengan rakusnya. Memang ciri-ciri aku ada ja kat atas tu.

Mak aku ada cakap kalau sedu minum air banyak-banyak. Selalu jugak aku buat tapi tak berjaya. Kadang-kadang aku try letak tisu yang basah dekat dahi macam baby. Kadang-kadang menjadi, kadang-kadang tak pun. Jadi kalau tanya aku ubat yang paling cun nak rawat sedu ne ialah menikmati keseduan tu dalam beberapa saat dan trust me, anda takkan sedar bila sedu tu dah hilang. Sedar-sedar ja "Ehhh!! dah tak sedu la".

Kawan-kawan aku selalu gelak bila aku sedu, memang weyh keluaq abih suara jantan pondan aku. 

Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment