30 March 2011

again :(

salam seantero dunia semua

bersua lagi kali ne malalui pintu ya kalau dulu melalui tingkap. ok sangat best sebab sekarang sejuk. kalau dapat tidoq la kan memang takkan peduli alam sekeliling. tu cite bab tidoq tapi kalau nak beceqito pase banjir, duit tak da, air tak da, makanan tak da, airmata ja yang ada. banyak sekali. tetiba jer jadi da tak besh da. tak besh sesangat.

dan perkara yang berlaku time final sem lepas.(ini cerita banjir sem lepas).jadi lagi atau dengan erti kata lain berulang kembali. hujan lebat tak henti2. air banjir naik2 tak peduli orang sekeliling. dan arau banjir untuk kali yang ke 2 dalam tempoh 6 bulan. dahsyat kan? sangatla. dan kepada siswa siswi UiTM PERLIS yang kena alaminya buat kali kedua. sumpah kami dah tak sanggup. bukan tak mau susah tapi penat nak macam tu lagi. dengan airnya dengan makanannya.dah tak sanggup

disebabkan kami semua kat arau neyh dah pernah rasa perit jerih letih terkulai lembik sana sini, kami semua telah mengambil langkah berjaga2 dimana serbu bank. serbu kedai runcit cari stok makanan. kami bersedia dari segi mental dan juga fizikal. sebab perkara itu pasti berulang. hasilnya student beratur berpanjangan semata2 nak keluarkan duit. yarh sapa kata aku tak join sekaki. aku lah antara insan yang paling sengal. keluar duit dan simpan dalam locker lagi. semangat kan. sangat weyh. jangan kutuk weyh aku memang macam tu. sumpah kalut semacam. sebab aku tak mau kerana RM 12 aku menangis terkulai lagi.

terima kasih yang tak terhingga kepada rektor UiTM PERLIS dengan izinnya kami semua diberi cuti sampai ahad neyh. tu pun kalau keadaan arau kembali pulih seperti sedia kala tapi kalau tak. ya anda wajib berada di kampung halaman masing2. tak pa duduk ja rumah. rektor bagi.

oleh yang demikian. haha. aku rindu kat subjek bahasa melayu weyh. keadaan kolej menjadi huru hara bila semua pakat kelam kelibut nak balik. dah orang bagi nasi takkan tak makan. begitu la perumpamaanya.

gembira terhegeh2 balik rumah. macam baru ja balik kan. mak ayah pun tak dan nak rindu lagi dan aku pun tak da la nak rasa kebuloq sangat lagi dengan makanan kat rumah. mak masak.

thank a lot to MAK LYND sebab dengan beraninya dia redah banjir semata2 nak jadi rescue we all. sumpah terharu. thank MAKCIK.

just want to share with u all the real situation kat uitm arau. kat bank. dahsyat. dahsyat.




secara kesimpulannya aku sudah berada di rumah. alhamdulilah. segalanya selamat.

bila diberi cuti dan boleh balik. langit kembali cerah dan hujan dah pun berhenti. syukur2. syukur2. saya sudah berada di rumah buruk siku kalau nak tarik cuti balik. ngeh2

AS tak banjir ye hanya kawasan di sekitar perlis saja.

lap u all :)

No comments:

Post a Comment