05 October 2011

DIA buat saya senyum tergedik-gedik


Dah lama dah pendam tapi aku malu nak bagitau. Takut nanti malu sendiri. Tapi hari ini, aku nekad senekadnya, nak jugak orang tau. Selain dari mencintai my only husband, aku jugak ada memasang niat kurang sopan terhadap lelaki tempatan. Ala takkan semua benda nak bajet Korea ja, nak jugak sekali berkala kala pijak kat negara sendiri. Ok lelaki tempatan tu dulu dia jahat, siap masuk juvana lagi. HAHAHAH. Teka la weyh, takkan baca ja kot. Dia ada pesan, jangan nak show off sangat nanti susah. Eh tak bukan macam tu, tapi orang kata jangan nak perasan sangat nanti merana jiwa lara. Lepas tu aku relax relax jala, tapi serius tak boleh.

Nak tau tak macam mana bila gengster + budak juvana + bengis + kaki pukul senyum??? 


Bila dia senyum sikit boleh buat permusuhan kaum. Eh tak tak tak. Bukan macam tu. Bila dia senyum, boleh buat AKU jadi bengis tetiba dengan perasaan sendiri. Tiba tiba pulak terfikir nak jadi kaki pukul lepas tu senyum, mesti ada orang lentok macam Fasha Sandha tengah buat neyh. Kan senang kalau awal2 lagi aku terima nak berlakon drama neyh, mesti dah lenguh bahu samseng kampung ne bila aku lentok lama2 kat bahu dia.

Geram betui aku dengan Fasha ne, agak2 r nak lentok pun, nak crop gambar botak nak buat DP kat fesbuk pun susah. 

"samseng memang macam ne puan, bukan takat cawan je dia berani pecahkan, kepala pun dia sanggup"
"kau dah giler ke panggil aku abang?"

I adore your word bebeh.

Oh lelaki idaman, memang macam ne aku nak cari. Patut la sampai sekarang menjanda, memang takkan ada yang datang. (sila ulang rangkap ini mengikut rentak lagu lelaki idaman-melly goeslow)

Bila excited tunggu hari Selasa nak tengok CINTA ELYSA, teringat kenangan dulu2 time excited gila gila nak tunggu hari Isnin dengan Selasa, sebab ada CITY HUNTER.

Tak minat Fasha pun, tapi sebab BOTAK, I gagahkan jua.

Jatuh chenta dengan senyuman JOHAN ARIFF dan aku admirer lelaki berkarakter macam ARIL.

Sebagai penutup, terimalah pantun empat kerat ne:-

dari BOTAK menuju terus guna jalan lama ke ARIL
dari TAK DA RAMBUT menuju terus guna toll ke ADA RAMBUT
dari BENGIS menuju terus guna touch n go ke SENYUM COMEL
 dari hati SITI MAWADAH menuju terus guna smart tag ke hati JOHAN ARIFF

Sweet tak pantun aku?? Sweet kan??? HAHAHAHAHA


JOHAN ARIFF <3

Assalamualaikum :)

No comments:

Post a Comment